Sunday, February 24, 2013

Pray

Seriously, bila dengar kawan baik ada masalah aku tak tahu cara apa untuk tolong or comfort kan dia.

Bagi kata-kata semangat itu mudah bagi kita, tetapi mungkin sukar bagi dia yang berdepan dengan keadaan getir.
Betapa banyak kata yang aku hamburkan, aku tahu seincipun tak mampu mengurangkan beban di hatinya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Apa yang aku boleh lakukan dari jauh, hanyalah berdoa untuk kamu.
I'm so sorry.

Di penghujung jalan, hanya dirimu sendiri yang mampu melawan segala 'cabaran' dan 'dugaan' yang berlaku. Aku di sini hanya mampu memberikan sokongan dan menitipkan doa dari jauh buat mu, sahabatku.
In Sha Allah.
Be strong sayang, i'll be always pray for you.





- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, February 23, 2013

Travelog Umrah : Raudhah di Madinah (Part 6)


Assalamualaikum w.b.t,

I hope everyone reading and coming here will be blessed by Allah swt and in a good condition of mind, body and soul. Amin. *do I sound skema here? ehehe*

Nahh..I just want to write 'good things' and share 'beneficial stuff' here In Sha Allah. For those who just came by and need to view previous entry, you could start by reading Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 & Part 5

Speaking of Raudhah, aku rasa semua orang pun dah tahu kan tentangnya. 'Taman syurga' yang ada di dalam Masjid Nabawi, iaitu ruang yang terletak di antara kamar dan mimbar Rasulullah saw. Terdapat banyak pendapat mengenai Raudhah ini. Dan keutamaan Raudhah terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah Ra, bahawa Rasulullah Saw pernah bersabda

"Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga, dan mimbarku di atas telagaku"
(Sahih Bukhari) 

Apapun, bagi seorang hamba yang jahil macam aku ni keinginan nak berada di Raudhah memang meluap-luap.Bukan senang nak sampai Madinah dan terasa amatlah rugi jika tak ke sana. Apatah lagi, aku tak berpeluang untuk ke sana pada hari pertama kami sampai (uzur syarie). I missed the chance. Dan juga terlepas peluang untuk ke sana bersama Mutawif wanita yang disediakan agensi. For sure, banyak 'ilmu' yang aku dah terlepas. 

Hari ke-2 masih tak bersolat, kecuali pada waktu Isya' dah boleh bersolat. Alhamdullilah. Namun, keinginan nak ke sana selalu terbantut atas keterbatasan 'waktu' dan juga 'peluang'. Ya, bukan 24 jam boleh ke sana dan jika dapat peluang pun mungkin perlu 'berjihad' untuk menempatkan kaki di sana. Hehe. Tak silap aku, Raudhah dibuka 3 kali sehari untuk kaum wanita melawatnya. Dan atas keterbatasan 'ilmu' aku juga seperti acuh tak acuh (ragu) akan bilakah waktu Raudhah dibuka untuk kaum wanita dan juga ada sedikit 'takut' di hati kerana memikirkan perlu bersesak-sesak dengan jemaah daripada negara Arab,Pakistan, India yang semua sedia maklum akan 'kekasaran' dan sifat 'aggresif' mereka. Aku pernah kena tegur/marah (masalah komunikasi) oleh makcik arab..hehe..maybe akibat 'sentap' aku berfikir yang depa memang lagu tu.  

Hari ke-3 aku masih seperti biasa, mahu ke sana tetapi masih ragu dan takut-takut. Rutin seperti biasa diteruskan. Bersolat jemaah di Masjid dan tiba di sana sejam atau dua jam awal dan pulang ke hotel. Makan, berjalan, shopping. Haih. Rutin berkisar sekitar itu sahaja. Dalam hati kata, nanti-nantilah ada banyak peluang lagi.

