Tuesday, March 27, 2012

Bisu

Diam itu lebih baik.
(ini apa yang aku fikir sekarang)

Rasa mual dengan semua.
(aku rasa mahu lari)

Sunyi dan beku.
(hati sendiri)

Perubahan.
(sedang berubah dan mencari perubahan)




Sunday, March 25, 2012

Bukan Hari Yang Terbaik


Sombong! Takpe takpe.
Hmmm..
Kalau boleh, aku tak nak pedulikan semua.
Nak jadi sombong jugak.
Macam kamu.


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, March 24, 2012

101


# I just had a can of mocha. A good stress reliever.

# I heard a rumor. Running Man gonna come to Klcc next april! Wow oh wow. Nak pergi...I'm a fan yawww..

# It's hard to decide

# Bila ada tak rasa apa, bila hilang rasa...? I wish to vanish. Just go.

# Change is hard, and if your're prone to be so result oriented , it just suxx

# I feel like to mencarut these day. Duhh..my mencarut vocab are 'bodoh' and 'shit' . Haha. Dua tu je lah. I don't know why but everything seems to get into my nerve. It's ugly but yeah that's the fact. I feel bad though. Bad.

# You can't really hate someone you love. That's it.

# Last few weeks, aku rasa sakit dekat bahagian bahu.Especially time nak tidur. Not really that area sebab aku pun tak tahu sakit dekat mana, yang penting it hurts. Now, tekaan aku salah sebab when I exhale, I feel the pain inside my throat. Duhh..nak describe sakit kat mana pun tak reti dah.

# Inspiration, please come to me!

# Hate is a stong word. So, beware.

# I talk less now. Does that exhibit the sign of depression?

# Hmmm..

Please save your self.

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, March 21, 2012

I am glad you came






                                           




Okeh, curi tajuk lagu The Wanted. Haha. Nampak sangat ketandusan idea sampai tajuk entry pun tak tahu nak letak apa lantas mengambil tajuk lagu pula. Adoi laa.

Cerita dah basi.Mee Hailam seperti di dalam gambar di atas pun dah basi. Sebab buat minggu lepas *sah sah la basi doh kalau simpan seminggu* Haha.Adoi, maaflah otak weng sikit harini.Duhh..PMS le tu .. Okeh, serius tak ada mood. Dah lah tak bersenam hari ni. Hoih, apehal? Nak pergi kompleks belia malam2 memang idea yang bernas. Ramai gila orang workout lari berlap-lap sampai kau rasa tercabar nak gila2 workout.Aku syak, mereka ni practice untuk Marathon or dualthon or even trialthon. Superb! Jejak-jejaka hot juga ramai ya di sini *cuci mata* Tapi, aku kan budak baik yang suka kontrol macho konon-konon tak feduli. Padahal...Eh, memang tak peduli pun. Haha. Saya sopan dan seorang yang pemalu okeh. *Muntah darah*


Aku tak ada idea nak mengarutkan dan mencarutkan apa dekat sini. Serius, seriusly I am a dead meat. Lol. Aku tak faham kenapa dan rasa curious dengan diri sendiri sekarang. Bila baca + dengar pasal lovestory manusia-manusia lain, aku akan rasa sangat happy dan sangat suka for them.Tak kisahlah siapa-siapa pun. Faham tak, macam aku lah pulak yang bercinta. Duhh~

"Sweetnye diorang.."
"Comelnye diorang.."
"Sukanya .."

Sambil sengih-sengih dan tak habis-habis menyebut ayat-ayat di atas. Nak termenangis pun ada jugak. Over kan? Entah apa-apa la. Dulu tak ada pulak macam ni. Haha.

Kalau sesiapa ada kisah cinta yang best, boleh cerita dekat aku eh, sebab I'd love to know. Haha. Serius ni. Nak ambik berkat katanya.. :D

Monday, March 19, 2012

Sayang


Tiba-tiba ada kertas layang atas katil. Oh hai, nampaknya ada orang minta maaf. Hehe.Of course la maafkan. Lol. Haha. Saja je buat-buat merajuk.

He ask me.

"Nak tanya satu soalan boleh?"
"Hmmm.."
"Do you love me?"
"Sikit je lah" jawab dengan tak bersalah. Padahal sayang. Teeeheee...

Dengan muka cuak dan sedih, dia keluar dari bilik aku. Haha. Tau takut.

