Sunday, February 27, 2011

Bila bosan.


Oh na na, What's my name??




P/S: I'm making a concert right now. So yeah!!!

Can someone come over here 
Sit besides me and make me laugh.
Really hard. Till I shed my tears.


Is there really a laughing machine out there? 
Because I need one right now.





P/S: Life is hard and mundane and  could bore you sometimes but it's okay because you are still breathing. I'm tired and I want to run. Away.

Hannah is now a Vampire.

Hannah Cullen.



Aku dah kata kan yang aku akan bertukar menjadi------>ahli keluarga baru Mr.Cullen..
Semua ni gara-gara tak tidur malam nak siapkan assignment. Tak siap lagi pun..
Kepala berat nie.Haish~


Okay, Bella and Edward dah panggil ni. Nak breakfast..Ciao..


P/S: Mata aku jadi hijau tu maksudnya aku tgh pening. Merah maknanya kenyang. Get it?

Jenis-Jenis lelaki yang buat aku hilang respect kat mereka

Phew, tajuk bukan main panjang tak ingat. Eheh. Harap jangan kecik hati ye jika sesiapa yang merasakan entri ini 'terkena' batang hidung sendiri. Ni ikhlas daripada pandangan & pemerhatian aku selama hampir nak masuk 22  tahun hidup  ini. Ecewah..

Okay,  ada beberapa situasi-situasi yang akan menyebabkan aku "OFF" dengan kaum-kaum adam ni kadang-kadang. Bukanlah bermakna  aku ni feminist ataupun bersikap berat sebelah kepada kaum adam di luar sana bila aku membangkitkan isu ni. Tidak sama sekali ya. Hormat aku masih tinggi pada mereka terutamanya pada ayah, contoh terdekat lelaki idaman aku. *Ehemm*

Kadang-kadang aku rasa kaum adam ini tak sedar atau pun peka dengan keadaan sekeliling terutama terhadap perasaan kaum hawa yang sememangnya memerlukan perlindungan mereka. Mereka seolah-olah lupa bahawa kami=wanita amatlah vulnerable dan lembut sifat secara fitrahnya.Okay, takmo bebel panjang-panjang.Cuba fikir-fikir balik kalau situasi di bawah ni pernah terjadi ataupun anda pernah melakukan perbuatan ini terhadap kaum hawa.

~~~~

Situasi 1
Dalam keadaan yang terkocoh-kocoh hendak mengejar kelas/kerja di pejabat anda perlu menaiki kenderaan awam iaitu bas.Tengah anda berusaha beratur nak naik bas, dan sedaya upaya beratur walaupun barisan dah tak nampak langsung (ni memang aku bengang sangat sebab kebanyakan M'sians memang tak reti nak beratur and respect each other), tiba-tiba sahaja entah datang dari mana datangnya  brader-barader (lelaki) secara terjah lalu potong que dan berebut sekali dengan anda yang berada di line hadapan. Ohh, menyirap darah dibuat nya. Kalau perempuan potong line , boleh sabar lagi. Ini lelaki. 

Ulasan: Lelaki sebegini boleh diklasifikasikan sebagai pentingkan diri sendiri dan sangat tidak gentelman. Sekali aku jumpa lelaki macam ni memang aku dah mark. Memang tak boleh buat suami. Tak kisahlah kalau kau muka handsome macam mana pun. Terus reject. Titik. Cewahh..marah ni tau. Kalau kau betul-betul jantan lelaki, kau akan tunggu semua orang naik, baru kau akan berjalan dengan machonya kedalam bas. Tak ke macho macam tu...

Macam ni kan bagus..

~~~~

Situasi 2
Okay,masih situasi di dalam bas awam/universiti. Dalam pada anda tengah menaiki bas, maka sudah pasti kalau boleh nak dapat kan seat. Selesa sikit dan tak payah berhimpit-himpit  macam sardin dalam bas. Silap-silap hari bulan boleh jatuh tersembam ke bawah kalau tak dapat balance badan. Nak nak lagi kita orang perempuan. Tak ke bahaya tu. Kadang-kadang selalunya daripada pemerhatian dan pengalaman aku, jarang susah sangat lelaki yang dah dapat seat ni nak bangun dan offer seat kepada kami, perempuan. Bukanlah nak berlagak seperti tuan puteri tapi, tak boleh kah anda seorang lelaki yang dijadikan secara fitrahnya kuat dan bersifat pelindung untuk bangun offer seat kepada kami. Ni boleh kawan tu buat dek je sedap-sedap berborak dengan kawan member sebelah. Tak kesian ke korang dekat kitaorang? Lebih-lebih lagi kalau ada makcik-makcik yang dah agak berumur. Tskk, kalau lah si lelaki ni buat donno gak memang aku tak tahu nak kategorikan dia dalam spesies apa lagi.

Ulasan: Aku pernah alami perkara ni masa  di belajar matrix N9. Nak outing kitaorang kena naik bas dari pekan Kuala Pilah. Tau-tau jelah masa outing kan hari Jumaat dan Sabtu.Memang ramai budak-budak matrix yang kebosanan akan either balik rumah or outing  ke bandar Seremban yang jaraknya lebih kurang 45 minit perjalanan. Kena pulak lalu  jalan Bukit Putus yang memang zig zag jalannya berselekoh tajam. Memang pening. Boleh tak bayangkan dalam tempoh 45 minit tu aku dengan kawan-kawan berdiri dalam bas berhimpit-himpit. Sedangkan ada certain budak lelaki yang dapat seat sikit pun tak pelawa nak duduk. Memang jantan lelaki , uh tak tau nak cakap macam manalah. Dahlah pening tau naik turun bukit tu. Nasib baik tak muntah.Lelaki pesen macam ni memang dah out dari list aku. Sekian.

 ~~~~

Situasi 3
Gatal nauzubillah. Tengok perempuan macam nak makan. Tak berkelip mata pandang atas bawah. Ni bukan sahaja sering dilakukan oleh brader-barder malah lelaki yang layak digelar pakcik pun sama jugak. Tengok sekali cukup lah kan. Pandangan ke-2 dan seterusnya kan dikatakan panahan syaiton. Sah-sah kau akan melekat pandang perempuan tu. Untung-untung dah dapat dosa. Nice kan.

Ulasan: Almost everywhere memang benda-benda macam nie selalu berlaku sampai aku rasa kadang-kadang nak pakai jubah hitam yang longgar dengan purdah hitam.

