Monday, March 25, 2013

Starting Over

Hari ini orientasi. Mujur sehari je.
Sebenarnya dua hari, tetapi esok orientasi ditunda.


Perasaan?
Pretty much excited,happy,hyped up.
Nervous tu, ada tapi terkawal. Composed.
Mungkin sebab faktor umur yang dah matang,aku cool je.

Apa yang Chef Jamel cakap, sangat memberi inspirasi.
I just love his fatherly vibe, very positive.

Belajar ni, tak ada due date pun sebenarnya.
Aku fikir, biarlah orang lain tak faham dengan keputusan aku,
Tapi sekarang, aku tahu apa yang aku mahu.

May this going to be a blessed journey.

Friday, March 22, 2013

Don't wait for happiness

Assalamualaikum w.b.t

Aku suka semua perkara untuk menjadi 'perfect'.
Tapi, itu semua mustahil.
Idealisme.
Tak ada benda dan situasi yang maha sempurna.
Tapi, masih tak boleh 'lari' dari tabiat yang sama.
Okay,I'm still trying though.

Defects are okay.
Cacat sini sikit adalah okay.
Koyak sana sini itu okay.
Besepah situ sini tak mengapa.
Messed up kadangkala itu adalah wajib,
Lambang diri sedang belajar untuk menjadi lebih baik.

Menunggu sempurna?
Waiting is a trap.

Kita selalu menunggu.
Bila A terjadi barulah saya akan merasa bahagia.
Dan apabila akaun di bank mencecah 500k barulah hidup tenang.
Dan apabila saya bergarduasi, barulah saya happy.
Dan apabila saya berpacar, barulah hidup saya lengkap.
Dan apabila saya berjaya memiliki Mitsubishi Lancer,saya paling bahagia.
Dan apabila saya berjaya menawan puncak Kinabalu, saya paling hebat.
Dan apabila saya dicintai, itu bahagia buat saya.
Dan apabila saya berkahwin, barulah saya menjadi extra happy.
Dan apabila saya ada six pack, barulah saya akan jadi paling cun/handsome.

Why wait?
Why not NOW?
Why depends on the 'exterior factor' to make you feel good or happy?

Live in the moment.

Waktu apakah yang paling penting?
Masa sekarang.

Siapa yang paling penting?
Orang yang berada di hadapan kita.

Don't wait for something to happen.

Kalau nak happy or bahagia,
It's in you.

Hari yang perfect adalah bila kita menghargai segala ketidaksempurnaan dan be okay with it.

Seperti,

Ya, saya mungkin buta tetapi tetap merasa syukur dengan hidup ini,
Ya, saya kehilangan kekasih hati dan dikhianati tetapi perpisahan ini mengajar saya menjadi kuat dan lebih mengenali diri sendiri,
Ya, saya kehilangan ibu tersayang dan kehilangan ini adalah perpisahan sementara kerana kami akan berjumpa di syuga semula,
Ya, saya kehilangan pekerjaan tetapi saya memandangnya sebagai permulaan terbaik buat kehidupan saya,
Ya, saya gagal dalam peperiksaan tetapi kegagalan ini bukan definasi penuh bagi diri saya. Ia adalah keputusan atas sikap saya 10 bulan yang lepas. Sekarang, saya adalah manusia yang baru.

Don't wait.

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, March 19, 2013

Haji Bukan Untuk Orang Tua-Tua. Fakta.

Hasil tangkapan minggu lepas. Best! Highly recommended.


Sejujurnya, aku tak pernah 'imagine' akan terfikir pasal 'haji' ketika umur begini. 24. Muda la jugak kan.Ehem..Apa yang aku tahu dahulu, haji = dah tua/pecen baru pergi. Haji adalah untuk pakcik-pakcik, makcik-makcik dan nenek-nenek serta atok-atok. 

Ungkapan 'enjoy dulu, dah tua baru taubat' nampak relevan suatu ketika dulu. Oh no. 

Itu dulu. Sangat dangkal berfikiran begitu.

Sekarang?

Aku nak pergi masa umur 'muda'. Aku aim lagi sepuluh tahun. In Sha Allah.Yang penting, bukan lepas pencen, bukan lepas dah ada cucu seorang. Haha.

I just don't know why, but the 'urge' for hajj is resonating in my mind, at least now. Baru terfikir.

