Thursday, June 30, 2011

Kids and future

Haha.. *untuk mood ceria, harus mulakan entry dengan gelak-gelak sopan* LOL.
Tadi pagi lebih kurang pukul 11 am aku dan adik No.2 pergi Jusco Seremban 2.
Dia ponteng sekolah. Ok, bersebab. Hari ni ada hari anugerah kecemerlangan. Dasar.Ambik kesempatan sunguh. Selain kami berdua berniat mahu menempah tiket transformers 3 idaman hati my lil bro, si adik No.2 juga mengheret ku ke Jusco untuk membeli buku past years question. Ada lagi empat subjekyang dia tak ada lagi.

Book store is one of my favourite palces. Duduk sehari suntuk pun aku sanggup. Dan tadi setelah draw duit yang nampaknya semakin susut di dalam akaun, maka aku telah membeli assorted word puzzle book(ada crosswords, wordsearch, code words). kononnya nak mengisi masa lapang lah. Dan tadi I almost bought parenting books. How to increase your babies IQ. Haha...Something like that la. Tapi, sebab harga dia agak mahsyuk juga, maka tak jadi beli.

Serious macam interesting dow buku tu. Tapi macam too early for me to read that kind of book. Mampus akan digelakkan oleh ayah ku nanti. Ada banyak buku parenting aku belek-belek. Rasa macam best lak jadi parents kan. Lebih-lebih bila kena jaga and didik toodlers. What caught my attention was that the book says kids learn best at the first 6 years of their age. They almost can learn anything in that time interval.That's the crucial time of their life time. Masa itulah tahap IQ diaorang perlu di develope oleh parents. Lepas 6 years and above, It's too late. 

Ironically, kita selalu underestimate kids kan. Tapi, tanpa disedari waktu itu lah masa yang sangat precious untuk diorang. Kita selalu sangka, 'ala, they are just a kid. what would they know'. Tapi tidak sama sekali. Ingat tak kecik-kecik dulu kita selalu akan tanya benda-benda pelik dekat parents. Aku ingat lagi aku selalu tanya itu ini dekat ayah. Tapi what from I remember, ayah will answer almost everything. Curiosity kanak-kanak memang sangat tinggi.

Kids are succeptible  to almost anything and they absorb information like sponges absorb the water. And they are honest plus very observant. I admit that I'm not the most penyabar kind of person. Haha. Maybe the other half should be the one to has 'penyabar' kind of attitude. Hopefully. 

Being a sister to 3 other siblings, I kinda have the sense of motherly. Sikitlah. Jadi kakak memang selalu kena mengalah . Protective. Sebab, age gap dengan parents maybe kadang-kadang merumitkan satu-satu situasi. Some issues, they might not get it. So, it's the eldest sis/bro to involve in the situation and give the best solution  to other younger siblings. I don't know why, but I have the urge to always protect them. Kalau boleh, I don't want they to get through what I've been/known  especially all bad stuff la. Haha. 

Being the eldest yang tak bestnya, I've got to know everything on my own. No exposure. All alone experimenting this and that. Buat keputusan pun ikut pendapat sendiri ataupun parents. Tak ada orang terdekat dari segi umur yang akan bagi nasihat kalau ada problems. Sedih~ Nasib lah. Kalau dapat exposure yang baik, maka you'll turn out to be a good person. Vice versa. I wish I had a sister or brother. Bestnyerrr~

My self trait yang tak suka bergantung dekat orang kind of explains why I'm being independent. Semua nak buat sendiri, kalau boleh tak suka invlovement daripada banyak pihak. Kalau ada problem, better off simpan dalam hati sahaja. Haha. Sounds pathetic kan.Dan bila buat keputusan, kena fikir pasal 'semua orang sekeliling'. Selfish? Pergi terjun lombong lah!

Cat Galore - Part 2

Just so you know, this entry is the continuation of this previous entry. You might want to read the previous entry first.


Makan time. Ni baru 7 ekor.


Kiki. The Culprit. It thought you were gay man!!


They are everywhere.


Lebih lebih lagi dekat dapur.



They are definitely  up for something.


Oh, patut la. They are waiting for their unidentical species- brother. Masak apa tu bang oiii!!

This the part that I hate the most. Kucing-kucing tu suka sangat mengacau especially time memasak atau time kitaorang makan. Annoying betul. Haha.Maybe it's more to me. My lil brother yang dekat atas tu memang sayang gila dengan kucing-kucing dia. Ada ke semalam dia masak roti telur untuk kucing-kucing tu? Aku ingat dia pung pang pung pang dekat dapur nak buat roti telur untuk diri sendiri. Tapi last-last sebab nak bagi kucing. Aduss~Kucing tu semua pun dia bantai makan la.

Haha, tapi my adik No.3 ni memang sweet gila. Penyayang dengan binatang *Tapi kakak dia tak..heeee* .  Boleh lah siapa-siapa nak buat calon adik ipar, book sekarang. Hehe.Cita-cita nak jadi Veterinar okay.Pernah dulu kitaorang baru je beli kucing baru. Mahal jugak lah. Then tak sampai seminggu, Kucing tu hilang. Melalak dia~. Malam-malam sebelum tidur menangis ingatkan kucing. Heeee...Sebab ayah kesian tengok dia down gila kucing dah hilang, pi lah kedai beli si kiki tu. Then kahwinkan dia dengan kucing baka 'kampung' yang jiran bagi, dapat lah anak-anak berderet-deret.Now total ada 18 Kucing. Lagi seekor tengah sarat bunting okay. 

Bila orang nak mintak kucing-kucing tu, my lil bro tak bagi. So, sekarang sebab dah terlampau-lampau banyak sangat, dia macam kasi green light lah untuk bagi kucing-kucing tu dekat orang. Melampau tak adik aku tu letak harga sampai 600? Annoying gila.

