Tuesday, October 30, 2012

My kind of game

Too bad, this thang is not avail in ipad apps.There are few version of wordsearch , but not 

the same as this one.

Yes, I'm nerd like that. I play wordsearch to kill my time.

Aku rasa apps ni hanya ada di pasaran android sahaja..hehe.
Adik, mekacih kasi pinjam tab kamu bersama sim card selama seminggu ini. Heee..



Sunday, October 28, 2012

Jauh

Yang sering diingati, selalunya berada paling jauh sekali dengan kita.
:)


Thursday, October 25, 2012

Not-a-thing

I shouldn't have put my trust, in you.
Babo.

And in everyone.


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, October 24, 2012

Kampung style

Weehuu, it's good to be at home. Safe and sound.
Eh, esok balik kampung balik yang mana telah menjadi 'rumah sewa' aku sekarang. Haha.

I don't know where to start, really.
Haha. Takde benda pun nak tulis.

Staying with my wan makes my pipi jadi makin bulat. Ehemmm. Dah lah masak sedap-sedap hari-hari. Pagi-pagi siap buatkan aku breakfast, bancuh siap-siap air nescafe white coffee dalam mug khas untuk aku. Hehe. Jangan haraplah nak dapat layanan macam tu kalau dekat rumah sendiri. Breakfast yang wan pernah masak macam nasi goreng, mee goreng, kuey tiaw goreng, nasi impit and kuah kacang (padahal raya dah lama habis), nasi lemak... sarapan yang berat2 belaka. Aku biasa pagi makan roti je dua keping. Nak tolak kang, siapa lagi lah yang nak makan. Atok aku jenis tak sarapan pagi. Wan aku lak dia suka masak, tapi makannya kurang. Seciput je dia makan. Tingallah aku seorang je. Hambikk!

Ada satu hari tu dia nampak aku gemar benar makan serunding daging yang maklang aku buat. Then bila pergi pasar malam the next day, dia beli daging sekilo sebab nak buat lagi serunding tu. Sebab 'kakak' suka. Kakak tu, merujuk kepada akulah tu. Tau tak berapa kalori serunding tu?? Banyak ooooo...*geleng kepala* Dikala hari raya korban yang bakal menjelma ini,wan aku pasti membuat lagi serunding daging yang enak itu. Pasti.

Kadang-kadang bila aku nak pergi sekolah, wan siap isikan air kosong dalam botol air aku lagi tu. Tengok2 je air dalam botol tu dah berisi.Hahahaha..macam mengimbau kembali kenangan di zaman persekolahan lah pulak bila mama isikan air dalam botol, and aku akan terus ambik bawak gi sekolah. Itupun zaman tadika je kot. Haha. Now, dah umur 23, wan still treat aku macamlah aku ni sekolah rendah lagi. Adoii la..

Oh, kitaorang jugak selalu gi pasar malam kat kampung tu yang ada setiap hari selasa. Meronda lah kitaorang berdua. Aku kena jalan slow sikit lah, kena tunggu wan nak jalan.

Atok lak busy memanjang. Askar pencen la katakan. Tapi sekarang dia busy mengalahkan yb. Kejap kejap kang keluar gi seremban la, gi tampin la , gi kl la mesyuarat...jawatan je ada 12. Haha. Kat kampung jadi bendahari masjid la, pengerusi surau la, pengerusi koperasi la, ehhhh banyak betul jawatan atok aku ni. Kejap2 kang dia duduk kat meja dia tu buat kerja. Tekun. Aku perasan atok ni jenis yang ramai orang 'trust' dekat dia. Jawatan yang dia paling banyak pegang adalah bendahari. Duit masjid semua dia pegang. Aku rasa atok aku lagi terel pasal accounting daripada aku ni..

Life wan macam best je. Pagi2 bangun subuh, siapkan sarapan sambil tu mengaji time pagi. Then wan suka lepak dekat beranda..duduk kat situ sambil pegang tasbih..kekadang dia termenung jee..lepak2 fikir apa entah..hehe..sian gak tengok..macam sunyi je atok dan wan kalau anak cucu tak de kan..apalah diorang buat. Wan pukul 10pm dah tido dah..atok aku chill lagi..dia tido bila time berita dunia tv1 tu dah keluar...haha..Pastu diorang ada cucu angkat yang bernama 'anjer'. Cucu angkat diorang tu haiwan berbulu yang berwarna hitam. It's a cat. Gila manja! Haih. Dia mengekor je mana wan or atok aku pergi. Pastu macam faham je bila wan and atok aku berborak dengan dia.

