Tuesday, January 31, 2012

Gampang

Aku check result tadi.
Tak tau nak cakap apa.
Kenapa aku kena lalu benda benda macam nie.
Penatlah.
Serius tak terkata.
Aku pernah kata kat someone yang sekarang adalah zon untuk 'jatuh'.
Dan sekarang aku 'jatuh' lagi.
Tak tau nak kata apa. Tak tau nak rasa apa.
Im really hopeless.

Monday, January 30, 2012

Heart camping

What would you do if someone is camping in your mind/heart?
Weird.
It could be just a fling. Temporary. Nevermind.
Keep on going with your life. Let the time flies. Erase and backspace. And forget.
The thought that, you can survive all alone without another significant others is overrated.
You just wanna avoid all these unimportant matter, but they keep creeping out slowly.
Weird.
Shoot.
I'm so doomed.
I hate this.Hate.Hate.Hate.
The best part is ,the person camping in your heart will never know that he/she been all along there.
Bummer.
Pathetic.

Hidup sekarang

It's almost the end of the month. I reckon that  I write less when I'm home rather than when I'm away. Too much comfort and distraction(siblings, new muse) makes me 'frozen' . Literally.Oh ya, and never ending house chores too *bajet busy padahal..ayiklah mengelat je.haha.*. Eh, tak. Buat jugak kerja. Wahahaha..Cuma, dalam banyak-banyak benda, aku paling tak suka lipat baju. 


My life now revolve around my house. And my little bro. Asyiklah "along..along..along". Sebab every night pun aku teman dia tidur (he's so penakut tidur sorang-sorang). Nak kemas buku, nak buat homework pun kena menghadap dia. Bayangkan bila kau tengah layan tengok tv dekat bawah, then mama sound dia suruh kemas beg dan buku sebab esok nak sekolah, pun aku kena terlibat sama (time malam dia jadi 'ekstra' penakut). Sometimes tengah basuh pinggan or kemas dapur pun dia sanggup tunggu aku buat kerja semua then baru naik atas sama-sama. Kata lelaki. Tapi, penakut nauzubillah. Bukannya dekat atas tu tak ada manusia lain, tetap jugak nak mengheret aku.

Random conversation #1

Aku tengah lepak dalam bilik dia sambil baca buku yang baru dibeli. Gambar depan buku ada gambar sea horse and brain (The Brain Training Evolution).


"Paan, tengok ni. Ada gambar Sea Horse dekat brain. Apa kaitan Sea Horse dengan otak ni?" aku membebel sorang-sorang sambil mata pandang kulit buku.


"Eh, Sea Horse kan haiwan yang bijak. Among underwater creature, it is the second most cleverest besides dolphin" dia elaborate dengan slang mat salih dia. Tudia..dah keluar informasi ala-ala discovery channel.


"Eh, yeke?. Mana paan tahu"Aku sumpah tak tahu pun. Hehe.


" Ye lah. I saw it in Animal Planet you know"


"Tak tau ke? The male sea horse give birth to their kids" dia eloaborate lagi dengan yakin dengan nada ala-ala annoying.


"Ha?" telan air liur. " Ish, yelah tu. Mana paan tau ni hah?" Aku tak puas hati sebab rasa, ye ye je dia ni.


"Paan tengok Animal Planet la" dia dah macam nak naik angin sebab aku macam tak percaya je. Haha.


"Bagi ipad. Along nak google" 

Dia tak peduli. Terus bercerita macam bertih goreng.

"The female seahorse will transfer her babies to the male------"


"Itu bukan 'babies' la. Eggs tu" aku menyampuk nak betul kan dia.


"Ha..yes. The eggs. Female seahorse tu dia macam masukkan eggs dalam male. There's a  hole to transfer the egss. They make bridges"


"Itu reproductive organ.." aku mencelah. Eh, tak tahulah kalau adik aku faham ke tak..haha.


"Are sure about this? Yeke..?" aku masih tak boleh terima semua fakta-fakta tersebut. Ceh, tak nak kalah tu dengan budak darjah 6.


"Ish, tak percaya pulak. Orang cakap betul-betul ni.Kejap paan ambik buku" dia pun keluar bilik pergi ambil buku Disney kids encyclopedia, siri Animals Of The Sea. Sanggup tu padahal sebelum itu dia dah nak tidur.

Dengan yakin, he flipped the pages. Keluar lah topik-topik pasal The World Of Eel, Pacific Salmon, Life on A Coral Reef, Rays and SawFish, Sharks yada yada... Then sampailah ke topik  Seahorses and Shrimpfish.

"Sea horses are unusual because the male has the babies.The female squirts her gegs into a pouch on the male's front. Four to six weeks later, hundreads of tiny seahorses come out of the male's pouch" jelas dan nyata tertulis dalam buku tu.

Dumbfounded.

"A'ah betullah" sambil gelak-gelak nak cover malu.


"Tu lah, tak percaya..lain kali tengok Animal Planet.Itulah asyik tengok channel 105 je" dia perli aku. Ceh.

"Hello, sejak bila pulak?? Jangan main menuduh ye. Along tak tengok pun channel tu" drama drama nie memang tak layan lah.