Dan hari ke-4 masih juga begitu dan 'ketakutan' tak bertempat aku itu ditambah dengan melihat lautan manusia yang datang ke masjid untuk memberi penghormatan kepada Rasulullah SAW(sangat packed dan crowded). Maulud Nabi pada hari itu. Ya Allah, bertuahnya dapat berada di Madinah pada ketika itu. Namun, tiada perayaan atau perarakan di sini. Cuma, ramai yang mengambil kesempatan untuk menziarahi makam Rasulullah SAW. Aku pun 'give up' mengenangkan 'kesusahan' atau 'kepayahaan' yang aku bayangkan (sebenarnya mainan minda je). This is bad attitude. Please amik iktibar tau. Haha.

Dan tibalah hari terakhir kami berada di bumi Madinah. Hari ke-5. Aku masih dengan perangai mahu-tapi takut itu. Dah last day ni. Petang itu lepas Zuhur kami akan bertolak ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah. Selepas solat Subuh hati aku berat sangat nak tinggalkan masjid. Nak ke Raudhah. Tapi mengenangkan barang-barang yang tak dipack lagi masih banyak, maka aku pun pulanglah ke hotel (pukul 11 am dah kena letak beg di lobi hotel). Dalam  hati kemain sedih lagi ni. Dan dalam sedih-sedih time packing back (pukul 7 smth) tu aku cakap kat  mama, I wanna go there. To Raudhah. Adik-adik aku dengan mama pulak nak shopping jubah(nak bagi hadiah kat kawan dan sedara mara) pagi itu (beselah perempuan). Aku memang dah nekad, kena pergi juga. Kalau tak memang sepanjang hidup aku akan menyesal punya *dramatik kan? haha*. Aku fikir jubah aku dah melambak dah beli few days back(ada lah 4 helai..hehe), buat apa nak pergi lagi kan. Tak perlu pun. Hehe.

Mama dengar aku nak pergi Raudhah, dia pun cakap "Mama pun rasa nak pergilah". Tapi tiba-tiba mama cakap "Eh, hari tu masa kita pergi ke Raudhah, pintu masuk dia tutup awal kan? Pukul 8 am dah tutup kan. Lama kena tunggu kat dalam tu. Nak dekat Zuhur baru kiteorang keluar kan?".

Adik-adik aku pun mengiakan kata-kata mama.

"Hmmm..mama tak jadi pergilah. Pintu dah tutup ni" jam ketika itu menghampiri jam 8 am. Lebih kurang 7.30 am.

Dushhh..mendengar itu, aku rasa macam hampa gila. Apa, dah tutup? How laaa? Tak boleh pergi la ni. Sedihnyaaaaa... Tapi aku senyap je sambil tahan air mata dan cepat-cepat kemas beg dan barang-barang semua. Sedih  weh..

Dalam hati memang hampa sangat. Tapi aku 'nekad' nak pergi sambil dalam hati cakap Ya Allah aku nak ke Raudhah, permudahkanlah. Aku fikir, kalau ada 'rezeki' adalah. Itu je yang aku fikir. Yang penting aku nak pergi jugak. Nekad gila time tu. Haha. Rasa takut semua campak kat belakang.

Mama dan adik-adik aku pi shopping wida' (shopping terakhir), aku lak pergi ke masjid sorang-sorang . Kalau diingatkan-ingatkan, memang sepanjang masa dari hotel ke masjid aku banyak berdoa supaya Allah SWT permudahkan untuk aku jalan ke Raudhah. Aku fikir, kalau ada rezeki, adalah. Aku usaha je nak ke sana. Andai kata tak dapat, aku redha. Itu je. Jam ketika itu dah lebih pukul 8 am. Kalau diikut-ikutkan teori mama tadi, pintunya dah ditutup. 

Dan sesampai di pintu 25, aku letak kasut dekat rak dan berjalan sambil banyakkan berzikir dan berselawat. Aku perhatikan ke mana arah jemaah tuju. Dan aku nampak macam ada laluan dengan penghadang berkanvas putih, maka aku ikut je (sebab tahu itu laluan yang dibuat untuk jemaah ke Raudhah). Sambil itu, aku tanya kepada pekerja di dalam masjid yang berbangsa Indonesia "Tumpang tanya Raudhah di mana ya? Masih di buka?"