Tak sampai sejam lepas tu, dah baik semula. Penat lah nak merajuk-merajuk ni. Not my forte anyway. Haha.

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 16, 2012

Spaghetti Bolognese

So, yesterday I cooked this. Malas nak masak nasi dan lauk semua. So instead, marilah kita lakukan penjimatan masa dengan memasak spaghetti sahaja.

Terus membawa daripada lunch kepada dinner. Oh, we all 3 beradik sekarang feeling-feeling ala-ala home alone sebab our parents are not here for the whole weeks. Sobs.

Suke hatilah nak makan ke tak nak,as long as I cooked okeh (untuk mengelak dipersoalkan oleh ibu bapa apabila mereka menelefon rumah). Hehehe..kali ni tak ada gambar step by step because I'm freaking lazy to take a picture. Nak cepat katanyer. Haha. Macam biasa, senang je nak masak ni.

1. Blend semua bahan dalam pinggan putih itu (rujuk gambar). Kalau nak pedas, tambah cili padi lebih. Aku nak buat pedas2 tetapi oleh kerana ada sorang anak manja dalam rumah ni tak makan pedas, so letak sikit sahaja. Kalau nak guna cili boh pun boleh. No hal.

2. Blend juga baked beans. Asing kan. Eh, baked benas tu bukan diblend dengan bawang2 itu ya. Hehe. Blend asing2 okeh.

3. Oh ya, terlupa nak include in lada bengala dalam gambar, aku letak je dalam kuah spaghetti ni. Kalau nak nampak kuah stand out, letak lada benggala kaler hijau. Cantik sikit kan. Color blocking gitu kan. Haha. Aku guna merah. Itu yang tak nampak sangat tu.

4. Untuk bahan perencah, you all boleh guna apa-apa ikut cita rasa dan apa yang ada dalam freezer. For me I choose to use minced meat, sausages and mushroom.

5. Dan juga aku menggatal nak guna tomato puree. Pandai2 adjust ye. Takut masam sangat nanti sebab pre made sauce itu pun dah agak masam. So, make sure letak sikit-sikit dulu eh. Aku guna yang traditional sauce kalau tak silap. Dia ada banyak jenis pre made sauce. Guna yang koang suka ye.

6. Cara nak masak?

a) Tumis bahan bawang2 semua tu yang telah dikisar.
b) Masukkan daging. Let it set for a while. Letak air sikit takut kering sangat.
c) Masukkan tomato puree(optional). Aku guna kira-kira half of the
small tin.
d) Masukkan baked beans yang dah dikisar(optional). Kacau.
e) Masukkan per made sauce. Aku guna jar paling besar.
sukat air dalam jar yang sama. Masuk dalam kuali. Let it
simmer for a while. Adjust rasa, kalau kurang garam tambah
a pinch of one or two.
f) letak a pinch of herbs. I used rosemary,mixed herbs. Nak guna
oregano pun boleh. Ni pun optional je. Hehe.
g) Bila dah agak sebati dan simmer, masukkan sausages dan juga
mushroom. Biar dia masak lagi. Guna api sederhana. Bagi kuah tu
mixed dan pekat.
h) Dah agak-agak nak dekat masak, masukkan lada benggala. Then
dalam a minute or two, tutuplah api. Tadaa..dah siap.
i) Kalau ada parmesan cheese lagi sedap. Boleh ditabur dia atas
spaghetti. Tapi, aku tak letak sebab tak ada. Jangan letak cream
cheese pulak ye. Haha. Itu untuk baking-baking je.




Jemput makan. :p




Resepi yang sangat mudah dan menjanjikan penjimatan yang berganda. Eheh. Macam iklan lah pulak. Tak, betul ni. Selamat mencuba! Kalau mak korang takde kat rumah dan korang rasa rasa malas sangat nak masak nasi dan lauk-lauk, instead of memasak meggi, apa kata try masak ni okeh. Gerenti adik korang makan bertambah. Hahahaha.. Ok, mengarut dah ni. Tapi tak tipu tau.
:)
- Posted using BlogPress from my iPad

All About Us

I realized that, if you're hiding your sacred heart then no one can ever reach out to you. Let it out. Open up. Just take the risk. Play safe? It's about taking chances and trying. No harm in trying. What's more pathetic than failing is giving up before even trying. Period.

Inspired by, Just In Love-Joe Jonas.