Apartment 3 tingkat. Apa ingat kucing pun tak ada ke?

Kiki being 'the boss'. duduk tingkat paling atas. sewa mahal sikit lah.

Rumah tiga beranak. Si demok, ciko dengan mummy dia. Demok and ciko are my fav. Tapi kalau dia busuk, aku tak nak. Heh.

Rumah ke-3 untuk new born. Dalam bakul tu ada empat ekor kittens. Semua gebu2. Kena kuarantin sebab they all sakit mata.

New born. 1, 2, 3, 4. Tak dak nama lagi. Lagi seekor dekat luar bakul.

sleeping all day long. Oh~best nya jadi kittens.

Blackie. sebab dia black. Heeeeee...

Yang ni ada stripe dekat muka. Maybe aku leh cadangkan dekat lil bro nama kan dia si belang. Haha, nama old skoll betul.

Demok and ciko, don't worry you are still my favourite. Get well soon.

We are in progress to sort out the cats. So, those yang berminat, boleh hantar resume dekat future Vet in the house. sapa lagi kalau bukan my lil bro. Kena dapat approval dari dia dulu, baru boleh bagi.

Wednesday, June 29, 2011

Syukur

Lose some, win some.
It's life.
Tak tahu berapa kali kena ingatkan diri supaya belajar jadi lebih bersyukur.
Kau tak tau ke hah dekat luar tu ramai lagi manusia yang tak cukup makan,
tak ada tempat tinggal, financial problem,anak-anak sakit kronik, depression........

Tapi nak jugak mengeluh itu ini.
Tak cukup itu ini, kenapa tak macam orang tu?
Too much complain.
Cukuplah.

Asal yang namanya bahagia itu ada,
Aku kena bersyukur banyak-banyak.
Sebab bila dia pergi,
Aku mati.

Cat Galore - Part 1

Siapa pencinta Kucing, angkat tangan. Siapa tak suka atau tak berapa 'in' atau takut dengan kucing, boleh join team aku. Dalam family, aku + adik No.2 + mama tak berapa nak 'in' dengan Kucing. Not like we hate them, no. Tapi, we're just like tak ada perasaan nak sayang lebih-lebih (more to me). Heh.

But, that's not the case with adik No.1 dan No.3 and ayah. They love cats. especially si adik No.1 dan No.2. Avid lover. Pantang nampak Kucing dan amat emotional pasal kucing.Ok, don't ask me why I'm not like they all yang suka Kucing. Padahal semua haiwan pun aku tak amik kisah kot. Heeeeeee...

Memandangkan reproduction kucing-kucing rumah amat menggalakkan, maka sekarang dah ada 18 ekor kucing. Grrrr....banyak gila. Ni semua si kiki punya pasal. Menggatal je keja. Lepas kawin dengan si comot, naik syeikh dia. Mengorat sana, mengorat sini sampai membuntingkan ramai gadis kucing betina. Padahal itu semua anak-anak dia. Haish~ Ni lah haiwan namanya.



Disebabkan wabak 'sakit mata' , si adik No.3 merengek-rengek suruh aku bawak si kucing tuh gi klinik. So, petang tadi pergilah menapak ke klinik kesihatan haiwan. Aku tukang bawak kereta je + tukang ambik gambar.

Part 2 akan bersambung bila aku rajin. Heh. Penat la hari ni. Pergi sana sini. Masak itu ini. Ceit..*over*. Looks like my tonsils coming back. Tekak dah perit nie.

Ciao.

P/S: Maksu, sila jangan kutuk telur masak kurma saya (gossip dengan uwan kan??)!!Haha~Saja je nak improvise. Ayik guna ayam je. Muak le..

Monday, June 27, 2011



*Currently Playing: The way you look tonight, Sir Elton John*




Stranger

White Tee and a pair of jeans
That's how you look last night
Saw you from a distance
And never dare to stare you back

It' s been a while since I first saw you
Glad that you are still the same
Yeah and I'm still the same too
And my eyes still sets on you, only you

In the corner of my eyes
I saw you staring back in my direction
Was I dreaming or it's for real
Or it's just my imagination

The pathetic side of me saying
"Keep on dreaming loser"
While the angelic side of me said
"You'll look cute together"

The real thing is that
We will never be together
We didn't know each other
And we are stranger
At heart

And if we ever cross each other path someday
I hope you'll say hi to me
Because I've wait long enough being the invincible girl

-HannahH-

Untittled

Now that I already know two of my sisters been keeping up reading my blog + one aunty, I've to keep it low..*tak dapat nak mengumpat diaorang, kui kui kui*

The thing is, this blog was meant to be a place for me to voice out my inner thoughts since I am not much of a verbal-type-of-person. I prefer to keep stuff/thing/feeling below the radar. That was the initial plan. Gee, now I've to be super careful not to spill everything out *sigh*. I wish I could be anonymous. 

The weird thing about me is that I hate to be in the 'spotlight', receive all the attention and stuff. What I really want is to keep everything simple and and less complicated. Facebook? Nah. I hate the idea of telling the whole universe and let them know, what you are doing currently ,your feeling, your thoughts at the moment, let out your anger, cursing ....... 

Then, tangkap gambar sendiri (self potrait picture)  lepas tu post dekat FB.  Faham tak, gambar yang  di ambil sendiri sambil buat muka macam ikan buntal ke, sambil buat muncung itik ke, buat gaya konon-konon comel la, kadang-kadang tu gambar dalam toilet pun nak letak jugak tu. Tsk, I just don't get it la. Banyak lagi gambar yang boleh di uploadkan, nak jugak letak gambar macam tu. It's a big turn-off for me. I don't know you, but it's just didn't work out for me.Tolonglah. Who are you going to impress, actually?