"Coba ibu tanya di sana, masih dibuka hingga jam 1" jawab wanita berpuradah itu sambil menunjuk ke arah penjaga/guard berbangsa arab yang berjubah hitam .

Aku terus pergi ke arah laluan yang ditunjukkan oleh si cleaner/pekerja Masjid Nabawi itu. Nampaknya seperti laluan untuk mereka yang baru keluar daripada Raudhah, kerana manusia kelihatan berjalan melawan arus aku ketika itu.

Semasa aku nak lalu dilaluan yang aku percaya menghala ke Raudhah, guard di sana menegur dan cakap dekat aku "Ibuk, Raudhah" sambil tangannya menunjukkan yang aku harus ke bahagian sebelah kanan. Oh, nampaknya laluan yang aku hendak masuk ini untuk mereka yang sudah menziarahi Raudhah. Patutlah muka semua relax je. hehe.

Dan berjalanlah aku ke sana dengan perasaan yang sebak. Air mata bertakung, tinggal nak tumpah je ni. Aku berjalan dengan penuh pengharapan ketika ini. Please make my way Ya Allah, aku nak ke Raudhah. Tak putus-putus berdoa. 

Langkah demi langkah menuju ke taman syurga, aku mengikut sahaja arus manusia ketika itu. Masjid lengang sangat time tu. Dan setiba ke satu kawasan lapang, aku dah nampak ada jemaah berkain putih mostly bertelekung sedang duduk berbaris menunggu giliran. Ya Allah, Raudhah bukak lagi. Terus, meleleh-leleh air mata. Macam tak percaya. Kalau nak ikutkan teori mama tadi, dia cakap pintu dah tutup.  Kiranya impossible untuk ke sini. Sebab sekarang pun dah pukul 10 smth. Ya Allah, syukurlah.

Tanpa berlengah, aku terus solat tahiyatul masjid di kawasan yang jauh sedikit daripada barisan jemaah Asia Tenggara yang sedang beratur untuk masuk ke Raudhah. Nangis non-stop aku kat situ. Dan sambil menunggu, aku buat solat-solat sunat yang lain. Sungguh macam tak percaya, ada 'ruang' lagi rupanya untuk aku masuk. Ya Allah, sangat miracle. Dari jauh nampak makam Rasulullah, syahdu sangat-sangat. Rasulullah , aku datang ni, syafaat kan aku di akhirat nanti ya.

Agak-agak jemaah ni dah bergerak sedikit untuk ke raudhah, aku pun masuk barisan. Beratur sama dengan mereka. Ya, jemaah Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Singapura,Brunei) semuanya diberikan giliran terakhir nak ke sana. Oh ya, untuk ke Raudhah kita akan diberikan giliran mengikut negara ataupun continent masing-masing. Wow, kalau dulu (8 tahun lepas) seingat aku main rempuh je. Sebab tu aku fobia sikit. Hehe.

Dan sambil menunggu giliran, aku pun senyap je berteleku seorang diri. Berdoa banyak-banyak. Sambil tu lap-lap sikit air mata *emotional*. Murah sangat air mata di sini. Kebetulan pulak, Ustazah Mutawif dari travel agency yang aku pergi umrah ada bawa satu group jemaah yang baru tiba. So aku pun menyelit di sana. Sambil-sambil tu ustazah ada bercerita itu ini bagi menambahkan ilmu kami. Syukurlah.

Dan tibalah giliran kami, dengan tenang aku melangkah ke sana. Aku melangkah perlahan sambil mata sesekali melihat ke lantai. Sudah sampaikah ke karpet hijau, kerana itulah kawasan Raudhah. Ia dipisahkan antara karpet merah dan karpert hijau. Manusia berpusu-pusu ketika ini. Aku hendak pergi ke sebelah kiri, ke makam Rasulullah. Tapi melihat manusia yang sesak berpusu-pusu, aku bagi salam dari jauh sahaja. Syahdunya saat itu, hanya Allah yang tahu.