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, March 14, 2012

Carbonara

Menu Isnin lepas. Dinner dan juga menu untuk berbuka puasa. Spaggethi Carbonara. Menu merupakan request daripada lil sis. Tapi, bukannya dia yang puasa pun. Teehee. Actually aku tak gemar sangat, tetapi masaklah jugak. Tahapeape la.

Nak resepi? Haha. Tiba-tiba rajin pulak aku nak snap-snap gambar padahal hari tu jam dah pukul 6.30pm baru terhegeh-hegeh nak masak. Bukan apa, petang tu my mak lang datang dengan hubs and cousins. Then she decided to take us out for dinner. Tapi, budak dua ekor tu tusyen lah pulak malam tu, so cancel. Instead dia pi beli sate Hj.Samuri. 

Untuk membuat menu ini, senang je. 


Bahan perencah - sausages, isi ayam, cendawan butang, lada benggala


The sauce. Guna 2 tin


Untuk tumis bawang dan juga untuk di drizzle atas spaggethi

Herbs - Rosmery & Mixed Herbs

Dan juga black paper

Bawang putih (dah siap blander)
 So, macam mana nak masak?

1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun sampai wangi.

2. Lepas tu, boleh masukkan isi ayam, sausages. Make sure goreng sampai dia masak. Then, boleh tambah air sikit. Let it cook. 

3.Then, masuk kan pes carbonara tersebut (aku guna 2 tin). Sebab dia  agak pekat, jadi masuk kan dalam 11/2 air(sukat guna tin yang sama). Ikut citarasa masing-masing.Kalau rasa nak cair, tambah air sikit.

4. Boleh start tambah herbs dan black paper. Dalam anggaran secubit. Aku main letak je sebab time tu puasa, so main agak-agak sahaja.

5. Then add in cendawan butang. Last sekali bila dah nak masak, add in lada bengala yang dah dipotong dadu. Agak-agak dah masak, tutup api. Dah masak dan boleh lah dihidang. Yeay!!

6.Oh ya, aku tak letak garam pun sebab pes carbonara tu dah cukup perasa. 

7. Sambil-sambil tengah nak potong-potong bahan-bahan , panaskan air dalam periuk sampai didih (sprinkle minyak zaitun sikit), lepas tu masukkan spaggethi. Untuk elakkan spaggethi melekat2, bila dah nak angkat dia daripada periuk, sprinkle kan lagi minyak zaitun dekat atas bekas nak letak spaggethi tu. Then, gaulkan dia bagi sebati. Gerenti spaggethi tak melekat-lekat dan akan tahan lama serta lebih harum. 

8. Style aku masak adalah campak-campak sahaja. Haha. Agak-agak kurang flavour ke apa ke, kena pandai2 adjust ikut cita rasa ya.


Makan time.


Guna 'Angel Hair' Spaggethi. Lebih halus daripada yang biasa dan lebih cepat masak.

Tadaa..dah siap.

The verdict? Everyone likes it except me. Aku makan sesuap sahaja dan berbuka makan 4 cucuk sate. Ehehe. Mak lang aku siap tapau bawak balik rumah dia. Haha. Tak sangka pula itu favourite spaggethi  dia. Kebetulan. Cousin aku siap makan bertambah-tambah. Bila semua licin dimakan, rasa puas hati gila. Haha.

Selamat mencuba!

Sunday, March 11, 2012

Resolusi mingguan

Perkara terbaik minggu ini?

1. Berjaya minum 2 liter air kosong (yang sudah ditapis ya. Air Elken sedap ohh..)setiap hari. Ini tidak termsuk yang air-air kosong yang diteguk menggunakan gelas. Oh ya, how do I measure 2L of h20? Wajib ada dua tumblr di bilik yang perlu dihabiskan setiap hari. Seriously, kalau tak tetapkan target sebegini, aku tak rasa aku hydrated secukupnya. Toksin dalam badan entah berjaya dibuang dengan berkesan entahkan tidak. Oh ya, aku perasan kalau tak cukup air, bibir aku pucat dan kalau cukup air , feeling ala-ala Angelina Jolie. Wahahaha..perasan doe. Tak, bibir kau akan merah naturally. Bukanlah semerah saga. Tak tak. Dia macam nampak 'healthy' lah. Try ahh..hehehe...ke aku je yang perasan ni? Dang~

2. Aku tak minum kopi (dalam minggu ini) untuk mendapat inspirasi macam kebiasaannya. Eheh. Jangan gelak. Biasanya, kalau nak dapat instant boost, i'll have one. Macam waktu selepas sarapan adalah sangat umphh untuk minum barang secawan kopi mahupun pada waktu malam or time nak study. Slowly, aku kurangkan secawan sehari. Oh ya, aku juga sangat suka nescafe mocha and nestle punya coffee yang dalam tin itu. Kalau pergi kedai, sure nak beli. So, sekarang tidak lagi. Maybe once a while, i'll have that as a treat. And this week, aku berjaya gantikan kopi dengan green tea. Aku nampak ada je stok teh hijau mama beli dari hpa, so aku pun try sepeket. And, yes boleh tahan. And, yes tak mati pun tak minum kopi. Haha.