Be realistic. It's just a thin layer of skin and veins. Outer beauty. Sooner or later, you will not be who you used to be. Changing is the only constant.

Be real.

Friday, June 24, 2011

Of hospital and etc.

Waffle A&W. Makan dalam kereta dengan adik no.3. Takeaway. Gelojoh.


Wan was hospitalized. Makcik kat sebelah tu kesian. She's in pain for like 24 hours.


Ubat time. Fokus kepada troli itu ya!

Okay. Nie kerja aku ye. Tengok movie korea. Eh, jgn salah faham dengan gambar tu.  Kebetulan.


Tiba-tiba pulak selipar aku yang sebelah kiri tu putus time tu. Tsk. Pinjam selipar jopun uwan den ha. Smart tak? Heh.

Gambar telah diambil menggunakan kamera handphone yang amatlah tak canggih. *handphone murah je.tak ada iphone,android,htc,blacberry dan yang sezaman dengannya* Sedih tak? Ok, tak langsung kot. Aku nak capture view bandar seremban waktu malam and subuh daripada wad (hospital atas bukit),malangnya handphone ku tidak mampu untuk merakamnya. sobs. Tak ada flash *handphone murah, macamtu lah*.


Oh, nenek a.k.a uwan saya telah keluar hospital petang semalam. syukurlah. Uwan comel je selalu pi tolong acik yang sakit sebelah bed dia tu. Padahal uwan aku pun sakit jugak. Sekarang uwan ada dekat rumah aku. 

Sekarang gue busy sekali dong. Sampai tahap nak tulis belog pun kena fikir dua tiga kali. Bila time busy ni lah keinginan untuk menulis tu meluap-luap *hover gila*...Time tak busy biasanya idea tak dak.

Busy pi tolong sepupu nak nikah and sanding jumaat and sabtu ni. Lepas tu tolong mama buat coklat untuk guest 1500 orang. Last week, uwan was hospitalized. So kena berulang ke hospital setiap hari. Busy pi hantar bebudak (adik2) pi sekolah la, pi hantar training bola la, pi training badminton la, pi beli slurpy la. Bab bab menghabiskan duit depa memang champion la. Ada je akal nak suruh aku pi kedai. Paling selalu pau aku adalah adik No.2 dan No.3. Bajet kakak dia nie dah keje ape. Kalau aku dah keje boleh la.

Pelan masak memasak terpkasa ditunda. Buat seketika. Bukan buat selama-lamanya. Hari tu mama dah belikan aku biskut yang nak buat tiramisu. Nak try buat lah lepas ni. hohohoho...

Banyak lagi ni nak cerita *kepochi mode*. Erm, tapi lainkali la. 

Hari tu kan aku ada bagitau yang sesiapa yang terasa/teringin/ atau nak aku poskan coklat free, boleh email or    apa-apa cara yang membolehkan aku poskan dekat korang. Tak da orang pon respond. Wuwuwuw... Tak nak ke? Ala, jangan la malu-malu. I thought ada reader blog ni. Huhuhu~sobs sobs....All you have to do is just say, yes!! Yang dekat over the sea tuh, tak dapek den nak nolong yo...heeeeeee....

P/S : Maksu, wan kata datang ah Seremban. Jangan ayik dating je dengan orang Melaka tuh :D . Ingatlah anak-anak sedara mu. Janjimu kutuntut!!!! Belanja la weiii.....*I know you are reading this*


Tuesday, June 21, 2011

sick

so, beberapa hari yang lepas dan sampai hari ini
i've been in an out of general hospital, seremban.
Last saturday my dad isi minyak sampai full tank,now dari full bar (dsiplay on the panel),
dah tingal few je. Nampak sangat asyik keluar rumah , drive sana sini.
Wan (nenek) been hospitalized last saturday.
Susah siot nak park kereta. Bengang 7x!!!!!!!!!!!!
Jalan sangat sempit. Parking limited. Sampai park double triple.
Masa wan was hospitalized in KPJ Seremban last Dec,
it was pretty okay (the parking) and all the facilities.
Dekat GH (general hospital), susah gila nak cari parking.
Hospitalnya dah lah atas bukit. Jalan bukan main sempit.
Semalam sampai aku terpaksa keluar kereta sebab nak 'solve'kan hal parking.
Gila. Belakang kereta beratur nak tunggu turn, then depan aku lak kereta tak leh gerak.Mind you, nak reverse, jalan sempit gila dan kawasan adalah curam.
Aku dah macam bengang gila sebab kereta depan tak gerak2 (memang tak reti menyabar). Curious lah gak kan.Hon sekali, still buat tak tau. So, aku pun kuar kereta tanya mamat tu asal tak gerak2 kereta.
Oh, rupanya dia pun tak dapat nak gerak sebab kereta parking double dekat depan tu. Manalah aku nampak kan. Sekali kebetulan lak kat tepi tuh ada kereta yang tgh parking double gak, tapi ada orang dalam kereta. So, aku dengan bersopan santunnya suruh si driver alihkan kereta. Ketuk2 cermin kereta dia, then ask him to move his car becouse he's blocking the way. Boleh lak dia tak perasan yang jalan dekat situ  dah jam macam apa. Dia tido okay. Grrrrrrr.... Semalam lebih kurang 5 kali aku pusing keliling hospital cari parking. No wonder lah minyak cepat habis. Lepas tu kena pick up si budak babu (adik last) dekat sekolah dia yang jauh macam apa dari rumah,  Lepas tu hantar si adik ke-1 pergi hospital pulak sebab dia stay overnight dekat hospital. Malam tu pergi lagi hospital hantar burger dekat si adik no.1 yang insist nak jugak burger. Padahal leh beli dekat hospital kan....Tsk tsk tsk.....
So, malam ni maybe aku yang kena stay overnight. 
Ok, hospital kerajaan macam sardin. Wan aku tak dapat first class sebab bilik penuh.
So, dia dicampakkan dekat ward kelas 2 and 3. Sesak.
Harap-harap aku dah tua nanti sihat-sihat selalu. Sila dapatkan insurans kesihatan...
Masa muda memang tak rasa apa-apa lagi sebab metabolisma masih tinggi.
So, kesihatan tu penting lah. 
Sometimes, aku pun taking things for granted.
Bila kita sakit, kita bukan sahaja susahkan diri sendiri, tapi juga susahkan orang lain,
which is the things that I despise the most.