"Hehehe..gurau je. Lek lah" dia sengih-sengih. Lempang kang baru tau.


Tak tahu ke aku tak suka nak tahu pasal animals. Tak macam dia. Sebut je apa kejadah semua binatang. He knows all. Almost all. Animal lover lah katakan. Cita-cita No.2 nak jadi Veterinarian. Cita-cita No.3 nak buka 5 star hotel untuk animals. Kau pernah ada cita-cita macam tu? haha..pelik betul. Tapi..it's possible. But Malaysian tak berapa nak ada sikap-sikap cinta pada haiwan. Tak ramai la. Ada tu ada. Tapi we (aku) just regard them as an animal. That's it.


Random Conversation #2


"Along kenapa angah tu gedik sangat?" dia tanya aku.
 
"Dia sejak lahir memang gedik macam tu" aku gurau je sebenarnya. Tapi, dia memang gedik sikit.


Hahahaha. Kitaorang gelak sama-sama .


Senyap.


"Along ni gedik tak?" aku saja tanya dia.


"Tak"


"Yeke?"


"Secubit je. Macam secubit garam tu. Sikit je lah"

Huh. Lega. Haha. Apalah tafsiran dia pasal  'gedik' tu ek?


"Along ni luar jahat, dalam baik" tiba-tiba dia bagi pendapat yang tak diminta.


Haha. Motif 'luar jahat' dan 'dalam baik'. Apakah itu?


"Hah?" terkedu jap aku dengar. Jahat ke aku ni? Wahaha..ada ke gaya ala-ala samseng?


"Along ni suka marah-marah paan, tapi hati baik" dia sengih-sengih sambil pandang aku.

Haha. Yang itu betul lah kot. Bab 'marah-marah'. Takdelah marah mana pun. Cuma 'membebel' je lah. Omg, aku dah start nak ada sindrom mak-mak. Gasp. Help, nak jadi mummy yang cool!!


Mana tak nya, di suruh sekali tak dengar..nak jugak aku bersyarah..baru nak jalan kerja. Seriously, tak best nak marah-marah ni. Tak suka. Sebab dia bagi bad energy, which is not good. To both parties. Yang memarahi dan yang dimarahi. I really need to find a smart ways to give an order. Maybe kena tukar nada suara jadi ekstra lembut.


Tulah, ingat senang ke nak handle 'kids'..Kita nak dia belajar dan pick up the order, jadi tak payah nak ulang perkara yang sama banyak kali. At the same time, kita juga nak pastikan yang segala suruhan tu bukan bermakna yang kita 'marah' atau 'membebankan' dia. Kids are sensitive, and they are super honest too. 


Dah namanya along, memang garang kot. Haha.









Saturday, January 28, 2012

Hobi 7 tahun dahulu kala

Jigsaw puzzle, to be exact.

One of the 'latest' project besides being a bibik. Opsss, wan a.k.a nenek aku marah kot bila my siblings ejek-ejek  (nada bergurau tahap dewa) aku bibik. haha..sweet lah wan ni. lol..lebiu..well, cucu kesayangan memang lah mcm tu kan..haha,* muntah*

Okok. I picked this 'hobby' when I was like..emm form 3 kot. It started out when my mum bought  1000 pieces jigsaw puzzle with majestic frame and, i got hooked eversince. Tapi, aku dah lupa dimanakah menghilangnya jigsaw puzzle tersebut. Terus lesap. Misteri sungguh la. Seiring dengan masa, hobi tersebut terus berkubur.

Last week sempena cuti tahun baru Cina, kami sekeluarga telah bersepakat untuk berkunjung ke OU Bandar Utama. Motif utama adalah mahu menyambut birthday adik no.2 dan dia mahu mempergunakan 'duit PMR'  yang diperolehi. Shopaholic genes does exist in our family. Haha.

Dan tiba-tiba *dramatik sungguh*, aku ternampak kedai puzzle kat OU yang dekat area parkson tu. Apalagi, serbu la. Aku nak beli corak lain sebenarnya. Yang cute sket. Tapikan harga dia Rm 80. Tambah frame yang harga Rm 30 dah around Rm 100 ++ (dengan diskaun). So, memandangkan ini merupakan kali pertama pembabitan solo aku dalam mengusahakan 'jigsaw puzzle' ini, maka aku putuskan untuk ambik yang paling murah, Rm 40 je. Yang ni brand from china. Yang mula-mula aku nak beli tu brand dari USA. Brand China ni kira yang paling cikai je la. Tapi, cikai tak cikai fun ohh buat puzzle. Aku dah lupa apa nama kedainya. Tapi yang pentingnya dia bukan branch yang dekat MidValley tu. Lepas ni aku pegi Mid ajelah nak beli lagi. Nak try 500 pieces pulak.

Pattern ni Adik No.2 yang pilih

The Cottage. Boleh tahan mencabar. But it's fun.
Frame putih bagi efek lebih 'luas'. 26x38 inch

Tukang sibuk. Nak buat mcm mana, adat menumpang bilik. Haha. Aku lepak bilik dia masa ni.

First step. The edges. Credit to Paan for helping me to sort it out

Day 2. Left side, notice the river. Siapkan itu dulu, then continue with the cottage.