~~~~

Situasi 4
Berlaku di tempat kerja yang tenaga kerja lelaki memang melebih tenaga kerja perempuan. Lebih kurang 80% pekerja adalah lelaki.Kerja-kerja dekat tempat ni memang berat dan memerlukan kerahan tenaga fizikal. Kalau dibanding kekuatan fizikal lelaki, dah sah-sah lelaki akan menang tanpa kalah kan. Itu fitrah seorang lelaki. Tapi dalam pada itu, ada juga segelintir  daripada lelaki ini yang ambil kesempatan terhadap kami, golongan wanita yang lemah ni. Angkat benda berat-berat diarah tanpa kasihan. Kerja -kerja berat memang akan dipaksa juga lakukan bersama dengan alasan, "ape kau ingat kita orang lelaki tak penat jugak ke?"

Ulasan: Ni pengalamn aku semasa praktikal  2 bulan dekat sebuah Zoo. Zoo mana?  Biarlah Rahsia..heeee. Korang faham-faham lah betapa besar nya kawasan zoo ni dan ada banyak section dalam zoo macam section bird, mammal, reptile and etc. Dalam pada itu ada segelintir pekerja-pekerja lelaki yang suka sangat arah-arah kan kitorang trainee perempuan buat kerja berat. Ni bukan nak curik tulang ye. Bila cakap tak nak mulalah nak emo cakap kitaorang budak uni besar kepala sebab mostly diorang ni pekerja am je.Aku tak kisah kena buat kerja tu semua tapi considerlah sikit, aku nie perempuan bukannya lelaki. Disuruhnya kitaorang mesin rumput (ko penah ke buat??) dengan sapu sekali ye rumput-rumput kering itu , angkut makanan untuk haiwan pagi-pagi and then naik lori dengan lelaki2 (boleh bayangkan tak ko sorang perempuanatas lori tu  and yang lain2 adalah lelaki). Tak campur lagi bagi makanan kat berpuluh sangkar and nak bersih kan cage lagi .Makanan2 haiwan ni sangat banyak dan macam2 jenis khas untuk lain2 haiwan + air yang berat bergantang-gantang. Lagi satu aku pernah kena paksa cabut akar pokok apa ntah sebab nak tanam dekat kawasan zoo.Bila tak dapat tarik, siap kena bahan lagi. Giler sioott (kan dah mencarut aku) ah diaorang. Memang memperalatkan habis-habisan bebudak trainee ni. Tapi, bila aku dah pindah section yang tak berapa berat sangat kerjanya macam hospital, aquarium, education or childreen world okay lah sikit. Ada certain group of men dekat one of this section yang really okay. Kerja-kerja berat memang diorang tak kan kasi orang perempuan handle.Itu namanya hormat ye. Tu aku respect sangat. Lagi satu mostly lelaki kat sini gatal gile. Ye, bukan semua tapi kebanyakkannya. Borak-borak lucah dengan kawan2 secara open memang kaw2 lah. Sibuk citer pasal awek tu lah awek ni lah. Then, bila ada visitor perempuan seksi2 or mostly mat salleh diorang mulalah pandang tak berkedip and mula buat ulasan-ulasan berbaur lucah dengan geng-geng yang lain.Yang dah kahwin pun sama naik. Aku memang mengamalkan dasar "kau tanya berpatah2-aku jawab sepatah" dengan lelaki kat sana dan aku buat muka tak mesra.Selamat sikit. Bila time rehat kadang-kadang makan sama-sama dengan geng section. Pulak tu dia suruh duduk sama meja , duduk sebelah-menyebelah (kerusi panjang macam kantin sekolah) ngan geng2 lelaki tu konon2 nak mesra lah. Pttuihh, jangan harap lah. Aku memang tak join and kalau duduk pun duduk kat hujung2.Bermulanya disinilah aku mengenal spesies2 lelaki macam ni. Lagilah aku jadi takut dengan lelaki.


Hai, marah nampak? Tak marah tapi sukaaa sangat. Ye aku tahu yang lelaki memang tak suka diri mereka diubah/tegur/baiki. Lebih-lebih lagi bila yang tegur itu adalah perempuan. Kan kan kan? Fine, kalau one day korang dah  sedar and insaf, baguslah and syukur alhamdullilah. Ni adalah lontaran pendapat daripada diri aku sahaja. Kalau tak puas hati, we'll settle in court. Tapi aku tau kat luar sana masih ada lagi lelaki-lelaki yang amatlah gentleman and sangat menghormati kami, kaum hawa. Yeah!!So ,anda-anda yang gentleman kat luar tu you have all my respect lah brader!! Memang kalau terjumpa memang akan terus cop wat calon suami..Heh...


P/S: Ya, aku bukan perempuan paling sempurna.Noktah.











Saturday, February 26, 2011

Entri tak ada hala tujuan..

Mood sekarang: Malas, Emo (PMS le tu), Separa happy juga

Lagu dalam kepala : Ooh na na what's my name
                              Ooh na na what’s my name (part intro)
                              hey boy I really wanna see if you can go downtown with a girl like me
                              hey boy, I really wanna be with you cause your just my type ooh na3x


Kerja kena buat: Siapkan assignment ecotox, submit isnin ni.

Daily chores kena buat: Basuh kain baju sebakul, sapu lantai, tukar cadar, lipat baju

Rasa: Macam nak jatuh cinta pun ada jugak. Aduii, benci benci benci!!

Rindu: Nak balik seremban. Nak drive kereta gi jalan2. Nak main masak-masak nak baking jugak. Nak tengok astro channel AFC lepas tu lak pa'an datang berebut remote. Demm, aku tak suka kartun. Dulu2 yelah. Pujuk2 nak belanja slurpee, then deal. Aku dapat remote balik. Yeah!!! Tapi sekejap je. Cett..

Berita gembira: Mama dah pos barang2 tadi. Isnin sampai. Yesss, leh workout dengan kasut and dumbell. Oh ya, charger mp3 ku juga...omega 3 softgell 2 botol, seluar slack,sambal gesek. Itu je kot yg aku pesan. Kalau tak ada jugak,  aku akan mengamuk menangis...*emo gila!*

Situasi sekarang: Melangok depan laptop, tak isyak lagi, menaip entri tak ada motif sambil dengar lagu. Ye, bughok punya perangai..Ok, tak da siapa yang masuk meminang aku lepas nie..Fine..Aku sedar aku siapa...*tundukkan muka*


P/S: Ye aku pergi solat pas nie. Lepas tu wat asaimen ecotox..Aku akan jadi Hannah Cullen malam ni..