3. Bersenam. Haha..siapa bersenam paling kurang seminggu 3 kali, angkat tangan? Gyahahaha..aku sure ramai yang tak berapa 'in' nak sweat it out kan. Rasa berat je. Aku pun. But yeah, aku rasa bila berpeluh-peluh dan rasa sore ,workout rasa best gila. Rasa release segala tension. Rasa bangga pun ada bila kau mampu melawan segala dewa kemalasan dalam diri dan just do it. Now, aku cuba untuk tetapkan habit untuk sweat it out. Ala, 20 minit sehari tak rugi pun. Kalau malas, split 10 mins in the morning and 10 mins in the evening of cardio. Aku rasa segan lak ayah aku boleh je exercise pagi-pagi especially on weekends and been doing that religiously ever since and keep in fit physique and also in a good health even nak masuk 50 tahun this year. Kalau setakat 6 ke 7 lap tanpa henti, memang aku pun kalah. Bravo daddy! Oh ya, aku perasan my back pain dah berkurangan sekarang. Harap-harap akan semakin tak sakit. So, lets do more workout shall we?

Banyak lagi resolusi-resolusi yang nak dicapai ni. This is just the milestones.
Jom esok jumpa kat lake garden. Hehehehe...

- Posted using BlogPress from my iPad

S

Petang semalam teman si budak besar tapi perangai macam budak kecik darjah 1. Nak beli spender katanya. So, dia bising suruh aku siap nak teman di pergi beli spender. Pfftt.. Nak mengamuk gak rasanya sebab tak menyempat-nyempat. Gila ke apa? Pagi-pagi mana shopping mall bukak lagi kan. So, terpaksa lah berjanji nak pergi lepas Asar. Itupun di paksa nak keluar tengah hari buta. Malas.

Eh, segan la pulak nak mengeja 'Spender' banyak2 kali, so aku guna shorform 'S' okay.

Tapi, aku hairanlah. Kenapa 'S' mereka hanya didapati dalam kotak. Kenapa tak bolah nak pilih2 longgok ke? Kenapa kena letak begitu? Kenapa kenapa kenapa? Eksklusifkah corak rekaan setiap satu 'S' itu? Hahahaha..

Oh ya, aku teman si budak bertuah tak menyempat a.k.a adik kandung nak beli dia punya 'S' . Beli boxer jugak.Taknak kalah tu. Nasiblah ada kakak je yang boleh pergi temankan pergi beli. Garang tak garang belakang cerita. Haha.

Malam tadi.

"tak pakai ke 'S' baru?" saja nak mengusik.

"malam-malam tak boleh pakai la" laju je dia jawap sambil kerut-kerutkan dahi. Geram mungkin.

Opss, sorry terlupa. Haha. Dah diterangkan banyak kali pun masih aku tak ingat.

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 9, 2012

Current Favourite

Latest hit in my heart. Chewah..haha..Ear candy lah kiranya.


This



*Be be your love-Rachel Yamagata*

Review: Best. Melted oh~ Rasa nak fall in love. Eeeuwww.. Hopeless romantic.


and This,



*Broken Ones-Dia Frampton*

Review: Dengar first time masa tengah drive, terus suka (read: me). Gigih cari dalam internet based on the lyrics. Then, gotcha.

Post Party

Post party lah sangat. But, tak adanya pun party bagai. Party buih? Hahaha..In my dreams..