Part taman agak confusing sikit.

Asingkan bahagian 'langit' dalam plastik dulu.


Almost there. Courtesy to Adik No.2 and lil bro . Tukang kacau tapi, help me out to complete the bits of pieces together.

Day 3. Finally.

Eh? Chelsea..Haha. It's his room. Bertempek-tempek poster. Adoii.

The fun thing playing with puzzle is when you finally found the pieces that fits well. The perfect pieces will always fits.Of course. Kadang-kadang, when you're searching like madly for the right pieces, tak jumpa. And when sometimes you're not aware, the right pieces come out of nowhere. Haha.
Somehow, while I  was doing those puzzle it makes me think like, the 'right' one will always complement you la..Tak kisah macam mana you are apart or kewujudan manusia tu tak wujud lagi sekitar hidup  kita, but when it comes to the 'right' person it will always fits you really well.

Boleh lah dikatakan unmatched pieces tu ibarat manusia yang tak akan fits you. The you. Kadang-kadang walaupun corak dan warnanya hampir sama dengan what you thought it is, hakikatnya if that's not 'the one' it'll never fits well. Fahamkan perasaan bila something 'fits' really well. Rasa complete. Haha, shesshh i'm getting chessy over a jigsaw puzzle.

The drill is the same. Always complete the edges first. Then move on to any parts of the picture you most familiar. Kesabaran adalah diperlukan. Seriously, it's fun. Budak bertuah dua orang tu dah berebut nak frame puzzle ni. Oh ya, for the final part those puzzle kena gam sebenarnya. Gam di atas permukaan puzzle lepas dia siap. Then, baru letak cover lutsinar atas gambar. Tadaaa...dah siap.

Wednesday, January 25, 2012

Adik kandung

Tengah kemas buku-buku adik lelaki sambil berborak dengan dia yang tengah melayan kucing kesayangannya. Oh ya, aku tak minat sangat kucing. Sederhana. Sayang, tapi penggeli sikit.

"kalau hachiko mati, sedih tak?"

"mestilah. Hati paan pecah nanti." laju dia membalas.

Haha. Aku tahan gelak sebab dengar dia sebut 'pecah'. Direct translation untuk 'break' mungkin. Maklumlah, dia ni kurang sikit vocab. Tapi tang main game, memang champion.

Sambil tahan gelak aku tanya dia,

"Hati paan pecah macam mana?"

"Macam kaca"

Oh, jiwang jugak eh budak darjah enam ni. Nie mesti berkat menghadap segala kartun dan kids drama dalam disney/nickelodeon/cartoon network.

Dia memang penyayang. Hari tu masa nak hantar kucing-kucing yang terlampau banyak dekat rumah ke pasar, dia menangis. Susah juga lah nak yakinkan dia untuk menghantar kucing itu semua.

Untunglah bakal adik ipar aku nanti. Haha.

 ~~~~
"Paan, dah sembahyang ke belum?"

"Paan, lipat sejadah tu"

"Paan, sangkut towel balik lepas guna. Pokpekpokpekpokpek......" kali ke duapuluh empat sound.

"Dah gosok gigi ke belum?"

"Shampoo rambut la. Busuk tau tak!!!"

Finally yesterday he said to me, "you're just like my mom" sambil mata menghadap kaca tv,tangan pegang controller ps2. Nice brother!

Fine. Haruslah aku menjadi kakak tiri lepas ni.

~~~~

Adik no.1 ajak tengok cerita korea tajuk dia doremifasolatido (kot, tak sure).

"Jom kita tengok movie ni. Kawan kata sedih. Dia menangis- nangis tengok cerita ni.

"Oh yeke. Sedih ek. Nak tengok sorang- sorang la." aku jawab.

Adik no.2 gelak sambil menyampuk cakap "aku dah tau. kau suka kan nak sorok tak mau nangis depan orang kan" sambil tolong terus gelakkan aku. Kurang asam punya budak.

Ok, kalau dah tahu, faham- faham lah ye.

Finally, aku tengok cerita tu dengan adik no.1. Tapi tak habis sampai ending sebab aku mengantuk nak tidur.

"tak sedih pun...."

"dah agak dah. Mesti along cakap tak sedih"

"tak feeling betul!!" dia cakap.

Errr, fine cerita tu sedih lah jugak. Kalau ada scene sedih- sedih aku mcm buat- buat lawak ke, ajuk cakap korea dengan cara yang annoying ke..Haha...saja je tak nak nangis.

Dah nanti aku nak tengok lagi. Sebab tak habis sampai ending.

Friday, January 20, 2012

Not good enough

Aku terfikir sesuatu.Tak penting, tapi..entah. Dalam hidup ni (aku), perkara yang paling susah adalah perasaan as if you are not good enough. Macam , rasa diri tak cukup bagus dan tak tertandingi. Sounds complicated, but it's one of the issues i've been dealing with.

Unnecessary thought. But it's there.

Aku tahu, manusia memang tak sempurna tapi masih nak juga jadi sesempurna mungkin.

Oh, I'm not good enough, but she is..etc.

Samakan diri dengan manusia lain, yang akan selalu kalah adalah diri sendiri bukan?