Use Somebody

 
I've been roaming around
Always looking down at all I see
Painted faces, fill the places I cant reach

You know that I could use somebody
You know that I could use somebody

Someone like you, And all you know, And how you speak
Countless lovers under cover of the street

You know that I could use somebody
You know that I could use somebody
Someone like you

Off in the night, while you live it up, I'm off to sleep
Waging wars to shape the poet and the beat
I hope it's gonna make you notice
I hope it's gonna make you notice

Someone like me
Someone like me
Someone like me, somebody

Someone like you, somebody
Someone like you, somebody
Someone like you, somebody

I've been roaming around,
Always looking down at all I see 


~~~~
Lagu favourite No.1 sampai aku dah naik hafal sebab asyik ulang banyak kali. Hairan, aku masih tak bosan dengan lagu ni walaupun dah berjuta-juta *tipu* kali dengar.

P/S: Kalau ade orang nyanyi lagu ni sambil main gitar dedicate  khas untuk aku maunya 3 hari tak tidur malam. Hilang sifat kemacho-an aku. Cett..

Dia memang kacak.

boleh tak jangan renung macam tu??? nak tercabut jantung...




mata dia




coolio.i have affection for guys with guitar.tapi top rasanya x pandai main guitar.


Gila handsome lah T.O.P (bagi aku.titik). Boleh bayangkan tak mamat yang handsome or hawtt ni dulu merupakan seorang yang montel/chubby/tombam/debot. hmmm..aku tak boleh berapa nak imagine sebab tahap imaginasi aku agak lemah ye. Tapi bila aku ternampak gambar si TOP masa dia berbadan agak lebar ni, terus omg omg terkejut. Oh~he used to fat chubby guy. Okay aku tak suka guna perkataan fat/gemuk sebab bagi aku itu sangat harsh. Dan ya, aku  seorang yang sensitive . Sebab aku minat dia masa dia kurus/ripped without knowing yang dia pernah memalui zaman-zaman seorang yang chubby. Sumpah aku baru tahu. Okay, aku suka mata dia sahaja. Dengan attitude dia yang macam ala2 bad boys tapi dalam hati ada taman you... Heh, pelik gila citarasa kan? Tapi aku tak suka rempitss lah okay. Apa gila? Itu definisi bad boys yang sangat lah  dan amat lah jauh daripada apa yang aku bayangkan. Jangan luaran nampak alim or baik tapi fuhhhh, gatal nak mampos or jahat gila. Nie memang bahaya sangat. Alim-alim kucing lah senang kata.




Top transformation. He's the one in the first row.




Yes, manusia memang sukakan kecantikkan dan kesempurnaan. Aku pun sama. Tapi dah namanya manusia, mana ada yang sempurna. Gila ke apa? Ok, aku mengaku minat dia (eh, bukan obsessed tau! minat macam tu je..ala, esok2 lupa lah tu), tapi aku lebih cenderung untuk jatuh hati dekat seseorang based on his personality/traits. Physical attraction yang meletops/merely perfect hanyalah penambah rasa or icing. Tapi kalau kek tu dah bantat dan tak naik or tak menjadi, icing2 yang lawa tu semua tak boleh cover those cake. Serious. Apa yang penting? Kerjasama..



Dalaman lah beb. Hati mau kena bersih oooo..Even muka cam haremm, tapi bila perangai tu senonoh, sejuk perut hati pasangan. Tak kisah lah kau tu berisi ke, rendang ke, tempang ke, kalau dah jodoh memang tak akan kemana. Yang penting, yakin. Jodoh itu ada untuk kau. Tak di dunia, di akhirat nanti adalah penganti yang lebih baik. Cakap memang senang lah kan. Nak praktik kan memang susahhhh..*nak sedapkan hati*


Lelaki/Perempuan yang sejati akan bersama dengan kau tak kisah la masa kau hodoh/cantik/lebar/meninggi/sakit/tua/nyanyuk, korang akan still ada feel to each other hatta dia dah tak ada dekat muka bumi ni. Wow, hebat kan pasangan macam tu. Memang respect lah orang yang setia.


Aku selalu berharap or kalau boleh nak jadi macam kisah cinta mama. My mum first love was my dad. Titik. Itu sahaja. Wow, suci gila mama tak pernah ada boyfriend. Tup tup, orang masuk meminang. And it was my dad.Sweet.. ..Tunang 2 tahun, umur 21 dah kahwin. Berkomunikasi masa bertunang dengan balas-balas surat. Dating pun gi dengan pakcik aku kat mana tau tak?? Zoo Negara..heheh. Aku still tak dapat baca surat cinta diorang and ayah cakap nanti  one day dia bagi kitaorang adik-beradik baca . Tak sabar nak keji-keji ayah and mama. Mesti skema gila surat diorang. Ye, ayah pernah lah ada cinta monyet,ala tapi tu masa skolah kot..Thank god ayah tak kahwin ngan cik awek dia masa tu..Cik awek ayah aku satu kampung kott..and she's a teacher tooo..omg.Tapi my mum is way hotter than ex-cik awek..mama aku slim yaww..(anak dia? haremmm..eh, bakal slim jugak one fine day!!). Kalau aku dengan mama mesti orang ingat kami adalah adik beradik dan adik aku yang ke-3 mesti orang akan ingat itu adalah anak sulung. Padahal anak sulung dah 20++...See, mama aku memang hott..teeeettt..*puji mak sendiri,kalau tak anak dia sapa nak puji kan*


Aku sampai sekarang macam terfikir-fikir? Jodoh kena cari ke? errrr...macam mana nak cari kan? Kalau terjumpa salah orang or bukan jodoh kita macam mana? Nak try and error ke? Okay for sure lepas aku grad bulan 10 nie topik yang sedara mara and orang akan tanya ialah bila nak kahwin? We'll see for that question to pop out..*wink wink wink nak jawab ape? *


Ha, aku pernah terbaca satu blog (ni bukan nak mengata, tapi contoh tau!!) yang dia rasa adik dia buang masa dengan hanya bercinta dengan satu lelaki then buat keputusan nak kahwin dengan lelaki tu. Dia cakap why stuck yourself with just one man . Ko baru kenal satu lelaki dah nak buat suami. Cubalah socialize kenal ramai lelaki then baru buat keputusan. Sebab the writer ni seems pernah banyak kali bercinta.  Dan dari cara dia menulis, seems that she used to have banyak 'pengalaman' dalam berchenta lah katanya. Tapi aku tau niat dia tak mahu adik dia tertipu dengan kata-kata manis si lelaki tu. Biasalah, seorang kakak kan sifatnya agak protective dan lebih-lebih lagi daah makan garam dulu daripada si adik. Think positive.


