Showing posts with label moodLess. Show all posts
Showing posts with label moodLess. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Cemburu


Semua tentang kamu.
Ya, semua.


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, February 23, 2012

Satu

"May all your lies keep you warm at night"

Monday, September 19, 2011

Entry Paling Mengarut

Esok pagi ada kelas bahasa German. Ye, aku ambil bahasa german sebagai elektif. Kenapa? Jepun sudah, Arab sudah, aku fikir bahasa german nampak cool. Masalahnya, satu perkataan pun aku tak tahu. Lainlah masa ambil bahasa Jepun atau bahasa Arab dulu, adalah sikit-sikit pengetahuan asas mengenai kedua-dua bahasa.

Oh, apa yang aku merepek ni.

Tskk.

Tak sebenarnya aku nak tulis benda lain, tapi entah. Ter-mengeluh pasal hal lain. Biarlah.

Esok nak puasa ganti. Room mate a.k.a kawan baik ajak puasa sama-sama. Barulah bestkan puasa ramai-ramai. Bertambah baiklah aku duduk dengan kawan-kawan yang baik-baik. Tskk, asal diorang baik sangat ha??? 

Hmmm.

Ayah dan mama telefon tadi. wah wah wah, ada orang tu beli galaxy tab pulak. Ipad 2 nak campak mana? Serius tak faham asal ayah beli jugak. Nanti bukannya dia reti guna...Oh, aku lagilah tak reti guna benda alah canggih ni semua.

Bosan.

Tak. Sebenarnya aku rasa sedih. Ye ke? Ye kot. Sikitlah. oh, mungkin bukan sedih tapi macam ...entahlah. Macam ada void dalam hati. 
Bukankah kebahagiaan atau happiness datang dari dalam diri sendiri? Cipta sendiri? Saat ni, aku rasa..entahlah. Happy? Ya. tapi ada something missing. 

Ke aku yang drag perasaan sendiri. Hmmm.

Aku benci tunggu dan tunggu.Penyabar? Mungkin tak. Tapi still tunggu. Bodohnya. Oh, aku pun benci label diri sendiri dengan benda-benda yang tak baik. But, I just did. And i did it. Tapi aku tahu aku bukan macam tu kan?

Mungkin aku perlu baca semula buku Hapiness Now, Andrew Matthew tulis. Tapi dah tertinggal di rumah dekat Seremban. Oh ya, minature perfume Gucci Flora aku hilang.Puas aku cari dalam beg kuliah, dalam handbeg, dalam almari kanvas, tapi tak jumpa. So, aku anggap ia hilang. Botol kecik harga 50 ringgit yang baru diguna beberapa hari. Clumsy nya aku.  Haish...

Aku backspace almost everything. Biar ia hilang. Ironinya, aku masih ternanti. Itu yang paling aku benci. Tunggu dan tunggu, fikir dan fikir. Bodoh nya aku. Benci sebab jadi bodoh.
Sampai aku harap cepat-cepat masa berjalan. Jalan cepat-cepat. Biar aku penat seribu. Penat sangat , sibuk sangat sampai aku tak ada masa nak fikir benda remeh-temeh macam ni. Macam sekarang ni. Type benda yang merapu-rapu.

Sepatutnya aku dah tidur tadi. Broadband aku tak boleh guna. Kawan baik  yang baik hati selalu kasi aku pinjam broadband dia yang laju itu. Baik kan dia? Keliling aku ramai orang yang baik-baik sampai aku rasa, kenapa aku selalu jumpa manusia yang baik-baik? Jodoh? Aku bukanlah baik mana pun. Banyak dosa adalah.
Hmmm.
Tapi kalau jadi baik sangat, nanti selalu kena tipu? ye ke? Aku rasa aku kena tipu juga mungkin sekarang. Dan juga dulu. Mungkin aku kena jadi jahat sikit? Setuju?

Serius aku tak tahu nak marah-marah kecuali pada orang kesayangan sebab mereka akan memaafkan apa pun salah aku andai aku buat salah. Nak tengok aku mengamuk? Mungkin kamu bukan orang kesayangan. Haha~

Itu hari semasa official open house, aku sibuk prepare itu ini. Wan dan atok datang petang sebab open house malam. Tangan aku kotor dengan tepung and all. Tak dapat salam dulu. Hold kejap. Buat kerja. Beres, aku basuh tangan nak salam mereka. Oh, badan memang belengas (melekit dengan peluh).

Aku salam wan. Wan cium pipi aku. Aku cakap "Ala wan, kakak berpeluh ni. Busuk laaa~" sebab dia cium aku kan. So, rasa uncomfortable la of course. Aku dah la rushing nak siapkan itu ini. Kalau nak cium lepas mandi ok lah kan..

"Cucu wan mana ada busuk. Wangi ni..." dia cakap sambil cium aku.

Geezz, badan aku melekit kot ni.

Mungkin itu cinta.Cinta tak nampak yang buruk. Semua nya indah. Cinta nenek pada cucu. Sayang dia pada aku sampai siap buatkan rendang, lemang, serunding daging dan siap datang rumah sebelum aku balik Kuching tempoh hari. Padahal wan bukannya sihat sangat.

Cinta mama?
Siapkan barang-barang untuk aku bawa balik. Masakkan itu ini untuk aku. Sebab tu aku iyakan sahaja kalau dia nak buat apa-apa. Walaupun aku tak makan sangat, tapi aku angguk je kepala. Mungkin mama  jarang cakap dia sayang aku, tapi aku tahu dia maksudkan itu. Dia macam aku.

Cinta ayah?