Apa yang aku fikir nak cepat-cepat solat. Alhamdullilah, selesa sangat ruang yang aku dapat. Syukur sangat. Terharu. Dapatlah buat solat-solat sunat dengan selesa. Sambil solat tu, si guard memanggil-manggil jemaah untuk cepat keluar, memandangkan kawasan nak dibuka pula untuk jemaah lelaki (dah nak masuk Zuhur). Pengalaman yang sangat2 indah. Rasa semua beban di hati dah terkeluar. Semua masalah, terungkai. Lapang sangat fikiran bila dah 'luahkan' semua padaNya.

Selesai sahaja berada di Raudhah, hati aku rasa tenang sangat. Macam tak percaya aku diizinkin berada di sini. Alhamdullilah. Allah SWT lah sebaik-baik perancang.

Balik bilik hotel, mama dan adik-adik dah sampai dulu.

"Dapat ke masuk Raudhah?" mama tanya sambil diperhatikan adik-adik.

"Dapat" aku senyum sambil terkenang-kenang peristiwa manis itu.

"Merahnya mata, mesti baru lepas 'melalak' ni" adik aku mengusik.

Hehe. Bila check kat cermin, sembap gila mata. Hidung merah, mata merah (on the way balik masjid cover dengan sunglass). Ya Allah. Baru teringat yang ada lelaki tegur aku kat dalam lif tadi. Tanya aku jemaah mana? Sama group ke dengan dia? (memang sama group pun rupanya). Sure dia nampak betapa miserable nya aku tadi. Haih. Malu weii...

Apapun, it was a very beautiful experience. Sangat indah. In Sha Allah ada rezeki nanti, aku akan ke sana lagi. Itulah juga doa yang aku panjatkan di sana. Nak menjadi tetamu Allah dan Rasulullah lagi.

Maaflah kalau tak dapat nak ceritakan dengan lebih detail dan menarik. Mungkin pengisian di entry dibawah  ini dapat memberi gambaran yang lebih terpeinci mengenai Raudhah. 




Friday, February 22, 2013

Madinah Thru Photos (II) - Part 5


Madinah : Di  Dalam Masjid Nabawi dan Sekitarnya




 


Penyeludupan handphone berjaya dilakukan. Interior di dalam Masjid Nabawi.






















































Madinah Thru Photos (I) - Part 4


 


 


 



Good Morning Madinah!



 


Confuse. Taktahu nak beli apa.


Discussion.


Favourite thing. Benda nie bergerak time malam. Kiteorang selalu 'amazed' dengan patung ni tiapkali lalu depan kedai lepas solat. Haha. We called it 'Ya Manan' (sebab dia nyanyi lagu Ya Manan)














Time nie dah nak dekat time solat jumaat. Sebab tu lengang.

Malaysia Vs Arabs. Beratur ( sangat rare) nak beli jus dan donut besar. Nyum~


Starbucks di Madinah.


Monday, February 18, 2013

Travelog Umrah: Madinah Al-Munawarrah (Part 3)


Assalamualaikum w.b.t,

Bagi yang belum membaca entry lepas, silakan membaca Part 1 dan juga Part 2


Hari ke-3 di Madinah, kami dibawa membuat ziarah di tempat-tempat bersejarah sekitar Madinah. Kira-kira jam 7.30 a.m kesemua jemaah group SV22 berkumpul di lobi menunggu mutawif dan kemudian bergerak ke bas masing-masing (total ada 4 bas). Kalau dah ditetapkan naik bas 1, maka janganlah pulak gatal nak tukar bas 3 ye. Kami satu family adalah peserta Bas 1. Ada dalam 41 jemaah rasanya dalam bas aku tu. Pengalaman kali ini menyaksikan kami bergerak dalam group yang besar berbanding 8 tahun lepas di mana kami satu group cukup-cukup satu bas je. Aku lebih suka gerak dalam group yang kecil sebenarnya, tapi takpelah. Nak buat macam mana kan. 

Pre Departure

Geng Bas 1. 


Camwho di mana-mana sahaja. Pantang nampak kamera.


Plastik dah bukak. Hehe. Semua muka excited naik bas. Tak reti duduk diam.



Sekitar jalan di Madinah.