Gerun gak aku tang dia suruh adik dia have few experiences with man, then baru decide.  Maybe aku andaikan ianya sebagai berkenalan. Meluaskan pengalaman dalam donia lelaki. Kot la. Maybe adik dia bertuah lah pada pandangan aku. why not terus kahwin kalau instinct dia kuat menyatakan yang dia akan stay dengan lelaki itu no matter what happen. Instinct dalam bercinta ni amatlah penting. Perkahwinan tu kan umpama satu perjudian. Either you win or lose. Ni apa yang my mum used to say one time. Just take the risk and serahkan pada yang maha kuasa.


Yes, I might sound like kekampungan tapi hakikatnyer itu lah Hannah. Bab bab macam nie memang aku tarik tangan. Aku tak setuju dengan cara dia suruh adik dia gi hu ha hu ha dengan few man, then baru decide. Adakah maksudnya dalam kau tgh bercinta, kau akan pasang scandal? I'm SO AGAINST this scandal2 thingy. Kalau dah bercinta dengan satu pasangan, watper lah gatai-gatai nak pasang dua tiga empat spare tyre.Boleh tak setia masa kau bercinta tu?? Ataupun bila dah puas mengayat lelaki/perempuan lain lepas tu bergayut lak dekat lelaki/perempuan lain? Erm, please don't be so cheap like that. Dan jangan sesuka sesuki hati nak hancurkan hati anak orang okay. Berdosa dan ingatlah karma . What you give , you get back..


Kepada yang pernah frust, jangan putus asa okay. Teruskan misi anda mencari pasangan dengan NIAT untuk bersama-selamanya dan mendirikan rumahtangga bersama. Niat tu lah yang aku rasa menentukan hala tuju perhubungan sesebuah pasangan.. ecececeh. Kalau niat daripada awal perkenalan dah tak ada terpesong, memang aku jamin tak ke mana lah hubungan itu. *aku gebang macama ala2 Dr. Love x??heeeee* Eh, serious ni. Dan kepada insan insan kesunyian  macam aku, marilah kita bersama-sama mencari pasangan hidup. Eh, bukan. Aku akan menunggu jodohku di depan pintu rumahku..LOL..



P/s: Impian aku? Bercinta sekali seumur hidup dan terus kahwin. Aku tak mahu pandang yang lain melainkan kamu. Titik.

Kenapa aku ber'blogging'?

Oh, tangan terasa gatal nak menulis tapi minda agak kosong. Buat blog untuk apa Hannah? What was my intention before?? Mencari publisiti murahan? No. Sebab aku tak suka mendapat perhatian dan diperhatikan. Dah cakap kan aku nie pemalu..Bluewwkk..Cumanya aku suka nak mengasahkan penulisan dari minda yang dah lama aku tinggalkan. Rasa otak ni macam dah tepu makin lama aku hidup nie. Tak macam dulu. TAk berkembang dah otak ni aku rasa sejak meningkat dewasa. So, I decide to write something memandangkan aku bukanlah jenis manusia yang pandai "berkata-kata" di dunia sebenarnya.

Oh mann..kat luar sekarang ada bunyi alarm kereta siapa entah nie ...Serious lawak ah bunyik alarm kete dia..Pukul 3.33am kot and it's pouring raining outside..macam bunyik otromen..


Iklan sebentar.


Ye, aku tak pandai berkata-kata. Bukanlah maksudnya aku ni bisu ataupun gagap ye. Aku jenis manusia yang tak pandai mengeksperessikan apa yang aku rasa. I speak less. Uh, sejak bila? Entah, kadang-kadang rasa berat mulut. Tapi aku bukan sombong. No no no. Tapi aku suka kawan dengan orang yang ramah dan ceria sebab aku agak moody and off sikit sometimes. Blame it to PMS okay...Bahahaha..Yes bila manusia ramah bergabung dengan manusia tak berapa nak ramah akan terbentuklah keseimbangan donia..heh. Balance lah kot. Kalau dua-dua sibuk nak bercakap siapa yang nak dengar kan. Dan kalau kedua-dua pihak jenis pendiam memang akan dengar bunyi *cricket*, takpun bunyi kipas berpusing.

Aku suka orang yang peramah, ceria all the times, suka buat lawak sebab aku rasa bila bersama dengan diorang, aku akan senyum. Yes, aku suka orang yang akan buat aku ketawa non-stop and buat aku asyik nak tersenyum je. Bagus, muka ketat ku akan menjadi awet muda sebab manis asyik tersenyum je 24jam. Kan seronok kalau pakwe eh, bakal suami aku macam nie..Teeeettt..

Disebabkan aku ni jenis tak expressive, maka aku  memutuskan untuk menulis sesuatu di blog. Atleast, apa yang terbuku di hati dapat aku luahkan. Sebab aku juga seorang yang tak suka kepoh-kepoh nak cerita something hatta problems dekat sesiapa. Not even to my bestfriends, my sisters even to my parents. Ye, saya seorang yang begitu. Pathetic?

Memandangkan aku bukan manusia yang kepoh, maka kat sini sahajalah tepat untk aku meluahkan segala benda dalam kepala otak yang berkarat ni. Yelah, dah kata aku nie berat mulut, kepoh-less lak tu maka segala masalah hatta ketidakpuasan hati hanya mampu diluahkan di sini.

Aku ada tulis journal dalam buku. And best pulak bila flip-flip balik apa ang ditulis 1 tahun/ 2 tahun yang lepas. Tapi, part yang tak best ialah bila aku tertinggal diari aku dekat umah. Yes..macam mana nanti kalau mak aku bukak drawer and terjumpa diari itu. Dahlah aku nie balik masa cuti sem sahaja. So, lantaklah..NAk baca? Bacalah..

So, bila tulis something dekat blog sekurang-kurangnya aku tak akan tertinggal "my writting" anywhere sebab it's here. And boleh retrieve whenever, whereever. Yeah!

Err, hari tu masa cuti sem my wan a.k.a nenek tegur aku .


"Kenapa kakak diam je?" Masa tu on theway nak ke uitm. Maksu aku ada graduation ceremony.

Aku duduk sebelah mama the driver. Wan duduk belakang with atok. Seat belakang lagi my siblings + maksu.

I was speechless and fikir-fikir nak jawab apa ye.

"heee..tak ada benda nak cakap." dengar tak dengar je suara aku balas.