Apa yang aku nak, semua dapat. Sampai aku malu nak minta sebab banyak sangat yang dia dah beri. Aku ingat lagi macam mana ayah akan cuba tunaikan permintaan aku. Banyak. Terharu. Ya. Aku fikir, aku tak akan jumpa lagi insan serupa ayah di masa hadapan. Mungkin ada, aku harap. Bayangan suami masa hadapan. Mungkin. Macam mana dia akan pastikan aku selalu dapatkan perkara-perkara yang terbaik. Teringat dia selau akan berlebih-lebih shopping barang untuk aku masa kami di Kuching awal 2008 dulu.
Ayah, rindunya. Dia memang bukan macam mama. Haha. Opposite attract.

Cintakah aku? Orang kata bila kita memberi, kita tak akan kurang apa pun.

Apalah yang aku mengarut ni kan. Maaflah. Blog aku ni pun bukannya berilmiah mana pun. Sungguh mengarut kali ni.

Maaflah. I need to vent out things inside my head. And I'm feeling better now.

Aku rasa nak karaoke, tapi with my kesayangan-s. Dan mereka jauh . Sabarlah.

Thursday, March 3, 2011

Crap

I was Feeling really crappy yesterday.
Sangat teruk and tak boleh blah.
Haish, rasa nak down tapi kena kuatkan semangat balik.
Dah lama tak exercise ni. Kasut pun dah sampai.
I wish I could run away.
serious nak lari jauh2 sebab malas gila nak habiskan sisa2 hidup kat sini.
Apa yang aku belajar aku tahu aku tak akan guna lepas ni.
so, aku belajar atas dasar apa?
I feel so useless.
So aku bernekad kalau benarlah bidang culinary memang takdir untuk aku,
I'll go for it no matter what...Really2 go for it.
I feel like dumb sitting in the class yesterday.
Rasa tak berguna,rasa aku tak sepatutnya ada dalam kelas ini belajar apa yang aku belajar sekarang.
Looking at my friends semua beria-ia buat assignment, buat FYP, padahal aku
tak berapa nak semangat sebab aku tahu aku bukan berada di jalan yang betul.
Aku tak suka and tak suka. I have another option in the future.
And ini? It's sucks sebab aku tak dapat nak all out.
Rasa bodoh gila.
Aku tahu aku tak pandai tapi aku percaya dengan kebolehan dan minat aku.
Dan aku pasti akan polish ia sebaik mungkin.

That's my promise.
Aku akan hold on no mater what.
Hold on for them.
Just for them.
it's for my mum and dad.

Tolong jadi matured and kuat!!!!!!!!!

Saturday, February 26, 2011

Entri tak ada hala tujuan..

Mood sekarang: Malas, Emo (PMS le tu), Separa happy juga

Lagu dalam kepala : Ooh na na what's my name
                              Ooh na na what’s my name (part intro)
                              hey boy I really wanna see if you can go downtown with a girl like me
                              hey boy, I really wanna be with you cause your just my type ooh na3x


Kerja kena buat: Siapkan assignment ecotox, submit isnin ni.

Daily chores kena buat: Basuh kain baju sebakul, sapu lantai, tukar cadar, lipat baju

Rasa: Macam nak jatuh cinta pun ada jugak. Aduii, benci benci benci!!

Rindu: Nak balik seremban. Nak drive kereta gi jalan2. Nak main masak-masak nak baking jugak. Nak tengok astro channel AFC lepas tu lak pa'an datang berebut remote. Demm, aku tak suka kartun. Dulu2 yelah. Pujuk2 nak belanja slurpee, then deal. Aku dapat remote balik. Yeah!!! Tapi sekejap je. Cett..

Berita gembira: Mama dah pos barang2 tadi. Isnin sampai. Yesss, leh workout dengan kasut and dumbell. Oh ya, charger mp3 ku juga...omega 3 softgell 2 botol, seluar slack,sambal gesek. Itu je kot yg aku pesan. Kalau tak ada jugak,  aku akan mengamuk menangis...*emo gila!*

Situasi sekarang: Melangok depan laptop, tak isyak lagi, menaip entri tak ada motif sambil dengar lagu. Ye, bughok punya perangai..Ok, tak da siapa yang masuk meminang aku lepas nie..Fine..Aku sedar aku siapa...*tundukkan muka*


P/S: Ye aku pergi solat pas nie. Lepas tu wat asaimen ecotox..Aku akan jadi Hannah Cullen malam ni..



Saturday, February 19, 2011

perlu berusaha. perlu sangat. tapi aku tak gerak-gerak pun. argghhh..bosan + confuse. Don't know where to start and benci bilik bersepah..hahaha..benci gak kain x basuh lagi...

benci ah semua..benci sebab aku x call rumah lagi. benci sebab tak tau nak cakap apa and tak ada mood nak cakap.next week ada 3 subjek mid sem. satu pun tak berusik lagi.

aku tak suka negativity tapi tak dapat nak elakkan sebab aku bukan ratu positive yang bila bila masa boleh bertukarr jadi positive.hmmm, banyak dosa kot. sebab tu satu kerja pun x jalan.

kenapa aku selalu persoalkan kenapa orang tu mcm tu? kenapa bukan aku mcm nie. and lately jugak aku perasan asallah aku mcm negative semacam. iskkk..x leh jadi nie...

owh hannah, toloang diri awak sendiri sebelum apa apa terjadi. aku sedar tak ada sesiapa yang boleh merubah diri aku melainkan diri aku sendiri.

yes, aku memang nak berubah. ke arah lebih baik. baik dari semalam yang telah berlalu.

tolong hannah. tolong berubah.