Dan setelah bertahun-tahun (sejak tahun 2000) mempunyai akaun Tabung Haji, baru hari Jumaat lepas aku tergerak nak daftar online untuk menunaikan Haji (baru tahu yang TH ada sediakan pendaftaran online, so easy takyah berebut beratur di kaunter). Sangat Ironi. After all these years, why now? Masha Allah.

Dan, cuba teka tahun bila giliran aku nak naik haji?

10 tahun lagi?

Bukan.

30 tahun lagi?

Salah.

40 tahun lagi?

Nope.

46 tahun lagi. Tahun 2059. Itulah tarikh 'giliran' yang diberikan pada aku yang baru daftar minggu lepas. Korang, sila cepat-cepat daftar!!!

Wow. Lamanya. Time tu umur aku 70 tahun (kalau panjang umur).

Last week, aku daftarkan sekali adik-adik aku jugak. Selesai. Aku fikir, benda yang senang dan simple macam ni kenapa selama ni tak pernah tergerak nak 'daftar haji' even aku dah lama ada akaun TH dan dah ada cukup RM1300 (amaun minima) di dalam akaun. Hmmmm...

Kesedaran dan ilmu tak cukup dan sampai di hati mungkin. Tak mungkin aku tergerak nak buat semua ni kalau Allah SWT yang tak bagi lampu hijau kan?

Umrah yang lepas 'membuka mata hati' aku bahawa, faktor umur (kekuatan fizikal/kesihatan optima dan mental) serta ilmu memainkan  peranan dan impak yang besar kepada ibadah umrah.

Lebih -lebih lagi ibadah Haji yang termaktub dalam rukun Islam. Sekali seumur hidup. Ganjaran bagi Haji yang Mabrur  adalah syurga dan pengampunan semua dosa-dosa kita. Kesempatan macam ni, kat mana lagilah nak dapat kan? Nak harapkan amalan aku yang entahkan diterima atau tak selama ni, dosa-dosa yang belum terampun, aku melihat ada 'sesuatu' dalam proses menuju 'Haji Mabrur' ini.

Haji bukan kerja mudah. Itu pasti.

Imagine 2 juta manusia berkumpul dan beribadah di 'peak hours'. Wow. Kena betul-betul ada 'kesabaran' dan 'kekuatan' dalaman yang luar biasa untuk berada dalam situasi begitu. Aku tahu aku ni jenis yang boleh bersabar tapi senang nak jadi tak sabar. Haha. Complicated. Ada hikmahnya aku pergi umrah hari tu, sedikit sebanyak aku dah dapat gambaran bagaimana keadaan musim haji nanti. 

Musim umrah hari itu pun, boleh tahan 'mencabar' inikan pula musim 'haji'. Phewww.

Aku fikir, bila kita ada kekuatan dan tekad yang diberiNya, perkara yang mustahil akan nampak senang je.

Tetapi, disebalik 'kesukaran' (dalam segi cabaran-cabaran disebaliknya) dan 'kepayahan' aku pasti Allah SWT nak 'ajar' sesuatu dalam ibadah ini. Itu aku cukup yakin.

Lega dan bersyukur bila dah daftar.

Plan sekarang?

1. Kena ada mahram. Kawen la senang cerita. Salah satu 'impian' aku adalah nak pergi Haji dengan encik suami. Ehehe.Ok, tak salah pasang niat macam tu kan? Haha.

2. Ilmu ilmu ilmu. Sangat penting. Aku tahu ilmu aku tak cukup, sangat perlukan 'ilmu'.

3. Doa dan terus berdoa. Anything can happen. Banyak je kes aku dengar ada orang yang baru je daftar, tup tup tup, panggilan haji sudah sampai. Impossible is nothing. Keep your hopes up! So, doa adalah senjata yang terbaik. Allah knows best.

4. Kewangan. Ha, ini penting. Tak ada duit, macam mana la nak menunaikan haji? So, nak tak nak, kena ada perancangan kewangan bermula dari sekarang. Kalau pergi dengan muassasah, bajet minima dalam RM 10 000. Kalau pergi dengan pakej, jangan cerita la harga dia. Pakej yang seorang beratus ribu pun ada. Ikut kemampuan masing-masing. Duit belanja di sana, RM 5000 dah cukup kot. So, yeah. Kena plan betul-betul. Haji ini ibadah yang menuntut 'pengorbanan'. Banyak-banyak doa supaya kita dapat layanan 'vvip' oleh Allah SWT even pergi dengan apa juga cara.