How do I spend 7 March 2012?
Ermm, pagi bangun lambat, nak dekat pukul 10am. Ok, cuti . So boleh lah terlajak tidur. Haish, sekarang dah ada pattern tidur lambat, so now jadi macam vampire la. I just had a coffee, so lagilah semangat nak menulis. teehee..*adik2 yang akan kesekolah, sila jangan tiru aksi ini ye. sila tidur awal!*

Doing house chores yada yada..*neverending*

Malam lepas Maghrib gerak ke KLIA. Hantar wan and atuk nak pergi umrah. Wan and atuk gerak daripada kampung dengan geng2 umrah diaorang naik bas. So, my mum + lil sis + lil bro + me head from home and catching up  with ayah yang all the way daripada KL. So we meet up there. Masa nak tunggu ketibaan vip (wan and atuk), we had a dinner at Secret Recipe kat KLIA..Makan-makan. Feeling-feeling birthday girl lah tu kan..Tak adanya nak beli kek sebiji okay..Siapa nak makan banyak2 tu kan. So, just tapau a slice for each person for dessert. Jadiklah tu..kenyang kot makan curry me SC yang super pedas tapi sedap. Portion pulak besar gedabak untuk 2 orang makan. Tak habis..

Then, pergi beli coklat dekat duty free shop. Rambang mata. Tak tau nak beli mana. Last2 amik Snickers sebab Milky Ways pek kecik tak ada. Pek besar je ada. Again, siapalah nak makan banyak2 begitu. Rembat cardbury seketul besar for my lil sis. See, banyak2 brand, yang itu jugak dicari.

Ingat nak usha perfumes, but nevermind Im so miskin now. Tahan nafsu tahan. Kalau dah miskin, buat cara miskin. Then, sementara lil sis and me tengah godek2 coklat, ayah and mama tengah membelek2 jam di another shop. So, we head there after habis shopping. Shopping la sangat kan.

"Beli apa ma?"
"Ayah belikan jam" mama sengih. Sukelah tu dapat jam baru. Birthday gift dia hari tu pun ayah kasi jam tapi tak sampai seminggu, dah hilang. Dah lah harga dekat 1k..haish...so sayang.

Aku pun pandang lah purse kat situ.Tengok2 je pun sebab purse tu dalam glasses kan.
Tiba2 ayah suruh pilih satu. Hadiah birthday katanya. 
Aku apalagi, muka pun macam eh, nak kasi purse lagi ke? It's not even in my wish-list.

"Amik je, ayah nak kasi tu" mama mencelah.
Aku pointed out purse yang comel tu. Then, salesperson tu bukak lah. Mak oii..mahalnya..Almost RM400++. Cannot be.Baik aku mintak benda lain je. Teehee
"Mahal la" aku kata
"Ala, birthday gift. Tak pe. Amik je lah" knowing ayah, he'll always never berkira dan sangat tak kedekut. Tak pernah nak kata 'no' for us.
Being considerate, aku memang tak nak lah. Gila.Mahal oii..tak berpatutan dengan seorang penanam anggur macam aku. Haha. 

Then, mama cakap yang kaler pink tu cantik. So, aku angguk je. And said yes. Wah, gegirl nya aku. Purse ada motif berwarna pink. Tak pernah okay  ada barang-barang bewarna ayu sebegitu. Haha. It's about time I guess. Change. Jadi perempuan-perempuan sikit. Selama ni tak perempuan ke kan? Haha..
See, aku mampu membuat keputusan dalam masa kurang daripada 1 minit. Sangat tak cerewet. Haha..

Sekarang aku tahu perangai siapa yang aku warisi. Guess who-my mum la. Aku observe, dia tak cerewet, simple minded. So am I. Unlike ayah, he's more cerewet + choosy + teliti. Just like my 1st lil sis yang super choosy + cerewet. Kalau ayah nak shopping barang dia, fuhhh mengalahkan perempuan okay. Punyalah lama nak decide.Dan aku tak dapat bayangkan macam mana aku nak shop with my future ehem to be if ever he's just like my dad. Pengsan!

So, yes. This year, memandangkan I've deactivated my FB, so no special wishes on the wall I guess. Kalau tak..And since I've changed my hp number, ramai yang tak tahu. Mengasingkan diri? Sort of. I guess, ada yang ingat, cuma tak berupaya nak wish. Like me, aku still ingat by heart birthday my closed friends. Cuma2, kadang2 ada kemalasan nak text dan dah lost contact, but the thoughts, it's still there. Macam, oh hari ni birthday dia..so wish dalam hati je. Haha..Masih ingat. So peeps, kalau I tak text tak bermakna tak ingat, tak rindu. Haha.Macamlah diorang baca.