See, even my grandma pun sedar yang bahawasnya cucunya nan seorang ini tidaklah segirang/seceria/seleser macam dulu-dulu zaman muda kanak-kanak. Yes, i've changed. A LOT. Even sekarang aku rasa susah betul nak start a conversation with the parents/grandma-grandpa/aunties-uncles/cousins. Sebab selalu tak jumpakah yang meneybabkan aku jadi speechless????? Oh, aku tak suka...

Tapi bila aku dengan my sisters , i'll be another person. Cakap benda merepek-repek. Ketawa buat lawak bodoh. Especially with my 2nd sister yang baru form 3. Yang lagi sorang tu which is 20 is very opposite to me. Lemah lembut and baikkkkk gilaaa and alim sikit  banyak dari kitaorang berdua. Keh keh keh..Aku and ani (2nd sis) adalah evil sisters. Kalau bergaduh sehari dah baik. Tak leh lama-lama. Aku selalu kutuk dia and dia kutuk aku okayy. Bila dah jauh, aku selalu kacau wall dia dekat FB. Hehe,nasib ahh..Sumpah aku akan jadi manusia yang lain bila dengan dia. Aku bebas nak hodoh-hodoh ke, nak melawa or camwhore sensorang ke, nak makan comot-comot ke, nak terkentut ke, nak bagi tau rahsia or berita penting ke, nak bergossip pasal kawan-kawan dia ke semua aku boleh inn. Padahal dia baru form 2 kott..Heh, but really rindu ah kat ani. And dengan pa'an aku selalu sakat-sakat sebab dia satu-satunya anak lelaki dalam adik beradik. Aku ejek dia anak angkat sebab muka dia gelap. Yelah, suka benor main bolalah, main beskal lah, swimming lah and budak lelaki memang lasak gila. Mulut boleh tahan gak ah..rasa nak lempang-lempang je mulut leser budak laki umur 11 tahun (bulan 9 ni).

"eh along, kenapa gigi along terkeluar yang satu tu?"  like WTF..(eh, in real life aku tak mencarut okayyy..serious). ye, gigi aku agak berterabur sikit. memang nak pakai braces tapi sebab selalu delay maka aku memutuskan nanti-nantilah. tunggu dah ada duit nanti baru wat. lagipun bukaknya kronik sgt. Kawan aku kata comel. lol..i don't give a s**t about that la..

"along ni gemuk lah.tu  lah makan jangan banyak sangat" LOL..tersentap makk..nie  dah banyak kali kena ok..sabar je lah. this matter, i do give a s--- (four letter word) about that and it's keep bothering me...

kadang-kadang mama defence aku . "nanti along kuruslah tu.tak baik cakap org macam tu."...thanks mama!!!muahhhsss..

"along kena masuk biggest loser ni. Nanti bleh kurus macam orang tu" selamba je cakap masa tengah tengok the biggest looser kat tv.

Gila observe orang tak ingat dunia kan pa'an?Tau lah dia tu kurus kering sampai nampak tulang. Karang malam-malam datang meneggek nak tidur ngan aku. Buat muka manja-manja gedik-gedik. Malam malam dia terus jadi budak baik yang cakap elok2 okay..Sebab? Nak tidur sebelah aku. Tskkkk...

"Along, nak tidur ngan along" sambil menggendeng kat sebelah aku. Rimas gile.
"Tak boleh. Nanti pa'an tidur lasak"
"Ala, boleh la. Dah lama tak tidur sebelah along." Buat muka sedih. Aku kan bukannyer selalu ada kat rumah.

Dah lama lepas dia memujuk, and berada dalam bilik orang perempuan (bilik my sis), mulalah dia sibuk mengacau ani. Diorang tu memang kuat bergaduh. Sangat. Mulalah tarik rambut. Cakap kuat-kuat. Hoh, tak tahan aku.So, untuk  meredakan suasana, aku jugak yang kena buat something. Kengkadang aku biarkan je. MAlas nak layan.

"Pergi ambik tilam cepat!" aku jerit.
"Yeay, leh tidur ngan along." Cepat2 dia lari gi bilik my parents amik tilam.
"Okay, nanti jangan nak peluk2 along . Kaki tu jangan letak atas kaki orang. Geli tau!" Pa'an nie habit dia sukka tido rapat-rapat dengan orang pas tu letak kaki dia atas kaki orang lain. Aku ni dah la penggeli.
"Yelah. Nak letak kaki pun tak boleh" merajuk ah tuh. pttuuih..dan dia pun terus zzzzzzz...dengan mama leh lah ko bermanja-manja. Dengan aku? Jangan harap...hehehe..Sorry pa'an ..Don't worry, I still love you eventhough pa'an tak gosok gigi ke, tak suka mandi ke, suka keji2 along , tapi I know you'll grow up being a wise men like ayah aite?

Ha, baru ingat. Dia ni emo gak.Suka pot-pet bising macam murai. Kengkadang angin tak tentu hala nak marah aku sebab paksa dia buat Kumon. Dia tusyen kumon tapi pemalas gila nak buat homework. Kengkadang aku kena drive hantar dia gi tusyen and dia mulalah buat muka , buat perangai gila tak mo gi tusyen. Memang bertengkar hebat ah masa nie. Aku stok kakak yang garang ye.. Memang menguji keimanan. Macammanalah nanti kalau dah ada anak sendiri. Haish..

Dengan darah daging sendiri, aku memang jadi aku. Tak payah nak sorok apa2. Rahsia aku, keburukkan aku, semua diorang tahu  kot and we are still brother and sisters after all. Si along yang selalu bangun lambat bila balik rumah. Si along yang bengong tak center buat lawak bodoh pas tu gelak sendiri. Suka menyakat. Mengeji. Nyanyi kuat-kuat lepas tu kena keji. Mengutuk. Well, dengan mereka-mereka in sahaja aku jadi Hannah yang sebenar. Gila nak bergurau kutuk-kutuk dengan anak orang. Aku tak buat kot.

Bila dengan orang lain, aku akan jaga hati mereka. Yes, si Hannah jadi budak baik. Sebab, bila dengan orang asing, tak tau lagi macam mana penerimaan diorang terhadap aku. But, dengan darah daging sendiri, no matter what happens diorang akan accept along mereka yang tak sempurna ini. Tak kisahlah bughok macam mana pun peel aku ni. Tskk..rindunya kat semua!!! Yeah, thah't the beauty of siblings..And aku bersyukur ada sibling macam mereka.!!

So, Hannah yang orang lain kenal mungkin berbeza dengan Hannah yang my siblings kenal. Buruk baik aku dalam poket diaorang. So, nak tau apa2, just ask them lah okay..heeeeeee....

Walau ape pun, aku masih dalam proses nak jadi a better person...