Sunday, June 19, 2011

sometimes
we are looking,
but not seeing.

we have so many things to say,
i know.

i wish i could turn back time
and never grow
be the old me
and love you unconditionally.

it's always the word unspoken
left us behind.
and maybe it's me.

Saturday, June 18, 2011

Thanks!!

Followers ke-14, thanks..
Tapi, saya tak dapat bukak blog awak.

Followers blog ni, thanks.
Honestly, aku tak mengamalkan konsep i follow u, u follow i.
Takde benda pun yang nak dikejar.
Aku buat blog bukan nak kejar traffic ke ape ke.
Just untuk hari-hari esok bila mana aku ada benda untuk dikenang.

Tapi kalau mana2 blog yang aku follow tu,
maknanya aku baca blog korang.
Yang tegur-tegur, thanks jugak.
Yang baca dalam senyap pun thanks jugak.
Seriously, blog ni biasa-biasa je.

Ni bukan blog berilmiah,
so read at your own risk.
Ha ha ha.

Emmm,
Aku ada wat cekelat (chocolate).
Pernah makan beryls choc tak?
Ha, rasa dia sebijik cam beryls sebab memang aku guna coklat jenama tu.
Sesiapa 3 orang pertama yang hantar email to me, will get free choc.
Tengok ah, kalau aku rajin aku pack cantik2.
kalau maleh, aku wat biasa2 je.
*kalau tak ada orang, aku makan sorang-sorang*
Siapa cepat, dia dapat....

Thursday, June 16, 2011

#2

Oh, maaflah. Aku memang tak ada life lately. Nak meroyan pun tak boleh sebab dah tak ada life katanya. Heh. On leave lah kata kan. So, orang yang tak ada life memang lah macam ni ye.

Nak kerja sementara cuti ni, memang ayah aku tak bagi Daripada zaman lepasan SPM pun begitu juga.So, duduk lah rumah diam-diam sambil menjadi tukang masak disamping menjadi supir (driver) tak rasmi.

Hari ni aku try masak soto ayam pulak. Feeling hari raya. Ni kira trial resepi hidangan hari raya lah. Sikit lagi aku tak rebus ketupat. Resepi dicilok daripada Cik Mat Gebu. Tekan sini.Memang aku tiru resepi CMG. sebijik-sebijik Sedap weh.*ok, puji diri sendiri..* Ha ha ha..Ok lah adik2 and my mama makan. Shedap (diorang yang cakap)..Ok, boleh proceed untuk raya nanti.

the 'soto ayam'.Tapi ayamnya tersorok ..Begedil tu adik No.1 yang buat.



Condiments: Ayam, daun sup, taugeh, soo un goreng, kacang goreng, bwg goreng, begedil, cili kicap.

Blueberry Muffin






Petang tadi jugak, buat blueberry muffin . Nak buat semalam sebenarnya, tapi tepung all purpose flour lak tak ada kat rumah. Terpaksa lah tangguh. Simpan lah semula buttercup and telur dalam fridge balik. Serious, aku bukan nye suka sangat muffin. Tapi sebab gatal nak try mem'baking', aku pun buat lah projek.

Start slow dulu. Dalam hati teringin nak buat kek sebijik macam kat secret recipe. Tapi macam tak yakin lah pulak. Baking ni kalau tak kena cara dan teknik memang boleh buat frust sebulan (kalau tak jadi). So, kena kuatkan semangat lah ye. Habis aku godek buku recipe mama. Semua nampak tempting wei. Tsk, cuma nak tak nak try je. 

Dah dah, esok ada orang order ayam goreng madu dengan masak lemak cili padi ketam.

Monday, June 13, 2011

Adik beradik

Semalam kami adik beradik pergi tengok wayang.
Sebelum tu, adik No.2 sibuk nak breakfast dekat McD.
Si kakak(aku lah tu), cakap

"Ala, makan roti jelah"

"Tak mo. Dah lama mengidam nak makan breakfast set McD. Tapi tak da sapa nak bawa.

Kesian tak kesian tak?