Apa yang lainnya bithday 23 ni, people start to wish me 'semoga bertemu jodoh'. My Makngah  even  text sweet messages to me saying 'semoga kakak bertemu jodoh dengan yang orang yang baik2'. Sweetnya. Haha..And my lil sis also did the same thing. Ok, saya masih muda lagi!! Sabar okeh..The time will come. Then I started to ask myself, adakah aku dah cukup berusaha nak dapat calon yang 'baik' juga?? hmmm...Reflection time.

At the end of the day, the time you spend with loved ones is the one that matter the most. Precious. Their thoughts and prayers is the greatest gift after all. Tak perlu hadiah, cuma 'ingatan' dah memadai.


P/S: Pakcik (you know who you are), see I tak pernah mintak hadiah birthday from my parents. I guess I'm just lucky this year.I got one. Haha..

Wednesday, March 7, 2012

Dua Puluh Tiga

This is one of the reason why '7' is my favourite number. Haha.
Beckham has the no.7 jersey and my long lost crush too- Cristiano Ronaldo.
Few weeks back, I saw him playing in la liga against unfamiliar club ( to me). Wow, dia dah ubah style rambut (nampak sangat tak ikut perkembangan). Much more shorter and clean. Wink wink wink...haha.
Sangat tak ada kaitan but still, that's my favourite number of all. Seven. Siap berangan nak beli no. plat kereta no. 7. Haha..one day...we'll see.

Oh, salah satu kaitannya adalah kerana today is my birthday. Turning 23. What a year.

A sincere prayer is the best gift. Pray for me okeh.. :)

P/S: to the annoying person thanks bagi hadiah perfume ekstra awal sebulan. Hihi..

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, March 6, 2012

Torn


Sometimes kalau rasa miserable dan rasa semua serba tak kena, rasa nak annoyed dengan orang, that is a sign that I haven't make a truce with myself. Bukan manusia yang lagi satu yang punya punca, tapi diri sendiri. I repeat, diri sendiri. Sigh.

It's complicated though.
Happiness comes from within.
Padahal, I'm living looking from outside -> inside
It should be inside -> outside

Make peace with yourself.
It's okay to make mistakes.
No regrets.
No regrets.
No regrets.
Ye lah tu..
It didnt help much thinking of how stupid you are.
That makes you become even miserable. Sigh.

I need coffee.
Ughh. But I'm on a policy of one cup per day. Only.
You cannot rely your happiness on a cup of coffee.Sure. Who would've do that. I did. Before I knew that coffee is not that good for health. Not the pure coffee, but the one with creamer and etc. The instant.
See, instant stuff is never good. Never.
Maybe I should opt for green tea. Eeeuuww..

I should do something.
No more trying.
But doing. Do.

Helpless hopeless.
Hmmm, thanks for making me like this.


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, March 5, 2012

Stop


Dear celcom,

Your incoming sms-es in a bulk make me look like a loner.
No, I won't subscribe the xpax birthday whatsoever thingy.
Fyi, you should know that I am not xpax user.
I am just one of your loyal customer. That's it.
So, could you just stop doing that.
Thanks.

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 1, 2012

I love March

March 1st, 2012.
How do I spend my March?
Balik kampung pagi2 dengan maksu, drive straight to kampung.
Ada kenduri malamnya. Kenduri apa?
Wan aku cakap kenduri aku tunang.
Errkk..
Suka tau gurau macam tu..sentap kejap ai..hihi.
Taklah, kenduri doa selamat dan baca yassin.
My wan and atuk nak pergi umrah next week.

Kenduri tu buat dekat masjid.
So, maghrib tadi kami2 semua berjemaah di masjid.
Fuhh, lama gila aku tak jejak masjid sejak Ramadhan lepas.
Time baca yasin lagilah, mengimbau kenangan masa duduk asrama time form four and form five. Lama gila tak baca yasin begitu ramai2. Tersengguk-sengguk aku menahan mata yang nak terkatup je kejanya.
Adoii...

Masa tengah nak tunggu Maghrib.
"Ibu, sembahyang sunat tu untuk orang yang dah sunat aje ke?"
Aku dengar ada budak kecik umur 5 ke 6 tahun tanya Ibu dia.
Hahaha..aku tak dengar lak apa yang mak dia jawab.
Comel je tanya macam tu.

Dahlah, penat ni . Nak tidur. Esok nak bangun awal sebab nak hantar mem besar nak gi keje kat Kl.
Gigih nak update sebab nak kejar 1st March.
March, I'm gonna treat you well! Hooyeah..


- Posted using BlogPress from my iPad