Dah duduk sekali ni, barulah aku tahu selama ni aku macam sibuk belajar je. Nak balik kampung memang jarang lah kecuali time raya. Itupun sekejap je. Now, bila dah tinggal sekali dengan wan and atok rasa makin sayang kat diorang and nak balik kampung more often, selagi diorang ada kan. Wan pun bukannya sihat sangat. Hmmm..

I feel loved. Syukurlah still ada wan and atok.

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, October 21, 2012

I hate Monday

Esok kerja.
Honestly, boring!
Malasnye nak drive pagi2 meredah lebuh raya utara selatan esok.
Nak stay home... :(

Ok, sila bertabah dan sabar.
Mengada sangat ni.
Haih.

Boring weh, takde geng nak borak2.
Takde benda yang nak di excitedkan everytime pergi kerja.
Semua cikgu style mak2 orang, totally out of my tune. Ke aku yang tak pandai bersosial. Lol.
And aku, jadi budak baik la, senyapppp jee..haha.
Dengar je cikgu2 ni gossip semua..baik eh aku? Baiklah sangat.
Boringgggggggggggggggggggggggggg.
Why teaching have to be this way?
Aihh...

Please la. Chaebal!
Cepatlah start cuti sekolah!
Tak sabar ni nak cuti..haha.
Cikgu yang excited nak cuti pulak ni.

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, October 19, 2012

Abcdefg of Life

It's been awhile since the last time I 'merepek' here.
Tak ada idea, and also the drive to write pun iya juga.

Haha. Entahlah.

Macam semua pun dah tak signifikan lagi. Serba tak kena.

Semua macam dry, lately. Haha. Metafora apa yang aku cuba gunakan ni?

I'm at the lowest peak of mylife, now.

Broke, just graduated, alone and lost.

Welcome to life!

Can I get back to 15? And rewind it all over again. Please.










Friday, October 5, 2012

Oh hooo

Walawehhh..rindu mehh sama ini belog!

I'm back. Cakk..haha..*lempang sket*
5 hari tanpa internet, pencapaian terhebat!
Well, kata balik kampung kan.
Memang betul-betul stay @ kampung lah.

Banyak nak cerita ni.
Now aku jadi cikgu.
Macam tak percaya eh.
Tak pernah terfikir pun nak jadi cikgu. Haha.
Tulah sebabnya aku 'balik kampung'.

Apa lagi?
Emmm..
Haha.

At one point, aku dah tak rasa macam nak blogging. Malas serta fikiran 'apa yang aku dah buat selama ni' tiba-tiba muncul.

Time dekat kampung, aku try tulis journal dalam buku dan apa yang aku nak sampaikan macam tak tersampai bila menulis. End up, dalam seminggu aku tulis sekali je. Haha. Oh ya, I didn't bring any gadgets or laptops or tablet with me that time. Sangap la sekejap mula-mula. Termenung sana, termenung sini. Lonely lah jugak. Sobs.Tapi aku fikir, sayang kalau aku tak capture moment aku dan zahirkan dia dalam bentuk tulisan. Sayang. Sebab aku tahu aku takkan mampu nak ingat semua. Emmm, maybe I should write once in a while. Kan?

Apa yang aku bawak?
Handphone,buku-buku dan radio sebagai peneman.

Hiburan tambahan adalah Astro. Pheww, mujur ada astro.
Juga wan dan atok. Dan anjer, si kucing hitam.
Dan nyamuk juga!
Fyi, memang heaven tinggal dengan wan n atok. Haha. Kena manja habiss..:)

Tapi, dalam sunyi tu ada rasa best jugak.
Sebab aku tak distracted dengan banyak perkara.

Macam, tiap lepas Maghrib boleh baca yassin.
Kalau dekat rumah sendiri jangan harap lah kan.
Ada je benda nak buat. Even nak baca sehelai muka Al-quran sehari pun payah kan.

Now kena bangun pagi-pagi. Solat,siap-siap dan bawak kereta dengan sangat tenang sebab tak jam langsung. Maklumlah, kawasan kampung. Sangat tenang.

I'm not a much of a person that can easily express my emotion, my thought and etc. secara verbal. Tak reti sangat nak luahkan something and maybe thru this I could share what's inside of me.

So, end up aku ada banyak nak cerita selalunya tapi semua tersimpan macam tu je. Banyak nak cakap, tapi aku selalu memilih untuk diam dan senyap dan share semua sorang-sorang. Haih. Apa lah masalah aku ni? Haha..


- Posted using BlogPress from my iPad