Terbang RM 35 ++ (empat orang makan)

~~~~

 Adik No.3

"Nak tengok cerita Kung Fu Panda 2!!!" awal-awal lagi dia  dah warning

Sebab tengok wayang dengan budak umur 11 tahun, maka kena lah beralah. Tengok cerita kartun. Walaupun dalam hati macam grrrrrr.

Hari tu pun kena jugak tengok cerita Rio walaupun dalam hati grrrrrrr.....

Haish, lepas ni dia dah ajak nak tengok transformers 3 pulak.Release 30 June ni. Ha, yang tu takpe...

Semalam, Kung Fu panda 2 sold out lah pulak. Haish~apa lagi, adik No.3 pun berasap lah. Last-last, tengok cerita Karak. Sumpah bosan 7x !!! (bagi aku). Membazir tiket RM12..Adik No.2 lagi lah tutup mata sepanjang dalam wayang. Adik No.3 pi main bowling sorang2 sementara orang lain pi tengok wayang. Dasar penakut.

Dalam panggung, semua pakat tak nak duduk seat tepi sekali. Masing-masing nak duduk tengah. Nak tak nak, aku jugaklah kena duduk seat paling hujung. Haish~ macam ni lah kan.
 

Saturday, June 11, 2011

#1

Hari ni berjaya masak nasi ayam. Ok ok memang lame sebab dah umur 22 tahun baru terhegeh-hegeh nak masak nasi ayam. Ek eleh, itu pun nak kecoh ....Hahahah, first time kot. 

Percubaan yang berjaya. Cuma, nasi kurang air dan tak moist macam mak-mak masak . Yelah, mak aku tak ada dekat rumah sekarang ni. Bibik? Ada tapi dia tak uruskan hal-hal masak memasak nih. 

Yelah, selama ni asyik2 mama je yang masak kan, aku pun mengelat lah. Setakat tolong potong2 or kacau-kacau gulai tu standard lah. Mama dah lah terrel bab masak-memasak ni, tu pasal aku macam maleh nak campur. Rasa rendah diri gua..Tsk tsk tsk..Now, aku conquer the kitchen!!!

Ok ok, memandangkan resolution aku sepanjang June onwards sementara tengah cuti panjang ni, I decide to cook and bake as much as I can. Yeah...

Sorrylah, no picture avail. Karang terkejut lak bibik aku dok snap2 gambar sambil2 masak. Resepi, kredit to cik mat gebu (CMG). Aku nak try resepi aunty nani rostam, tapi tak sempat. Maybe lainkali...Nampak sedap. Resepi CMG sesuai untuk begginer macam aku nih.  

Friday, June 10, 2011

Kakak

saje je nak bagi tau,
aku dah selamat tiba di seremban.
Yeah, home sweet home.

Betul sangkaan aku, balik2 je,
terus kena kerah jadi driver.

"along,  jom gi giant besar malam ni, nak cuci gambar," adik no.2 ajak.

Sebagai kakak mithali, kau rasa aku patut reject ke? He he he..

"Jommmm..pas tu kita gi makan kat yong tau fu,"

Sian adik-adik aku, terperap je kat umah sepanjang cuti sekolah. Mama tak ada kat umah, ayah pun sama.

Ok, kuota kakak angkat dah ditutup, siapa nak jadkan aku kakak angkat kena buat surat rayuan. Heh..

Wednesday, June 8, 2011

Oh man!!

Adus, dalam pada tadi tengah beli tiket nak balik rumah jumaat ni,
Aku telah melakukan kesalahan besar.
Oh, adakah patut aku tak perasan langsung yang aku telah terbeli tiket
paling awal, iaitu  berlepas pada jam 0615, arrival time in KL 0755
Sweet sangat!!!!!!!!
Tahniah la, kena bangun pagi pukul 4.30 am dah kena bertolak ke airport.






Bila nak salin reservation no., baru tersedar aku terbeli tiket pagi. Ingat nak balik pukul 2050. Alih-alih entah mcm mana boleh terbeli yg pukul 0615...
Aku syak server buat hal, sebab aku yakin aku memang dah tekan 2050...haish, terpaksalah aku pakcking barang cepat2, kemas bilik, basuh beg, basuh baju, gi fakulti hantar thesis yang dah siap jilid. Buat surat rasmi (kalau perlu)..Bayar duit bilik..Arghhh...

Oh man, siapa nak jemput aku nanti...sobs sobs sobs...

Padan muka!!!!




Tuesday, June 7, 2011

Random #1



*Currently Playing : Edge of Seventeen, Lindsay Lohan*

Now that i'm free as a white dove,
I felt so madly crazy don't what to do..
Serious.
The emptiness that can drive you a lil bit craaazy (crazy).

It's the matter of time,
I blog when my mind in a state of:

#high
#sad
#frustrated
#empty
#happy
#motivated

If I somehow busy as bee (someday) , don't worry you'll never heard me ranting nonsense here.So, please pray that someday in future I'd be busy as bee and forget that I have a blog. I mean being busy as bee=  productive.

Yeah, I wanna be madly busy so that I can forget all little-messy-corrupted- thinking-insecure that i had all the time. It's a about  learning letting go.

I wanna do everything out of love. I have to learn to giving out, instead of receiving. Reciprocally.Be more expressive. Show affection towards the one I love. Before it's too late...


Monday, June 6, 2011

Kenangan

Ingat tak dulu-dulu zaman sekolah rendah, terutama sekali masa akhir tahun darjah 6 mesti semua sibuk nak buat buku biodata kan.Lelaki ke perempuan ke, semua sama. Sibuk lah ke hulu ke hilir membawa buku tu paksa kawan2 tulis. Siap ada pen kaler-kaler lagi tuh tak tahan. Gold, silver, pink. Mahal tuh..sebatang 2.00 ++ . Mahal lah bagi kanak-kanak berumur 12 tahun.

Soalan lazim dalam buku biodata (10 tahun yang lampau)

#Nama penuh
# No. Telefon *wajib* 
#Alamat rumah *nanti nak hantar kad raya senang*
#D.O.B (date of birthday)
# Fav food, drinks
#Fav color
#Fav artists, songs
#Ambition
#Crush *bajet kalau tulis nama crush, lepas tu dia akan tau la.hahaha~gile btol*
#Ucapan/dedication *satu page khas*

Begitulah kanak-kanak pada usia 12 tahun yer. Tapi, semua buku2 tersebut aku dah hilangkan. Biaselah, I kan ratu clumsy sedunia. Mana nak ingat benda2 ni. 10 kali buat buku biodata, 10 kali jugak hilang. Maklumlah, keluarga kitaorang selalu berpindah randah. Kejap KL, kejap duduk seremban lepas tu taiping pulak. Balik-balik pusing tempat yang sama. *nasib lah anak tentera*

Dalam adik beradik, aku lah yang paling banyak pindah sekolah, termasuklah tadika..muehehe...

Tadika (5 tahun & 6 tahun)-Year 1994, 1995
1. Tadika Sri Ayu, Gombak
2. Tadika Kemas somewhere in Sibu, Sarawak
3.Back in Tadika Sri Ayu, Gombak

Primary School
Darjah 1 (1996) -Sk Convent Aulong Taiping, Perak