so, if hati aku terbuka dan dah bersedia nak un'private' kan blog tak semenggah ni, korang akan taulah the reason why i end up writting all the unscientific stuff here. It's because aku tak tau nak cerita dekat mana lagi. Kesiankan?? heeeeeee...Dan aku tak berniat nak cerita benda-benda berat pasal masalah dunia ke, scientiffic stuff ke and etc sebab kat sini hanyalah tempat untuk aku luahkan perasaan dan menulis my daily rant. Oh, buat masa ni aku masih private kan blog.

Enough said.

Friday, February 25, 2011

Aku seorang pemalu!

Okay, aku memang pemalu + penyegan + confidence level 50-50..*pengakuan ikhlas dari hati*. Lebih-lebih lagi dengan jejantanz or nama lain nya lelaki. Dalam hal ni tidak termasuk ayah and pa'an. Tuh lain citer la..Diorang dua je lah lelaki dalam hidup aku setakat ni..Ececeh..*serious*


Eh, x faham. Kenapa nak kena tulis benda-benda nie??? Owh okay. sebab aku terpengaruh dengan entri dekat sini!! Sebab terbaca macam-macam entri pasal 'relationship'. Bila dah cakap pasal bab ni mestilah ada sangkut paut antara lelaki Vs perempuan. Nak gebang lah gak pasal citer 'relationship' aku yang lepas-lepas..jeng jeng jeng..











Ok tipuuu...verangans lah nak ada 'relationship' ape kebendernya. Nak borak dengan lelaki?? Harooom jadahnyer lah. Mak ni dah lah penyegan. Serious aku tak tau apesal dengan aku ni. Sentiasa awkward dengan bangsa-bangsa bernama lelaki ni. Ini kisah benar!

Ok fine masa kecik-kecik time sekolah rendah ada lah kawan-kawan lelaki. Biasa lah tuh kan. Start ade crush lagi tuh. Masa darjah satu( awal gile dh start suka suka orang ni..) nama dia Amirul..Darjah dua tak ada..Darjah tiga pun sama gak. Darjah empat si Alif..Darjah lima tak ada. And last skali darjah enam aku minat kat sorang budak nama dia izzat..Kah kah kah..lawak gila ah. Izzat ni kan suka tau sakat aku. Kitaorang start kenal masa tusyen dekat rumah teacher apa ek? dah lupa nama dia. Dia suka sangat ejek2 aku..benci ai tau..tapi dalam hati sudah mula tersangkut. si izzat ni bila nampak je aku mulalah ejek2 panggil dugong. Okay, memang sakit hati sangat tapi aku leh lak minat kat mamat nie.. Adeii...Tapi kengkadang aku ada gak aku menyampah gila dekat dia rasa macam WTF ?? haaa...tapi masa tuh tak derlah mencarut. Aku budak baik lah gak..heh..Then, kitaorang ditakdirkan untuk berpisah. Start sekolah menengah aku masuk skolah lain dan dia skolah lain. Frust gila lah sebab dah tak jumpa dia.

Form 1 aku skolah campur. Aku masuk sekolah harian biasa tapi aliran agama. Tapi bertahan sampai setahun sahaja sebab my parents had to move to KL. Yeay, aku suka sangat masa tu sebab dapat pindah sekolah. Rasanya tak tahan ah dok sekolah sesama berlawanan jantina. At that moment aku rasa macam tak selesa gila bila bercampur dengan lelaki. Aku dalam mind aku dah set yang lelaki in semuanya gampang (ape ek maksud ni, tak tau..lalaala) dan suka ejek-ejek orang. Dah lah my close friend mula start bercinta cintun. Minta si polan si polan lah. Adehh..aku kadang-kadang kena selesaikan masalah percintaan diorang. Tapi tah apa kes aku pernah telefon m classmate lelaki nama dia Syafiq. Ya Allah, that was the first time I called a boy. Aku dah lupa kenapa and sebab apa aku call dia tapi aku sangat ingat yang dia cakap suara aku sedap. LOL...Itu lah first time and ever okay aku telefon lelaki. Sumpah sekali tu je..Reason? Tak ingat. malueeww..

Sekejap. Aku rasa aku dah start berchatting masa time form 1 guna mirc. Cett..and masuk channel sekolah lagi tuh and ter'berkenalan' dengan sorang mamat form 2. Jeng jeng jeng.. Okay ntah macam mana my friends and me dapat his hp number. And aku start texting dia but dengan identiti yang aku reka-reka sendiri. Masa tu aku dah pindah Kl. Gila tak senonoh kan. Ntah apa-apa lah aku dulu ni. Orang sibuk nak ada pakwe dia pun sibuk gak. Peer presure lah katakan. But kitaorang just sms je lah. Tak ingat tulis pasal apa. Dah lama sangat dan aku nie kan ada short memory span.

Oh ya masa form to untill form three aku sekolah perempuan. Yeay for that. Aman gila okay. Tapi sekolah ni sangat-sangat strict. Menyampah gila. Berkat mama aku berdoa and bernazar (tanpa pengetahuan aku), aku berjaya dengan cemerlangnya dalam PMR. So dapat lah merasa masuk sekolah berasrama penuh lak time form 4 sampai form 5. Juga disebuah sekolah berasrama penuh nun di selatan. All girls school yaww..

See, start masuk matrix barulah aku mula terdedah kembali dengan bebudak lelaki. Crush time matrix?? Adalah sorang dua. Ala, suka cenggitu je. Tak masuk hati pun..hehe..habis matrix dah tak ingat..Cett..

Uni time?? Mulalah open sket. Had few conservation conversation. Yelah, nak buat assignment mesti lah kena cooperate dengan diorang kan..Nak tak nak. So, aku berlagak cool lah . Tapi aku dengan lelaki non muslim bertegur lah gak kalau terserempak dengan diaorang dekat kafe ke, dekat tengah jalan ke. And  with my own classmate  dalam lebih kurang 13 jantans  tu, ada 4 orang lelaki yang aku langsung tak pernah berborak hatta bincang pasal assignment or apa2 ke..huhu~semua tu lelaki melayu lah. Yang lain2 adalah tapi tak rapat mana. Takat bincang assignment itu biasalah and itu sahaj hubungan kami.Titik.

Crush time uni. Ermm, jap nak kira (budget banyak). One chineese guy yang merupakan seniors cum ajk dalm debate club (serious berkarisma dia nie. Stock speaking speakang and dia sangat tahu semua issues dan smart). Second, my own lecturer ( ni merupakan laki orang ye dan dia  pensyarah muda yang berkarisma. now even aku jumpa hari2 pun dah tak ada perasaan..aku bersyukur sgt sbb dah tak minat dia..yeay!) Third, one  malay senior that had a chinees look (nie minat gegila siap stalk FB dia okay...). Tiga je ke? Rasanya itu sahaja..Ehh, ada lagi sorang, a guy I met in Bahasa Arab class..heheh..Okay total 4 orang sahaja ye.. Now?? Dah tak minat sesiapa lagi.Heeeee...