Destinasi 1: Masjid Quba'

Jarak masjid ini dengan Masjid Nabawi kira-kira 7 KM sahaja. Masjid Quba' adalah masjid pertama yang didirikan Nabi Muhammad S.A.W sebaik tiba daripada Makkah dalam persitiwa hijrahnya daripada kota Makkah ke Madinah, remember? (refresh balik sejarah). Ini juga masjid pertama yang didirikan di dunia atas dasar takwa (bak kata mutawif).

Oh ya, pahala bersolat 1 waktu di sini bersamaan dengan pahala 1 kali umrah. So kalau korang rajin nak pi  masjid Quba' banyak kali, tahan je taxi melambak depan hotel tu, sebelum tu kena amik air sembahyang siap-siap dari hotel then solatlah di sini.


Sabda Nabi S.A.W lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.



Pemandangan di kawasan parkir bas



Kubah Masjid Quba'



Kawasan solat lelaki







View dari dalam bas.



Kawasan yang sentiasa penuh dengan jemaah daripada setiap pelusuk dunia. 


Masa yang diperuntukkan untuk berada di sini adalah 15 minit sahaja. Jadi, kiteorang macam rushing juga lah. Mana yang nak memperbaharui wudu, ada tempat nya di sini. Masjid ni besar juga. Sempatlah juga nak solat tahiyatulmasjid dan duha. Lepas tu cepat-cepat naik bas, karang naya je kena tinggal. Ala, tapi tak kan lah mutawif tu nak tinggalkan korang punya. Dia akan tunggu jugak. Cuma, please consider others as well. Jangan sengaja melewat-lewatkan aturcara. Be punctual.


Destinasi 2: Jabal Uhud dan Bukit Rumat (Bukit Pemanah)

Selesai solat di masjid Quba' kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke dua, iaitu Jabal Uhud dan Bukit Rumat (Bukit Pemanah). Ha, ingat tak lagi kisah sejarah yang kita pernah belajar dekat sekolah dulu? Kalau tak ingat cepat gi refresh balik!

Tapi kalau tak ingat, meh sini aku cerita. Jabal Uhud ini terletak kira-kira 4KM daripada Masjid Nabawi yang terletak di sebelah utara tanah Madinah yang lebarnya meliputi timur ke barat (menganjur). Panjang Jabal Uhud ini adalah (timur ke barat) kira-kira 7KM dan lebarnya adalah dalam lingkungan 1-3KM.

Di sinilah terjadinya 'Perang Uhud'. Semasa perang Badar, kaum Muslimin menang ke atas kaum Musyrikin. Jadi, ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum Musyrikin dan atas dasar untuk membalas dendam, maka tercetuslah perang Uhud. Mereka semua kemudian membuat persiapan untuk membalas dendam lantas menuju ke Madinah dan berkumpul di Jabal Uhud.

Mengetahui berita tersebut, Nabi Muhammad S.A.W pun menyiapkan bala tentera Muslimin untuk menghadapi ancaman tersebut. Baginda Rasulullah S.A.W mengerahkan 1000 pasukan ; 300 sebagai pertahanan awal bersama Abdullah ibn Abi al-Munafik dan 50 orang pasukan pemanah sebagai pertahanan di Bukit Rumat. Pasukan pemanah sebanyak 50 orang itu diketuai oleh Abdullah ibn Jabir R.A.


Pemandangan Jabal Rumat (bukit kecil yang ada orang di atasnya itu) dan Jabal Uhud dari dalam bas




Jabal Uhud



Sebahagian daripada Jabal Uhud juga




Salah satu gunung yang akan berada di dalam syurga. Harap-harap kita semua dapat lihat ia lagi di sana. In Sha Allah.



Berlatarbelakangkan Jabal Uhud. Panjang nya adalah 7KM. Uhud maksudnya 'asing'. Sebab tu Jabal Uhud ni macam isolated dari gunung-ganang yang lain.


Berjalan dari tempat parkir bas ke Bukit Ar-Rummat. Nampak tak bukit kecil daripada jauh tu? Itulah dia...