Aku fikir,

1. Waktu muda waktu yang 'afdhol' untuk mengerjakan ibadah yang sangat menuntut kekuatan fizikal & mental ini. Sungguh, kalau tak sihat memang tak jadi satu apa pun. Aku tengok makcik-pakcik dan even nenek yang mengerjakan umrah ni, rasa 'kesian' pun iya gak. Mostly, pakcik makcik yang tak larat ni kadang-kadang solat je kat surau di hotel sebab tak larat nak jalan. Entahlah, aku rasa bertuah untuk tengok dan alami semua itu dan harap ia dapat memberikan iktibar. Rebutlah waktu muda, sebelum waktu tuamu.

Kenapa aku cakap ibadah ini memerlukan extra energy a.k.a kekuatan fizikal?

#Kita akan sentiasa berjalan. Nak ke masjid, kena jalan . Kalau hotel jauh? Even nak sapedek (makan) or shopping pun kena merajinkan diri berjalan. Ha..cabaran ni. Nak mengerjakan ibadah umrah lagilah perlu 'berjalan'. Kalau time 'peak hour' musim haji, mimpilah nak dapat tawaf di dataran Kaabah. Bayangkan kena bertawaf di dalam masjid or even atas bumbung. 7 pusingan okay. Bila kaki menghentak tumit marmar, you'll feel the pain after performing 1 umrah. *pengalaman peribadi*. Jalan pakai kasut berbeza dengan jalan atas marmar. Lepas tawaf, saie pula. Jauh tu nak jalan. Lebih kurang 4km pergi balik.  Dengan lautan manusia lagi yang bermacam-macam ragam.

# Di musim haji, lagilah kesabaran akan diuji degan lautan jutaan manusia berkumpul di suatu tempat. Keselesaan yang sudah terbiasa oleh diri, perlu dikompromi demi mendapat Haji yang Mabrur. Perlu berwukuf di Arafah (rukun haji), bermalam di Muzdalifah, melontar di Mina dan balik ke Makkah semula untuk tawaf, saie untuk melengkapkan ibadah haji.Semua memerlukan kekuatan yang bukan calang-calang.  Kalau nak buat umrah tambahan, perlu juga kekuatan nak laksanakan dalam kepadatan manusia di sana.

Semua kekuatan adalah milikNya. Jadi, sementara masih muda dan sihat apa kata kita plan nak ke sana.

2. Mati tak kira tua atau muda. If I die young? Haaa..amacam. Paling kurang, aku berazam nak pergi haji, sekaligus melengkapkan rukun Islam pada diri sendiri serta berusaha mendapatkan 'Haji Mabrur' sebelum menghela nafas terakhir. Amin.

3. Apakah signifikannya ibadah haji? Yang paling mencabar, apakah perubahan pada diri yang akan dibawa selepas pulang dari mengerjakannya. Adakah gelaran 'Haji/Hajah' betul-betul melambang kan peribadi kita yang sebenar? Bagaimana ibadah ini memperkuatkan keimanan kita di post-life after hajj? Bagaimana ibadah haji ini mengubah paradigma diri?

Aku tak tahu lah, adakah mentaliti kita ni masih sebegini? Haji bukan untuk orang muda?

 Jadi, anda bila lagi?

 P/S: Entry umrah aku tu tak bersambung-sambung lagi kan. Stuck dekat Madinah. Hehe. Nanti kalau 'mood' datang aku tulis entry di Makkah pulak. In Sha Allah.


Friday, March 15, 2013

Pavlova

Last week was a baking feast for me. Tetiba naik syeikh nak baking pulak. layan je la angin baking. Heh.


Pavlova, again. Bukannya aku gemar sangat pencuci mulut orang Perancis ni, tapi sebab tak puas hati sebelum ni asyik fail bila buat.

Percubaan kali ke tiga, masih tak berapa nak jadi.

# Manis sangat sebab aku lupa nak kurangkan gula (1cup of castor sugar)

#  The disc okay je, tapi aku rasa masih perlu diperbaiki. Maybe meringue aku bermasalah or oven comel tu tak betul.

Aku ada gak try buat chiffon cake perasa orange, tapi tak jadi. Burn baby burn..haha..masalah oven. Aku lupa oven aku tu kecik, acuan chiffon kek tu dah lah besar dan tinggi,  dan aku punya lah noob guna api atas sahaja kononnya tak nak kek bawah terbakar. Adoi. I should've guna api atas dan bawah serta kurangkan suhu oven.