Entah. Sebab aku rasa aku biasa-biasa sahaja. Plain. Banyak buat salah, banyak buat dosa. Dan bukannya maksum. Serius.

Nak ukur buruk dan baik manusia, bukan nya kerja manusia. Kita hanya boleh mengagak, tapi dalam hati hanya DIA yang maha tahu.

Dalam berbilion manusia, hanya seorang sahaja yang mahu hidup dengan kau sampai bila-bila dan harapnya sampai ke syurga. Pasti akan ada seorang. Aku? Tak ketemu lagi. Aku selalu cakap dalam hati (doa), my first would be the last. Berangan. Sebab aku reservekan ruang dalam hati untuk seorang je, makanya ia akan selalu kosong. Dan juga sebab dia special maka, itu hanya ruang untuk dia. Nak tunggu yang seorang tu, itu yang payah. Sehingga itu, kita hanyalah kawan.

Yeah, i'm conservatife like that. Save the best for the last.

But, i don't think i'm good enough for anyone. Alasan untuk kosongkan ruang dalam hati. Bila aku cuba jadi sempurna, aku tahu itu bukan aku.

Rancangan adalah usaha manusia. Takdir dan ketentuan adalah milik tuhan. Ya mungkin kita boleh
berdoa dan usaha agar yang di mimpi tercapai. He knows best.

Thursday, January 19, 2012

Angkasa



*Angkasa, Diandra Arjunaidi*
Catchy song. Me Like.. Her voice biasa2 je but the fact that she compose  music and lyrics herself , and play guitar so well, and cute somemore makes her like..special. In her own way. Of course. Guys might go drooling over her.


I am supposed to bake cheese tart now. Nak bawak balik kampung sabtu ni. Esok, tak sempat kot nak buat sebab nak gi dating.Wahaha..Ok, tipu. Nak keluar je. I know there's a fan of this cheesy thing, so might as well bake em sementara ada manusia yang akan makan. Dah keluarkan semua butter dan telur daripada fridge. Mengantuk nye sekarang. Haha..Someone coming over now*my mum's friend*, and I dont bother to go downstairs.Mengantuk~

I miss writing. I miss this blog. I miss to blab randomly. Haha. Tapi, lately I'm quite busy *yela tu*. And tak ada idea. Sigh.

Ohya, life been...awesome. I started plan on few thing and stuff to accomplish.

Life been, so full with never ending chores. Maklumlah, dah jadi bibik, semua orang dalam rumah will expect me to clean up all the mess dan buat itu ini. Ya ya ya.. I should write an entry about that, but...nanti lah. Esok-esok.

Baru kerja 4 hari , I've got blister on my plam. Kat belakang jari telunjuk. Adakah itu tanda2 pekerja yang berdedikasi?? Wahaha..Tulah dulu manja sangat tak buat kerja bila balik rumah, now padan muka. 



Tuesday, January 17, 2012

First day of work

Officially I'm the head bibik now in my house.

So, setelah ditazkirahkan oleh kedua ibubapa, si anak (aku) telah dinasihatkan untuk bangun pagi sembahyang subuh dan tak payah nak bersenang lenang lagi di katil lepas tu *insaf*. Memandangkan si bibik yang telah dihantarin pulang Ahad lepas, maka kedua ibubapa telah mencapai kata sepakat tidak mahu mengambil pembantu rumah lagi. Jadinya, the new bibik is me. Bezanya, bibik baru ni dia ada lesen kereta kelas D, dia bakal bergraduat tak lama lagi, dia bolehlah masak makanan barat ke timur ke semua dia hentam yang penting 1 Malaysia *ambik feel pilihanraya tak lama lagi*, dan dia main gitar tahu sampai cord G je out of 7 chord. So kesian. Sobs.

Jadi, marilah kita menyenaraikan apa yang telah dilakukan tadi sempena hari pertama perlantikan pekerja baru.

#Kemas bilik adik lelaki , make the bed  *sebab kena paksa temankan dia tidur every night. takpe, dia baru darjah 6.dasar penakut tidur sorang-sorang*
#Kemas ruang tamu yang disepahkan adik lelaki *penyebab  utama rumah bersepah.*
#Kemas dapur
#Basuh pinggan mangkuk, setelah kering susun dalam cabinet mengikut saiz dan kategori-kategorinya.Pinggan mangkuk memang asyiklah betimbun.
#Masak 
#Angkat kain, basuh baju dengan mesin  + basuh few baju tertentu by hand, sidai baju, angkat balik jemuran,
#Iron baju sendiri (pheww lega aku) + lipat baju aku and adik perempuan.
#Hantar adik lelaki ke soccer practice, jemput balik dia 2 jam lepas itu. Sekolah jauhnya dalam 20 minit drive dari rumah.
#Basuh dan vacum kereta
#Siram pokok2 + rumput baru ayah aku tanam. Pagi dan petang.
#Kasi makan and minum kucing. Dahlah tadi si bumble bee berak kat dalam rumah. Aku jugak yang kena bersihkan. Pffftt..that's not even my cat.Tapi tadi malas gila nak bersihkan najis2 dalam  bekas pasir dalam cage diorang. Itu adalah tugasan si adik lelaki. Tapi, aku tau nanti sure aku jugak yang kena bersihkan cage.