See aku ada pengalaman setakat crush-crush sahaja. No more than that. Call me lame or conservative. I care less. Sebab aku still berpegang kepada prinsip kalau dah jodoh, tak ke mana. Cehh, nak sedapkan hati je nie..Hehehe..

Sombong? Memang aku muka ketat pun. Tapi dalam hati siapa yang tahu...Bercouple? Oh aku tak terlibat kot Sebab masa couple nie sure ko akan menjadi bukan diri sendiri dan asyik-asyik nak bergaduh. Nie mengikut pemerhatian aku lah sebab pengalaman memang nehi lah kan. Lambat angkat tepon, dituduh curang pulekk..ada je modal nak gaduh. Tak ke membuang masa tu? Buang tenaga and penat tau!Aku yg tengok pun lelah inikan yang tuan punya badan. dan aku tak suka benda2 leceh macam ini. Harap-harap aku tek terjebak dalam cinta-tak-matang....Kahwin terus boleh?? NAk anak comelzz plisss..LOL!

yeay I know... I know nothing about a guy and so what??? Yang penting aku sayang ayah aku..teeett..dia hero aku No.1..

Thursday, February 24, 2011

Mid sem macam tah apa2

hari nie terbaikk sekali sebab pagi tadi aku tak gi kelas pagi. yeah.kenapa kenapa tiap kali aku dah bersemangat gosok baju kurung the day b4 class mesti end up akan terlajak bangun dengan subuh pun terlepas. sorry prof. sy terlewat bangun tidur. Pergh, alasan mantap gila nak bagi kan. Dah lah attendance this sem WAJIB. If more than 20% tak dtg maka cannot sit for the finals. HUh, time2 ni lah nak kuat kuatkuasakan rules cenggitu. Dahlah aku pernah 2x tak gi kelas Prof tuh. Terbaik lah...

Dan terbaik juga aku berjaya do all the "to do list" yg di setkan semalam. Kecuali satu benda je yang aku gatal tak boleh buat.

1. Study Inland .tak berapa nak study sgt..ceh..
2. Basuh baju (tak lipat lagi ada kat ampain dalam rumah)
3. Sapu lantai bilik
4. Sorok broadband. ini tak berjaya..siap boleh stay up stalk blog and gelak sorang2 sampai kol 4am. Mana tak terlepas kelas pagi. Ampunnn kan diriku Ya Allah.

I'm so Miss - Last - Minute - Cool - Takberperasaan.. Midsem jek..Perghh. Bajet otak tuh processor intel centrino ker . Hati dah lah gelap banyak dosa . Macamlah boleh ingat bila baca sekali jer. Dah lah tak smayang Isyak lagi nie..Tskkkk..Mandi pun idok lagi nie..

Oh aku sangat tah ape2 sekarang ni. Rindunyer nak jadi budak baik..

Okay, aku benci jawab midsem tadi. Aku benci exam sebab kita kena baca buku hafal sebijik2 dan muntahkan jawapan dalam exam. Bila habis je exam haram satu benda tak ingat. Huh~Kenapa aku jadi cenggini??????? 

Masa tgh exam aku macam buntu. Yelah, baca pun last minute. Subjek Inland and Coastal Fisheries. Ikan2 gittu.. Ingat aku suka ke? Tak suka tapi aku still kena belajar. Dah sem akhir kot. Kena redho and maintain lulus. Nak grad tak mo extend. Pas tu nak gi blajo masak-masak. Perghh..nak jadi cheffff...hohoho..

Aku suke jer nak balaja culinary, tapi aku tak sure sama ada dengan belajar culinary maka akhirnya aku kena menjadi seorang chef. Chef?? Gila berpeluh tung tang tung tang flip pan dekat kitchen. Nak layan order lagik...Customer nak cepat jer kan...Lambat kang kena potong gaji.. Seswai ke pompoan keje chef?? Nanti dah kahwin cam nerrr ??? Ankanda and suaminda kat umah tuh camnerr??Ini bukan keje office day yang sabtu and ahad rest. Keje tak tentu masa kot..Lebih-lebih lagi time festive day.And "me time" lak camnerr? nak bali kg tgk mak ayah algi. Nak berhuhah dgn beshties..Oh~cannot imagine lah.

Oh, I don't have any idea. Yang aku tau aku suka masak-masak and itu je lah yang aku terror  tau pun. Hahah..Minat and aku rasa aku leh gi jauh lagi kot dalam bidang nie. Cehwah...

Nak wat camner, baljo idok lah cerdik mana. Nak harapkan bakat? Nan ado. Okay, pas grad nak keje kat secret recipe Senawang pas kumpul duit sikit-sikit leh wat belaja byr apa-apa yang patu time masuk uitm. Er, macam lah ayah kasi aku nak keje. Tah tah kene duk umah sementelah bibik pun baru je balik indon. Huhuhu~bagus sggggtttt...terbaikk!!!Aku kene jadi bibik kott..
Masa cuti ni lah kena spend time ngan mama ayah wan atok ain ani pa'an and jumpe kwn2 lama g berkurun tak jumpa. Yay, leh ronda-ronda sendiri. Tak yah nak harapkan mama n ayah. That's what i loikee...

Wah, perancangan hebat btol Hannah oiiii...Nie thesis tak start lagiii..mampus..

Btw, hr nie x workout sbb badan soring lg. Esok pasti. Insya Allah..

Wednesday, February 23, 2011

Hari sihat sedunia..

Okay, hari ni lebih kurang sejam setengah yang lepas aku telah memulakan pelan mari sihat sedunia!! yeah, selepas berbulan-bulan cd workout Cik Jill ditinggalkan, baru tadi aku ber mandi peluh. Nie tgh keringkan peluh sebelum nak mandi and solat maghrib. Semangat jugak nak tulis.

Mesti lah. This time around, aku berazam, bernekad, bersemangat, dan ber ber yang lain untuk memulakan my fitness journey. Takmo dah jadi bam bam. Nak ripped abs, firm arms, tighs and etc. Yang penting, SIHAT dan CERGAS. Yeahhh...

Tak kisah lah berapa lama masa yang diambil untuk buang lemak-lemak nie, tapi akan kuusahakan juga untuk menjadikan badanku ini muat untuk menarung kebaya gittew..verangans!! Oh, girls can dream you know..