Bukit Rumat (Bukit Pemanah) ini terletak di hadapan makam Syuhada' perang Uhud. Di sinilah terjadinya punca kekalahan tentera Muslimin akibat tidak mendengar nasihat Rasulullah S.A.W. Ketika menang dalam pusingan pertama di dalam peperangan tersebut, mereka 'leka' atas kemenangan dan terus menyerbu ke atas harta rampasan peperangan di bawah Bukit Rumat. Sedangkan Rasulullah S.A.W sudah berpesan

"Lindungilah pasukan berkuda, jangan sampai mereke menerobos ke arah kita, dan tetaplah di tempatmu, kalah atau menang, jangan sampai mereka masuk ke atas mu"

Akibat daripada melanggar pesanan Rasulullah S.A.W, kaum Musyrikin yang menyedari situasi tersebut lantas berpusing ke arah belakang bukit dan mengepung tentera Muslimin daripada belakang. Ramai syuhada' yang terkorban antaranya termasuklah Saidina Hamza R.A (singa Allah) yang terkenal ketangkasannya dalam memperjuangkan Agama Islam (dia boleh libas 10 orang seorang diri) syahid dibunuh oleh pembunuh upahan si Hendon sehingga perutnya dirobek-robek dan jantungnya di tarik keluar, mata dicungkil. Even, Rasulullah S.A.W pun tercedera dalam peperangan ini.

Itulah dia pengajaran daripada kisah ini. Kesan daripada tak ikut apa yang Rasulullah S.A.W pesan. Dan juga pengajaran buat kita  yang masih hidup untuk sentiasa menuruti segala perintah Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. 


Tuudiaa..Ustaz Saukani in action. (yang lilit serban serta memakai sunglass)



The only pics of our mutawif. Masa ni berada di hadapan maqam para syuhada'  perang Uhud. Time ni aku  tak dengar sangat apa ustaz cakap. Kawasan sekitar agak 'meriah' juga. Sebaiknya setiap mutawif kena ada wireless speaker. Senang nak dengar.



Makam para syuhada' (belakang notice board bewarna biru)


"Sekilo berapo ni jang?"




Negotiation .




Pilih, nak shopping dulu ke, daki bukit dulu? Agak-agak mama pilih mana ?




Budak kecik. Belakang tu adalah Bukit Ar-Rummat




Mendaki. Tak tinggi pun. Tapi bagi acik-acik or pakcik-pakcik yang  tak larat/uzur sebaiknya tok sah naik. 





Perhatikan pak arab memgang gambar polaroid di atas. Ye, kalau nak gambar polaroid , kena bayar ye.




Cinta hati. Mak saya lebih tinggi dari ayah. Fakta. :)



Macam-macam ada. Sebut je nak apa.  




Shopping~Banyak pilihan. Tapi, I'm not interested. Hehe.



Gangsta Kg. Pisang naik angin. "Ma, dah la tu shopping!"


Dah ada pavement walk 



Jabal Uhud di hujung sana



Pemandangan daripada Bukit Rumat. Yang di depan itu adalah Jabal Uhud.



Aktiviti jual beli di sekitar pedestrian walk menghala ke kawasan parkir bas.

Aktiviti agak tak berapa 'organize'. Masa aku pergi ke sini dulu, Mutawif aku guide kiteorang serta bagi penerangan dan tazkirah. Agak syahdu jugak la. Leleh la air mata. Hehe. Kali ni, mungkin agak payah nak handle para jemaah dan juga kawasan sekeliling agak 'havoc', maka ramai yang macam terpecah-pecah. Mostly semua buat hal sendiri. Itulah kekurangan berada dalam group yang besar. Dugaan. Lain kali, kalau nak pergi ke sini apa kata korang siap-siap buat research, baca pasal sejarah Madinah, baru lah 'feel' tu ada. Apapun, dah banyak perubahan berlaku di kawasan ini. Penjaja pun makin banyak, kawasan parkir makin besar, orang pun makin ramai.


Destinasi 3: Ladang Kurma

Setelah berada lebih kurang 30-40 minit di sekitar Uhud, kami bertolak pulak ke 'Ladang Kurma'. Tapi time kami pergi, tak masuk pun ke ladangnya sebab bukan musim. So, ibuk-ibuk dan bapak-bapak ni apalagi..shopping sakan la. Kedai ni kiranya kedai di dalam ladang kurma. 