Baru teringat, aku lupa nak bagi makan ikan dalam kolam tadi. Wahahaha..kesian ikan-ikan ayahku. All in all,okaylah kerja baru ni. Pheww, tak sempat nak rilex2 tengok tv the  for whole day. Tak macam dulu-dulu balik rumah je rilex, sebab knowing that ada orang yang buat kerja kan. I like being busy and doing 'something'. So, marilah kita membusykan diri ye.

Friday, January 13, 2012

Maid from..hell?

I'm home. Safe and sound. 
Flight pukul 1245, sampai KLIA pukul 1430. Semalam.
Solat dulu. Suruh mama ambik lambat sket. Around 3pm, she came.
Borak-borak dalam kereta. 

Borak pasal apa? Pasal bibik aku. Aku pun terkejut sebab my mum tak cerita in detail while I was away. Dia telah meroyan berpura-pura sakit, padahal dah jumpa doktor dua kali dan even doktor pun tanya mak aku "Are you sure she's sick?". Doktor pun kata dia sihat walafiat. Lepas tu merengek-rengek dekat mama "Puan, saya enggak sihat. Badan saya enggak enak..bla bla bla..". 

Masalahnye.Makan tak nak. Orang dah belikan makanan tak makan, dan dah siap masak kadang-kadang tu tak makan. Mana tak mengiggil badan. Lepas tu meroyan "enggak enak, enggak enak"...Tskkk..Dah sakit tu, baring lah rehat. Mama aku take over semua kerja dia. Memang suruh dia berehat. Ni tak. Tak sampai 10 minit masuk bilik lepas kena paksa berehat, keluar balik bilik merenggek "enggak enak badan". Bayangkanlah dia punya 'tak makan saman' punya perangai. Ya Ampun..


Hari rabu lepas dia pergi panjat gate rumah aku lepas tu pergi mengadu(buat drama sakit dia, parkinson..haha) dekat rumah makcik depan rumah ni. Sambai terbaring-baring dekat rumah orang. Gila memalukan. Masalahnya, asal nak panjat gate. Rumah aku gate auto. Tekan je lah suis tu, pas tu keluar. Ni boleh dia gi panjat gate. Sampai jiran depan rumah call Ayah dekat KL, then call pulak mama yang tengah mengajar.Mama sampai 'naik angin' . Lepas tu cakap tak larat nak bangun. Padahal tadi macam mana boleh larat nak panjat gate segala kan. Hadoii..gila lah dia.

Family aku layan sikit punya baik, macam ni dia buat dekat kitaorang. Yang paling kesian adalah my mum la. Mama yang cool tu terus jadi ala-ala mak tiri. Haha. Serius weh, mama bukan jenis orang mulut jahat and all. Dia tak pernah mengamuk. But, dengan bibik aku ni, gila lah tercabar kesabaran dia. "Mama sepanjang 2 minggu ni asyik terjerit-jerit" . Serius suara mama serak bila aku borak dengan dia semalam. 

Kalau dia mengaku elok-elok cakap dia nak balik, rindu anak dan suami ok lah. Boleh belikan tiket. Balik sekejap. Ni dah lah kerja tak sampai setahun, dah buat hal menipu(berlakon  drama watak perempuan parkinson..hehe) dan susah kan semua orang. Serius dia patut rasa bertuah sebab dapat majkan macam mak and ayah aku. Baju semua belikan baru, baju raya pun ada, duit raya ayah aku bagi rm100 kat dia dan siap kirimkan duit bagi anak dia dekat indon sebab time tu gaji dia tak masuk lagi (tempoh 6 bulan pertama), so time tu dah dekat nak raya, knowing that ayah aku bank in kan duit. Makan and minum semua free. Kalau kitaorang keluar, memang akan belikan dia sekali. Tempat tinggal semua selesa. Family belah mama and ayah semua layan dia baik. Apa dia nak lagi..? Kerja bukan nya berat mana pun. Masak tak payah, mama ada. Bukannya kena jaga baby and budak-budak kecik. Kat rumah tu ada adik lelaki and perempuan aku je. Aku and my other sis tak duduk rumah. Just kemas rumah je. Kerja dia pun dia buat ala kadar je tau tak. Mama dah tegur banyak kali, menjawab pulak tu. Hadoii laaa.Kitaorang still tolerate dan boleh terima sebab yang pentingnya mama akan pergi ipoh every school holiday sebab dia pun belajar part time juga. So, while she's away dengan adanya bibik, boleh lah jugak nak tolong tengokkan adik aku dua ketul dekat rumah tu. Harapan je lah..Nasib mama nak habis belajar dah.

Semalam kan first time aku balik rumah. Aku tak tau nak react macam mana sebenarnya ni. So, pagi tadi aku masuk dapur. Dia dah nak start drama swasta lah tu. Aku cepat-cepat naik atas, amik mp3 my sis then plug in my ear dengar lagu sambil masak.Kelas kau mariaa..dengar lagu sambil masak nasi goreng..hahaha.. Dia mengadu dengan aku itu ini, tapi aku buat tak tahu je.Kalau ada adik No.1 (she's away, tak balik rumah lagi), sure akan 'terpengaruh' dengan lakonan drama swasta bibik aku. Sebab dia lagi 10 kali ganda cepat kesian berbanding kitorang adik-beradik. Haha.