Darjah 2 (1997) -SK (P) Treacher Methodist Taiping, Perak *dalam 6 bulan je sekolah situ*
                          -SK Gombak (2), Selangor
Darjah 3 (1998) -SK Gombak (2), Selangor
Darjah 4 (1999) -SK King George V, Seremban
Darjah 5 (2000) -SK Taman Paroi Jaya, Seremban
Darjah 6 (2001) -SK Taman Paroi Jaya, Seremban

Secondary School
Form 1 (2002) - SMK Pendeta Za'ba, Seremban
Form 2 (2003) - SM (P) Jln Ipoh, KL
Form 3 (2004) - SM (P) Jln Ipoh, KL
Form 4 (2005) - Sekolah Tun Fatimah, JB
Form 5 (2006) - Sekolah Tun Fatimah, JB

Ceh, dah jadi macam biography pulak dah. Takpe lah, kadang2 aku pun lupa berapa sekolah rendah yang aku pernah attend. Tapi tempat yang paling best sekali adalah Taiping, Perak. Yeah... Rumah kitaorang dekat dengan bukit larut. Quartes tentera yg dekat dengan mrsm Taiping tuhh..Pengalaman kanak-kanak semasa duduk di Taiping memang precious. Mandi air terjun, mandi kolam every weekends, tolong ayah aku kutip bola golf dia dekat depan padang, main basikal (wajib), pergi main dekat rumah jiran, pergi lake garden  main roller blade yang dekat sangat dengan rumah...Lagipun, aku memang lahir dekat Taiping yaww..ic no tengah 08...hehehehe...itu lah sebab aku dulu-dulu zaman kanak-kanak selalu tak tau nak cakap aku asal mana bila orang tanya. Aku sendiri pun confiuse sebab asyik lah pindah sana sini.

Cikgu tanya: Awak asal dari mana?

Aku: Errr...Perak *tak yakin*

Balik rumah tanya mama.

Aku: Ma, tadi cikgu tanya along asal dari mana. Betul ke kalau cakap saya asal daripada Perak. Sebab lahir dekat Taiping.

Mama: Ish, sejak bila pulak jadi orang perak ni. Mama and ayah kan orang N9, so korang pun asal dari N9 la jugak.
Aku: oh yeke...*sejak hari tu dah tak mengaku asal dari perak*..muehehe...


Dan sekarang  kitaorang dah settle for good dekat Seremban. Cumanya ayah aku dah base dekat MINDEF, KL.Dia ada bilik khas dekat KL, so every 2 or 3 days, he'll head back home. KL-Seremban tak sampai sejam kot kalau drive 130 km/h...Jadi sekarang aku officially orang Nogori lah ye..And ramai gak kawan-kawan aku tanya, asal aku cakap bahasa standard. Kenapa tak cakap N9, bila diorang tau aku asal sana.

Kalau aku duduk N9 dari kecil, sah-sah aku punya loghat N9 pekat, tapi disebabkan hidup secara nomad, maka lidah kena lah universal. Mak pak aku je yang converse guna bahasa N9, kitorang adik beradik cakap bahasa baku..hehehe...Kiranya aku bukanlah 100% pure N9..ececeh..tapi aku sokong footballers N9!!!! Hobin jang hobin..*sumpah aku tak tau apa makna dia*

Kalau sesiapa mak atau pak diaorang tentera, nasib lah korang. Asyik kena posting situ sini. Tapi besh jugak. Tak adalah terperuk dekat satu-satu tempat for a long time. Jadi isteri tentera pun kena tahan sabar jugak  ye sebab kemungkinan sang suami akan selalu tak ada tu memang besar. Dapat kahwin lalu bawah pedang memang best, heboh satu kampung gamaknya, tapi yelah banyak yang kena dikorbankan lepas tu.

Satu soalan common orang selalu tanya aku, "ayah kau garang tak, dia kan tentera?"
Aku jawab "tak garang langsung". Muehehe..I mean, masa kecik kecik dulu mama yang paling garang, ayah cool jek. Tapi kalau degil gak, ayah aku pun bleh bertukar jadi hulk. Surprisingly, bila dah start umur 12 thn keatas, aku dah tak kena marah kot. Jarang. Paling-paling nak buat konfrontasi tak puas hati bila tak dapat apa yang dihajat, buat muka masam dan senyap sunyi. Bila orang respond, buat dek je. Ha, ni cara aku nak buat tunjuk perasaan.Heeeee..Kejam tak..Bila fikir-fikir balik,susah nak jadi mak pak ni. Anak-anak macam-macam karenah. Pening kepala..And only now, I think I can think more clearly. Bila tengok perangai adik-adik, eh2 aku pun dulu macam tu jugak. Hehehehe...ok, terlari topik..

Bandar/ Pekan kesukaan:
1.Taiping *nostalgia*-paling best!!
2.KL *banyak tempat best*
3.Seremban *familiar people, places*

Kalau ada kawan-kawan lama terbaca, tegur-tegur lah ye.


 


 


*Currently Playing: Kisah Hati, Alyah*


Yang pasti, semuanya tak dirancang..

Thursday, June 2, 2011

takde kerja cari kerja

Senarai-Harus-beli-bila-balik-rumah

#bio-oil *wajib*
#buat spek mata baru *wajib*
#windbreaker
#prune innershine
#green tea

ok ok, sila jangan tamak! aku yakin mesti ada benda yang akan ter'beli' secara sengaja. eh, biasalah, perempuan memang macam tu. indecisive.

nampak benor tak ada kerja sekarang kan. memang pon. bosan gila duduk sini hoih. solat-tidor-makan-layan movie/variety show/-internet. rutin yang berulang-ulang. perghh...memang tak ada life. tak sabar nak balik rumah next week. tp tiket tak beli lagi. ada apa hal, air asia kan ada..eheheh..naik air asia pun orait apa. asal aku rasa naik air asia lebih bagus dari naik mas? dulu bukan main lagi, pantang ada low fare deal from mas cepat-cepat book tiket. 

kena confirmkan dengan mr.dad sebab dia yang kena pick me up from airport. kalau balik siang cam mana dia nak ambil. nampak nya kenalah ambil tiket malam.Mrs.mum pula tiada di rumah buat setakat waktu memandangkan  beliau sedang bergelumang dengan buku-buku demi menggengam segulung ijazah. Selamat study mama!

Cepat, siapa nak amik aku kat airport nanti ai belanja ice blanded frappucinno + java chips etc etc..*ok serius bohong*

Ni nak tanya sikit, kalau ada orang tetiba mesej kau setelah 2-3 hari lepas buat prank calls, agak-agak kau nak balas tak? buat-buat salah orang lah konon..ni taktik zaman batu dulu lah..dah tak leh pakai..aduss...kalau aku gedik, dah lama layan. sib baik aku ni pemalas nak type msg, haram jadah la aku nak reply msg kau ye.

Wednesday, June 1, 2011

Of parenthood and making babies

Living a life like that is just so sad.
I had nothing to offer but a prayer.
I hope you'll someday find the light in the end of your own tunnel.
Insya Allah.
~~~~