Please la, I need oven besar dan best! Serta mixer kitchen aid. Kalau dapat hantaran kawen macam itu pun dah bahagia Alhamdullilah. Hehe.

Baking chiffon cake is no joke. I should' ve listen to my baking instructor back then.

Thursday, March 7, 2013

Dua Puluh Empat

Alhamdullilah. Masih bernafas lagi di bumi Allah s.w.t.
Syukur untuk segala-galanya.

Umur makin singkat, ajal makin dekat.
Yup. Couldn't agree more.

I'm not expecting anything, like birthday celebration ke apa ke. Hadiah? Umrah hari tu kira hadiah la tu kan. :)
Haha.
Sampai sekarang, ayah belum wish birthday, but is okay. Faham. Busy.

It's just a day.
And this year, I knew that I'm not like who I used to be.
:)

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, March 2, 2013

To Dear Anonymous : (Pre Umrah) - Part 7

Assalamualaikum w.b.t,

Pada entri yang lepas, ada seorang annonymous post comment dan bertanya tentang soalan seperti di bawah ini:


Anonymous said...
hai i just came across your blog..Would pleased if you could share abit more more of your umrah trip as i'm gonna be there on 4/3. boleh jugak jd panduan sikitx2 like the wheather now and what to expect and so on. thanks

#wajib baca. Memang best sangat2. Bacaan yang santai tetapi penuh dengan ilmu. 


#wajib baca. Sangat-sangat best. Kiteorang angkut buku ni sekali masa buat umrah.

Friday, March 1, 2013

Bicara santai sekitar kehidupan

Assalamualaikum w.b.t dan hai!!

Lama dah tak mengarut bukan-bukan dekat sini. Rindu. Lately, banyak fikir pasal 'life'. Perlahan-lahan, aku semak dan audit semula apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan aku yang hampir mencecah 24 tahun (next week :) ) di bumi Allah s.w.t ini.

Banyak persoalan yang aku abaikan dulu, kini perlahan-lahan aku mula mencari dan mencari solusinya.

Asking is a good thing but if you ask silly question, you'll bound to get silly answers. Heh.

Persoalan yang paling-paling 'ultimate' yang aku sering ajukan pada diri sendiri adalah, 'what is your purpose in this life?'.

Fuh. Berpeluh nak jawab. Bukannya tak pernah tahu, tetapi selama ini sering mengambil enteng akan persoalan ini.

"Takpelah, muda lagi. Enjoy je. Kerja kuat-kuat cari duit kumpul harta, beli kereta, beli rumah. Just go with the flow. Buat baik sudah asalkan tak kacau hidup orang lain.Hidup sekali, why don't we enjoy first. Dah tua nanti baru lah taubat, barulah pergi haji." antara jawapan 'coverline' sedapkan hati suatu ketika dahulu.

Dunia, dunia, dunia. Kejar selagi boleh. Kejar selagi nyawa masih di kandung badan.

Tapi, jauh di sudut hati ada suatu rasa yang 'tak best'. Is it what you really want to achieve? Worldly affairs? Itu je? Itu je ke? Sedangkan aku tahu ada suatu fasa kehidupan yang 'eternity' di sana nanti. Abadi. Kekal. Syurga, neraka?

Persoalan sekitar 'kematian' pula kicks in suddenly.

Mati. Setiap yang bernyawa pasti merasai 'mati'. Mati itu pasti. Tapi, dah bersediakah aku? Allah....

Hidup ini tak lama mana sebenarnya. Mati tak kira muda atau tua, sihat atau sakit. Hakikat yang pahit untuk ditelan, tetapi semua itu benar. Sangat benar.Allah...

Bekalan dah siap ke wahai empunya diri yang bakal di kuburkan? Allah..

Iman ada naik dan turun, ada masa hanyut terleka, ada masa tersedar kembali dari 'mimpi' dalam jaga.

One thing je yang aku harap dan doa selalu,

"O, Allah, please guide me all the way to your jannah"

Guide me all the way through rain or sunshine. Indeed, Allah dosen't need us at all, but we are the one that need HIM the most."

It's not what you have but, it's who you've become that matter the most. Definasi 'kejayaan' yang aku cari-cari selama ini. Akhirnya baru aku temui. Cewah. Macam lirik lagu nasyid la pulak..hehe..

Yup, finally aku sedar. Hidup bukan berkisar sekadar 'aku' sahaja, tapi lebih daripada itu.

Fullfilment in life comes thru giving and contributing to others.

- Posted using BlogPress from my iPad