Yes, aku tak reti nak marah-marah orang (dosen't mean that I can't okay..). haha. That's the least I can do. Diam. Buat bodoh. Yang tu aku terel sket lah. Poker face. Wahaha....And finally, malam tadi mama suruh aku book kan tiket dia bali Indo, and my mum uruskan immigresen apa semua pagi tadi lepas kerja, she'll be leaving this sunday. Heaven. No more bibiks.Nampaknya, akulah jadi bibik lepas ni. Tau-tau je aku baru habis belajar.

Manusia, macam-macam perangai. Maaflah, membebel sikit. Haha.

Sunday, January 8, 2012

Tunang, tak official.

Bangun pagi. Solat subuh.
Tidur balik. Tarik selimut. Hujan kot.Sejuk.*Mak kandung dan bakal mak mentua, maafkan anakndamu ini.Hahahaha*
Ok, dah kahwin nanti confirm kau tak ada masa nak bermalas-malasan begini ya!
Bangun balik, beberapa jam selepas itu.

Dengg~mimpi oh tadi.
Aku mimpi kena paksa 'bertunang'.
Paksa? Yes.
Aku balik-balik rumah je, tengok semua orang dah 'get ready'. Cakap "tahniah, dah nak bertunang".
What..?
Errrr..yang lain2 aku agak lupa.
Tapi yang tak boleh blah, aku macam tak suka lah ditunangkan secara tak professional begitu.
Eh, adake orang yang suka? Tak mungkin...
Entah siapa-siapa lah mamat tu pun tidak diketahui identitinya.
Dah kata kan kena paksa, haruslah 'sentap'  sikit.

Bangun-bangun tidur je terus berfikir panjang.
"Eh, kalau mama and ayah buat macam tu, how lah..?"
Habis.

Plan A: lari rumah.

Plan B: lari....errrk? taktau nak lari mana dah. 

Jangan mimpilah nak main 'lari-lari'. Feeling rebelious konon. Kalau lari, semua kemudahan-kemudahan seperti kenderaan, tempat tinggal dan sumbangan + tajaan kewangan nak cari celah mana kan. Dah lah tak kerja lagi. Wahahaha..Pasrah je lah.See, kuasa veto sememangnya di tangan mereka. Please,kalau korang encounter this kind of situation, sila jangan telan racun tikus okay. Move on people. Alah, tunang je pun. Lepas tu pura-puralah bergaduh pung pang pung pang, mintak putus. # Wah, senangnya hidup!!


Dan, mimpi-mimpi pelik sebegini bukan pernah berlaku sekali sahaja. Bahkan , wan a.k.a nenek aku pun pernah mimpi aku kahwin.Tak mainlah tunang-tunang. Kahwin terus kot. Wahahaha.. Masa tu aku still 1st year or 2nd year in uni kot. Scary okay. Thiz iz zerious bizness.


Ok, mimpi je tu. Takpe, takpe. Chill lah. Hidup harus diteruskan.

Eh, sweet ape bercinta lepas nikah. Wahahaha~

Aku rasa, alasan di atas itulah yang akan digunakan oleh mama dan ayah sekiranya aku membantah keputusan mereka. Yes, diorang takdenye bercinta bagai nak rak before kahwin ni. Dating pun ayah aku akan datang naik motor kapcai pakcik aku then pi serbu rumah mama. Oh ya, diorang pernah dating kat zoo negara dengan ditemani my uncle (sebab ayah aku sesat masa drive kat area ulu klang, end up sampai dekat zoo). Pastu, main balas-balas surat, time tunang 3 tahun. Lepas tu kahwin. Lepas kahwin dapat anak. Lepas tu...tadaaa dah 24 tahun kahwin and happy je. Sigh~

Aku syak, kadar penceraian meningkat sekarang dalam kalangan Muslim (keluar dalam paper dua minggu lepas kot) sebab diorang give all out time bercinta, sampai dah tak ada apa yang istimewanya bila time dah kahwin. Kot. Bila dah kahwin, bosan. Lemau. Kasih sayang tu kan pemberiaan yang maha kuasa. Bila-bila masa je dia boleh tarik 'perasaan' tu. So, beware people. 

Dahlah, nak study ni. Ada paper satu lagi hari Selasa ni. Wahh, lepas tu merdeka. Tak sabarnya nak  riang ria bunga api meletup-letup di hati.Ceh. Korang, again please doakan saya*tiba-tiba jadi lemah lembut dan sopan* ye .

Aku pasrah je kalau kena paksa. Haha. Cinta kan boleh dipupuk. Choii..geli tekak mendengarnya. :D

Saturday, January 7, 2012

Only Girl



*Only Girl(In The World) Rihanna cover by Boyce Avenue*

Nicely done (not that sluttier from original , but sweet). Good cover. Cheesy but cute. Haha~

"I'm gonna make you feel like you are the only girl in the world
Like you're the only one that I'll ever love
Like you're the only one that knows my heart
Like you're the only one that's in command
Coz you're the only one who understands
How to make me feel like a man"

Tuesday, January 3, 2012

Silly is my middle name

By far, this is the most silliy-est mistakes i've ever done.