Aku belajar lagi hari ini.
Aku rasa lah.

Pelajaran #1
Kenyataan "ibu bapa" mencorakkan hidup si anak yang ibarat kain putih sungguh cliche. Tapi, kenyataan nya memang benar. Seumur hidup aku (sampai sekarang), mama dan ayah tak pernah melarang aku jangan buat itu atau ini excessively.

Contoh:
"jangan nak bercinta-cintun" -terutamanya sebelum habis sekolah.
"Jangan nak keluar malam , keluar rumah hu ha hu ha"
"jangan bergayut (telefon) dengan lelaki "

Diaorang tak pernah melarang sebab aku tak pernah nak buat pun benda-benda larangan itu semua. Alhamdullilah. Even dah merantau jauh ni pun, diorang tak pernah nak soal selidik aku. Kalau aku nak buat hal , boleh je tapi tak pernah pun. Sebab? Entah. Maybe they all kenal anaknya macam mana kot.Huhuhu~Maybe berkat didikan selama ni ditambah pula dengan iringan doa, membuatkan aku adalah aku.

"jangan nak bercinta-cintun" tu memang lah tak releven sebab aku sekolah menengah perempuan daripada form 2 sampai form 5. Form 1 sekolah campur,form 2 and form 3 sekolah menengah harian (all girls), form 4 and form 5 sekolah bersarama penuh (all girls). Cuba hang habaq kat aku, celah mana aku nak bersosial. Yilek. Habis baik pun setakat tengok page kawan lama masa sekolah rendah dulu dekat friendster. Port nak jumpa lelaki pun masa aku gi tusyen dekat Kasturi area KL, dekat dengan central market. Masa form 2 and form 3.Ada lah crush dekat sorang mamat sekolah VI kot tak silap aku. Semangat ni nak pergi tusyen sebab ...faham2 lah ye..heeeeee..Siap tulis dalam dairi lagi, tetapi malangnya dah hilang. Rasanya nama dia akmal kot. Tapi serius handsome....lawak btol lah..

"jangan keluar malam or keluar rumah gi hang out mana-mana". Nak keluar mana pun. Aku dah lah jenis suka duduk rumah daripada merambu tak tentu hala. Lagipun, kalau nak keluar ke mana-mana pun, i prefer to tag along my parents. Because we are always like that. Tengok wayang? dengan parents. Makan-makan? dengan parents. Shopping? dengan parents. Adik-adik aku pun macam tu jugaklah. And we are okay being like that. Cuma sejak dah ada lesen dan dibenarkan memandu, maka aku pun telah officially menjadi 'driver' . Itu pun masa umur 21 tahun. Last year. Dan selepas aku pulang cuti nanti, aku yakin adik-adik ku akan memaksa kakak mereka keluar tengok wayang setiap minggu.