Aku rasa mutawif pun ada bagi tau kat para jemaah yang harga kurma di sini lebih mahal berbanding pasar kurma. Aku juga rasanya macam dah cakap kot kat mak ayah aku. Tapi, biasalah ayah aku ingat sini tempat shopping last, dia lupa kot kita nak ke pasar kurma lepas ni maka dia pun boranglah kurma ajwa (kurma nabi). Mahal gak lah. Kalau sini sekilo 150 riyal, di pasar kurma 100 riyal..beza banyak. 





Cokelat lambak. Pilih je nak berapa kilo.




Coklat kurma. Macam-macam.



Sesak. Bertembung sekali dengan jemaah dari Indonesia




Pakcik tu. Hehe. Time ni tak kenal lagi.




 Dia pun naik sibuk sama.







Arab style, time nak bayar boleh suka hati potong barisan. Time nak bayar ni, sapa cepat, dia dulu. Pening! 




Pilih-pilih! Time ni aku malas nak masuk campur. Melihat daripada jauh je. Orang Malaysia memang kuat shopping.


Time ni 'sesak' sangat. Ramai orang dok 'melontar' (shopping). Aku pun, 'keep calm and snap a picture' je la. Haha. Malas nak bersesak-sesak. Korang kalau nak rasa kurma, makan je. Halal. Makan di situ sahaja ye. Jangan bawak tapau masuk dalam beg plastik pulak. Itu dah haram jadinya. Hehe.


Destinasi 4 : Masjid Qiblatain

Setelah puas menunaikan ibadah melontar (istilah bagi shopping, hehe), kami meneruskan perjalanan ke Masjid Qiblatain. Di sinilah berlakunya perpindahan qiblat. Semasa Rasulullah S.A.W sedang solat Zuhur, turun wahyu daripada Allah S.W.T (Surah Al-Baqarah ,Ayat 144) untuk memalingkan qiblat daripada Masjidil Al-Aqsa ke Masjidil Haram. Maka semasa menunaikan solatnya, Rasulullah S.A.W terus memalingakn qiblat nya ke ara Masjidil Haram.

Tapi, kami tak berhenti turun sebab semua jemaah dalam bas tak nak turun. Hanya lalu dan berhenti amik gambar je. Aku pun malas nak turun (sebab semua dalam bas tu macam tak berminat nak turun). So, my lil bro je turun amik gambar and ada few jemaah lain.

















Lepas 'melontar' semua pakat lelap mata



fountain in a dessert


Destinasi 5: Pasar Kurma

Oleh kerana rombongan ini sentiasa di dalam express (sebab nak kejar waktu Zohor di Masjid Nabawi), maka watu yang ditetapkan hanyalah 20 minit untuk berada di sini. Aku tengok ayah dan mama turun, kiteorang pun sama gak turun dari bas. Jemaah yang dah selesai 'melontar' di ladang kurma, depa semua lepak-lepak dalam bas.













Kawasan sekitar Pasar Kurma. Banyak gerai-gerai. Tinggal nak masuk dan pilih je.

Ayah dan mama pun beli lagi kurma. Hehe. Takpe, bagus sebenarnya bila kita membeli di Madinah. Aku tak ingat akan 'dalil' nya tapi macam pernah terbaca yang memang kita di sunatkan untuk berbelanja di sini. Lagipun, tanah Madinah ni adalah tanah yang barokah dan telah didoakan Rasulullah S.A.W. Banyak kelebihan sebenarnya bandar Madinah ni.

Maka setelah berakhirnya aktiviti di pasar kurma, dengan itu tamatlah aktiviti ziarah luar sekitar Madinah. Ada lawatan ke Kilang Al-Quran , tapi berbayar dan pada siapa yang berminat sahaja. Hanya kaum adam yang boleh masuk ke kilang tersebut. Tapi, kami tak pergi pun.

Entry lepas ni, mungkin aku akan selitkan gambar ketika berada di Madinah In Sha Allah.