*Tahan nafas*

Hari ni, bangun pagi awal dengan perasaan yang hmmm, susah nak ditafsirkan. Cuak + pasrah + cool semua bercampur aduk. Hari ni first paper yang 'killer'. Mind you, I've to repeat this paper sebab before ni aku sengaja 'mengkantoi'kan diri atas alasan yang tertentu only god-knows-why. This is an elective paper. Menyesal jangan cakap lah sebab subjek ni boring ohh. Jika diberi mesin pemutar waktu,  aku rela ambil subjek bahasa perancis. *nangis*. Dah dah, tak payah nak cakap menyesal ke apa. Sebab aku sendiri yang buat pilihan. Suka ke tak suka ke, life must go on.

Siap-siap, naik bus pukul 7am. Hujan. Sejuk. Dalam hati cakap, "eh apesal tak ramai yang keluar tunggu bas ni. Diorang tak ada paper ke?" . Serius sunyi. Biasanya berebut-rebut macam apa je time nak naik bus.

Ok, fine. Diorang tak ada paper.

Sampai fakulti, sunyi gila. Aku sorang je kot yang dah sampai.

Ok, fine. Baru pukul 7.15am. Rilex. Staff pun masuk office pukul 8am.

Jalan-jalan tengok notice @ notice board. Check balik tempat exam. Yes, Tutorial 9, pukul 9am-12am. Then, lepak dekat kerusi.

Belek-belek nota. Dah tepu otak. Tak boleh masuk. Cuak satu hal lagi. Tapi, I kept on chanting this quote I found yesterday, while waiting the clock to strike 9am. Oh lupa nak cakap, malam tadi aku nangis *sedikit* kot sebab i'm super takut + cuak + hopeless sebab ada few topics aku tak faham dan perasaan agak tak stabil-rasa-nak-balik-rumah-duduk-diam-tak nak ambik paper terus. Seriously aku rasa hopeless and in despair that i finally broke down. Jaranglah aku nak cenggeng2 ni. Haha. Bila dah nangis pukul 2am tu, teruslah pujuk2 diri sendiri. Self talk. It helps. Sebab masa tu inner voice (sub concious mind) aku keluarkan macam-macam good thoughts. Ohh, susah lah nak describe.Gila ke, exam pagi tu, tapi otak tak dapat nak 'rest' lagi. Bayangkanlah betapa serabutnya kepala aku time tu.

So hopeless, dan yes aku terima hakikat yang aku tak ready and i'll face my fear. Apa-apa pun terjadi, aku redha je. Sambil-sambil tu cakap kat diri sendiri:

"Believe in yourself for what you are. Know that there's something inside you that is greater than any obstacle"

 Sampai dah hafal by heart. Teehee..

Pukul 8.40am, aku tak nampak any familiar faces pun. Biasanya pensyarah/lab assistant dah masuk bilik tutorial time ni and dah susun-susun paper. Muka budak-budak junior pun langsung tidak kelihatan. Wah, ini tidak boleh jadi. Terus aku masuk pejabat am dan tanya akak dekat kaunter tu.

"Awak sure ke hari ni ada paper. awak tengok kat mana jadual?"

"Dah. Memang hari ni. Pukul 9am dekat bilik tutorial 9. "

Dia jalan keluar, tengok jadual tu dekat notice board.

"Dik, 6 january lah paper awak. Jumaat ni" Dia cakap sambil tunjuk tarikh 6 january.

*face palm*

Ya ampun. Erkkk..

*terus ketawa*

wahahaha..seriously? Aku tengok balik jadual, eh memang 6hb . Tapi sumpah aku tak perasan. Sebab based on jadual lama exam 3 january dan yes aku dah check latest version of jadual and sumpah tak perasaan yang tarikh dia bertukar. Tempat semua still sama. Adoii..*face palm*

Ya Allah, clumsy nya aku. Haish.

"Takpe dik, ada masa nak study lagi ni." kakak tu balas sambil tersengih-sengih. Adoi, malunya. Dah fourth year tiba-tiba jadi sangat tak alert.

I see hope in deperation. And found one.

*Ok dah, boleh gelakkan aku sekarang*

Wakakaka..lawak gila lah. Buat penat je nangis. Ceit..

Terus senyum satu hari sebab boleh cover balik apa yang aku tak faham tu. Wah, perasaan apakah ini.

It's hope. I think.

Sunday, January 1, 2012

I called it A Day

Bunyi mercun meletup-letup kedengaran dengan begitu jelasnya daripada luar bilik.
Dalam hati cakap "It's a new year, new day. Now.."
Tengok jam tepi desktop, 11:56pm. Check jam hp, 11:56pm.
Pfftttt? Asal diorang main mercun awal 4 minit. Ke jam aku yang salah?
Lantak. Malas nak fikir. Whatever la.