"jangan bergayut (telefon) dengan lelaki " . Dulu aku pernah bergayut dengan bestfriend (perempuan) masa aku pindah KL (form 2). So, kita orang selalu calling2. Gossip pasal dia dengan bf dia la itu ini la..Biasalah perempuan at that age. Sibuk benar nak berkapel-kapel ni. Then, my dad cakap lah borak apa tu sampai lama sangat. Dia tau aku telefon my bestfriend. Then, he starts giving out some insight that make sense jugak  lah bagi budak umur 14 tahun. Bla bla bla..aku tak ingat sangat apa, tapi he said smth about priority. Sejak hari tu, aku tak gayut lama-lama dah. Lagipun, aku tak ada kawan lelaki (sebab sekolah perempuan) and that's why my parents never scold me or nag me about those 'larangan'.Yes, I'm that skema . And I still remember the first call i ever did (calling a boy). We were classmate masa form 1, entah macam mana my bestfriend suruh aku call si lelaki ni. Aku pun nebes (nervous+anxious) pergilah call si mamat ni. Tak sampai seminit kot.Lepas tu hung up. Oh, jatuh saham aku. Yang paling aku ingat, he compliment my voice. heheheh~ *perasan*

Talking about aku yang skema, aku mula drive free-ly masa study di Kuching. Padahal masa lesen P (2 years,) memang tak sentuh stereng langsung. Satu sebab aku sibuk study masa belajar dekat matrix  dan dua sebab aku tak confident nak drive dan tiga sebab my parents are being so protective. Diorang tak percaya aku leh drive. Oleh kerana di rumah hanya terdapat kereta auto, maka aku pun agak kekok nak bawa kancil manual dekat sini. Tapi, berkat didikan kawan aku, lepas 1 hours drive keliling campus, I regain my memory back.Daripada start nak drive around kampus, terus merebak sampai ke bandar Kuching. Engine ter'stop' masa dekat traffic light to common lah. Hehehe..lama2, best gak bawak manual. Bila mama tau aku dah leh drive kereta , dia cakap tak payah lah nak gi Kuching. Aku pun cakap okay. Fine. Memang aku tak jejak langsung bandar Kuching. Even kawan aku mintak drive, memang aku tak drive langsung. Alasan, mak tak kasi. heeeee...Tapi, lama2, mama kasi gak drive. So aku pun apa lagi....

Ke-skema-aan , aku terserlah lagi terutamanya lepas aku involve dengan excident masa belajar  di Kuching. Ayah ada mention, jgn sewa kereta lagi and so on. Aku pun dengar lah cakap mak ayah kan. Almost one sem aku tak drive. Start sem 5 and sekarang je aku drive, tapi dekat-dekat je lah. 

I don't know what makes me being skema , tapi aku fikir apa yang mak ayah nasihat tu semua untuk kebaikkan kita. They know us better then we even know ourselve (sometimes aku ada gak argue with my parents).

Salah satu sebab aku patuh dengan apa yang my mum says because aku selalu fikir something bad will happen to me kalau aku ingkar. Katakanlah aku berdegil jugak nak drive even mama dah larang, what if i really involve in an excident ... So, better ikut cakap your mum. She knows best. And, what you give you'll get back. Apa yang kita buat dekat parents, tak mustahil untuk anak-anak (future kids) kita akan lakukan balik dekat kita. It's karma. So, aku nak jadi anak yang baik in hoping one day if ever aku ada anak (tak kisah lah anak kucing ke, anak ikan ke..:D ) he/she'll be a good kids too..Amin..(sorry for being so cheesy!!)

But believe me, aku pun nakal gak (dulu-dulu zaman muda mudi). Buat orang yang aku sayang menangis.*cerita lama jangan dikenang dong*. Dulu masa kecik-kecik bukan main liat nak solat. Aku rasa dalam adik beradik yang lain aku yang paling liat kot.  Macam my lil brother, even umur baru 11 tahun, tapi sembahyang rajin. Kalau kejut subuh, laju gak dia bangun gi ambik air sembahyang. Tapi, sembahyang express lah.hehehe~ Tapi, as a kid, that's is so impressive sebab ada je adult yang dah jatuh syarat wajib solat masih tak melaksanakan suruhan. Dulu aku tak dapat hidayah (petunjuk). Selalu nak marah-marah (dulu lah, time tak matang lagi). Tapi aku fikir, berkat doa mama aku berubah.Lebih-lebih lagi lepas balik umrah. Syukurlah. Dan dengar cerita 2013 nak pergi lagi. Hopefully,satu family dapat pergi, Amin.

Isi yang aku nak sampaikan ialah, being a parents is never ending job. Especially being a mum. It's start as soon as the ovum meets the sperm (exaggerate..LOL). Kalau kasih sayang cukup, Insya Allah anak-anak tak akan cari 'kasih sayang' yang amat palsu dekat luar sana. Dan doa ibu dan bapa amat 'powerfull'. Kena ingat tu.

I'm blessed to have a family. And I hope you'll feel it too.








Oh ah oh ah oh ah ooo ~



*Currently playing:And Run, He is We*

Kinda wish I had the courage,
A bit of bravery.
So tired of waiting on a man
to come and save me.
Wishing I had everything,
Or something really.
Hard to admit it,
But now I’m thinking freely.
I’m going to open my mind to all these,
New found exciting possibilities.


I’m making all my own plans,
Throwing all my old ones away.
Gonna grow up, Be someone.
Draw a map, find a path.
Take a breath and run.
And run.

Filling my head with words to encourage me,
Gotta get my act so straight so I can truly believe.
That what I’m waiting for, is really worth the wait.
Stop bringing myself down,
I gotta know what makes me great.
I’m going to open my mind to all these,
New found exciting possibilities.


I’m making all my own plans,
Throwing all my old ones away.
Gonna grow up, Be someone.
Draw a map, find a path.
Take a breath and run.

I am trying to get past this,
Be better than I once was.
Tired of waiting, on someone else.
I am trying to get past this,
Be better than I once was.
Tired of waiting on someone else,
I can fix it by myself.


I’m finally taking a stand,
I’ve learned from all my mistakes.
I’m making all my own plans,
Throwing all my old ones away.
Gotta grow up, be someone.
Draw a map, find a path.
Take a breath and run.

~~~~

Let's flip the calendar.
It's June babe.
Gotta be more positive.
Let's draw a map and find a path!