Sambung buat kerja

Tiba2 bunyik mercun yang super kuat from previous 4 minutes. Lah, diorang baru warming up kot tadi. Now, it's really 12am. Err, I hate fire-crackers and what not. Apatah lagi bunyi guruh berdentum. Scary doe. Dan aku juga tak faham kenapa orang suka main mercun.Especially time hari raya or any festive season. Haha. Nasib tak gugur jantung aku.

Hmmm..

It's just a day. Cuma tahun yang bertukar. Tetap ada 24 jam dalam sehari. 86 000 saat sehari. Nothing much change.

January 1st, 2012. Hye you.

My random conversation with mama last friday. She's checking me out to ask if evrything is okay, since Samarahan been struck by massive flood. Lah, kalau mama tak call aku pun tak tahu yang Samarahan kena banjir. LOL.

"Mama, along rasa nak sambung master lah lepas ni. Gastronomy, Uitm. By coursework."

"Ha, okaylah tu. Tak kisahlah apa-apa pun." mama memanjang 'tak kisah'. Asalkan aku bahagia. Love you mummy.

"Baguslah tu. What..astronomy??" ayah yang tengah drive sebelah mama tiba-tiba mencelah. Aku tahu, sure dia manusia yang paling excited. Haha.Oh,daddy.

"Okay, nanti balik rumah cerita"

Err, memang sangat impulsive pi bagi tahu terus. Grrr, what if suddenly I change my mind. Err, mind you, I have the tendency to be impulsive. At times. Sebab aku tahu, dua-dua pihak akan bahagia dengan keputusan ni. It's them and me. Win-win situation.

Lol. Takkan lah aku nak amik astronomy. Haha. Faham tak betapa aku tak dapat nak 'hide' my newfound path. Padahal baru ter'minat' or ter'jumpa' a new path/options. Seriously, memikirkan tentang perancangan masa depan memang best. But the execution is a bit tricky.

A dream is just a dream, unless you've set a fixed dateline to get to your dream.

In case aku terbuka this entry next year *January 1st, 2013* aku harap semua senarai di bawah di bawah sudah pun tercapai. At least 80% of them..ehehe..

#Sejak September 2011 sampai sekarang, aku tak usik langsung McD. Haha. I mean, dah tak makan those burger +overly  salted fries. Motif? Try to eat less processed food. Lalalala. Tapi maggie makan pulak kan? Sardin dalam tin? Erkkk..terpaksa.Makanan ruji untuk pelajar yang harus berjimat cermat. But I promise myself to eat 80% un-processed food after this.Maksudnya, kena rajin memasak lepas ni.

#Be more cheerful. Be A cheerful person instead. Seriously. Smile like a mad person. Huahuahua..

#Persuade ayah to make an appoinment with dentist for a braces. Duhh, tak kisahlah nampak macam geek pakai those pendakap gigi but I really need one.Teehee.....But, percayalah aku berjaya menjaga gigi sampai sekarang tak pernah kena tampal satu pun. Hahahaha..bagus tak bagus tak? Adik2 aku semua gigi dah bertampal di kala usia yang amat muda. *Berlagak doe*

#Bonding with so many long lost friend. Sobs...sedih. Kena buat reunion la lepas ni. Dan ya, I've to be extra friendly and bubbly. Be a good friend instead. Kawan sekolah rendah (ada 5 sekolah berlainan), sekolah menengah (3 sekolah berlainan), kawan matrix + kawan uni...Oh god, rindunya. Aku tahu aku agak kejam dengan meng'abandoned' kan mereka. Tulah, siapa suruh deactivate fb kan..Tskk..

#Bangun pagi-pagi, drive , jogging. Petang pon sama. Tak kisah lah dekat kompleks belia ke or lake garden ke but I need to practice for my first run. Aku aim Putrajaya Night Run 2012. Maybe bukan full or half marathon for a start. But I just need one. Tolong sepak aku kalau aku tak practice (pesanan kepada adinda terchenta). Tolong ingatkan aku!!!!!! I need this.. :D

#Owh yeah. Have a nice vison board. Seriously need one to motivate me and to keep me on track. A planner or one nice journal book juga perlu ada.

#Take a pic and print it out. Kena ada 'picture book'. Ambik banyak gambar, tapi tak pernah nak make an effort to 'cuci' those gambar. Sigh.

#Join Original Bootcamp Malaysia. One fine day. Wajib. But as for now, kena kumpul duit maa..Juga aku adalah sedikit takut..huahuahua..tapi macam fun. errr, conflict sungguh. Takpe, tunggu dah settle down and maybe masa duduk shah alam nanti, i'll be joining them.

#Commited + Well planned and organize +enthusiastic + positive + a bit crazy *lol* + Cheerful + loving person ever!!

#Live up to my own values. And yes, dapatkan semula buku Anthony Robins, Awaken The Giant Within. Selama ni pinjam library punya sahaja.

#Find a way to get money bebeh. Harus mencari side income. I need money. Lol. Materialistiknya bunyi. Haha. But yes, I need to find one. Be less dependent to my dad. I knew he'll always spoon feed me. Not good maa..

Dah, cukuplah itu sahaja. Yes. That's it. May all the force be with you --Ms.HannahHaykhall.