Kasut sukan and dumbell tertinggal di rumah masa cuti hari tu. So, mama dalam proses nak hantar pos . Selama nie sejak bukak sem baru aku asyik menjadikan alasan yang kasut and dumbell tiada untuk tidak bersenam a.k.a melompat-lompat setempat di dalam bilik ku ini. Namun, di hari yang hening ini, aku memutuskan untuk buat cardio kickboxing bersama kak Jill mantop..Pheeww, berpeluh2 seh. Ada gak stop dekat sana sini sbb dah lama benor tak workout. Ending, aku rase cam pening and loya. Kenapa ek begitu. Sebab dulu-dulu pun pernah gak alami perkara sebegitu masa mula-mula nak start workout. Tapi bila dah lama, okay lah..x fening dah..

Hannah, berjanjilah dengan dirimu bahawa kamu akan commit untuk bersenam 3x seminggu okay!!! Istiqomah....Insya Allah...

Wokey, malam nie pas makan malam mesti study. Esok nak midsem Inland. Jangan nak menghadap laptop jer baca  skodeng blog orang..

List to do this night:

1. Study subjek Inland and Coastal Fisheries
2. Basuh baju guna mesin (sbb kat luar mendung, nanti camner baju nak kering)
3. Sapu lantai bilik
4.Sorokkan broadband

Cara Castronouva

 Hotness!! Ehem, presenting my girlfriend personal trainer..ahakz..in ur dreams la Hannah!! Smart gile gambar ni. And she is so 1000x hott...

Aku yang perempuan pun suke dekat dia inikan lelaki di luar sana. Please, nak badan maca cara...Please...

Okay, gi exersice sekarang!!!

Tuesday, February 22, 2011

sama muka?

pssst..tadi my housemate cakap dia tersempak dengan a guy that looks like moi...hahaha..weih, serammm...lelaki muke macam gue??? dekat uni yg sama? siapakah itewww????
hoh, aku x kuasa nak tanya banayk2..just sengih jer...

siapa ekk lelaki tuh?? muka sama or badan pun sama saiz??? huhuhu~

Monday, February 21, 2011

Kawan Kahwin

Oh, saya adalah sangat gian nak menulis. Tadi macam dah rangka apa yang terpendam. Mood adalah agak baik ye untuk waktu sekarang. Hehehe..Oh sekejap..lagu apakah ni dalam radio..jiwengss sgt..x sukaa!! Kata macho kan.Mana layan lagu fesyen serabut cenggini..Inikah namanya cinta yg dicari yadayaa...oh~lirik x boleh belah..

Ape ek nak cerita..Oh, semalam kawan lama masa sekolah menegah dekat JB kahwin. Tahniah kepada beliau. Umur 22 (thn ni) dah kahwin. Bagus bagus. I'm soo happy for her . Ramai gak kawan kawan lama turun dekat wedding dia tadi. Aku of course la tak pergi. Tengok dari FB je lah. Kalau duduk semenanjung sudah tentu akan ku usahakan pergi.

Wow, kahwin dalam usia 22 tahun pada zaman ni memang agak rare. Tak ramai muda mudi yang tengah hangat bercinta akan ambil keputusan utk kahwin dalam usia yang amat muda. Lebih-lebih lagi pasangan sama umur dan masih menuntut lagi. My friends tu still studying lagi kat Melbourne. Rasanya husband dia pun sama gak. Tapi ye lah kan, tahap kematangan tak terletak pada umur . Maybe umur je nampak muda dan macam eh, tak matang lagi kot nak kahwin nie tapi persetankan itu semua kerana ada je orang yang kahwin muda and Alhamdullilah bahagia je aku tengok...My mum lagi lah, kahwin umur 21 kalau tak silap..awal nyer..

Aku? Nak kahwin..no no no..not yet for now..eheh, bukan tak nak kahwin, tapi bukan buat masa sekarang. Calon pun tak nampak lagi batang hidungnye, mancung ke idok hidung tuh, ni nak citer kahwin pulek...Nak bangun pagi secara istiqomah pun agak lemah, inikan pula nak jadi isteri orang. Banyak lagi yang aku kena baiki diri. Luar dan dalam. Nak jadi isteri, ibu, kenalah bersedia mental dan fizikal. Dan aku rasa aku belum cukup matang ataupun mampu untuk pikul tanggungjawab yang sangat besar tu. Tak sempat lagi aku nak berbakti dekat mama and ayah. Nak belanja adik2. And mana ada duitt nak kahwin..Macam mana nak tempah baju sepasang dekat Rizalman...hehehe..

Oh, merepek pasal kahwin, esok ada midsem tak study apa lagi okay. Tak tau bila nak insaf nie...Oh~

Saturday, February 19, 2011

perlu berusaha. perlu sangat. tapi aku tak gerak-gerak pun. argghhh..bosan + confuse. Don't know where to start and benci bilik bersepah..hahaha..benci gak kain x basuh lagi...

benci ah semua..benci sebab aku x call rumah lagi. benci sebab tak tau nak cakap apa and tak ada mood nak cakap.next week ada 3 subjek mid sem. satu pun tak berusik lagi.

aku tak suka negativity tapi tak dapat nak elakkan sebab aku bukan ratu positive yang bila bila masa boleh bertukarr jadi positive.hmmm, banyak dosa kot. sebab tu satu kerja pun x jalan.

kenapa aku selalu persoalkan kenapa orang tu mcm tu? kenapa bukan aku mcm nie. and lately jugak aku perasan asallah aku mcm negative semacam. iskkk..x leh jadi nie...

owh hannah, toloang diri awak sendiri sebelum apa apa terjadi. aku sedar tak ada sesiapa yang boleh merubah diri aku melainkan diri aku sendiri.

yes, aku memang nak berubah. ke arah lebih baik. baik dari semalam yang telah berlalu.

tolong hannah. tolong berubah.

Saturday, February 12, 2011

Bila dah cinta, kentut pun bau wangi~pttuihh..

Bila baca post lepas-lepas (macamlah banyak benor tulih), kelakar gile tengok my own writting. Memang ntah ape ape. Tak ada motif dan agak ke laut. Awal awal entry memang fikiran agak celaru and sedikit emosi di situ. Arghh, itu kisah masa silam. Cehhh....

Bila check balik, banyak sangat salah ejaan. Padahal mak cikgu bahasa Melayu. Eh, tak ada kena mengena sebab mama tak pernah ajar or buat tusyen dekat anak-anak dia kot. Orang luar tusyen dengan mama adalah..Tskk..

Okay, aku rasa fikiran aku tak waras masa tulis entry berunsur "tak ada motif". Atau tajuk lain nya adalah ciri-ciri lelaki idaman..pttuih..loya jap tekak mengenangkan kejahilan semasa menulis entry tersebut. Bagi penampar boleh??

Bila di fikir secara waras, aku rasa memang semua makhluk tuhan dalam dunia ini baik lelaki/perempuan mesti pernah berangan-angan nak calon isteri macam lisa surihani ke, or suami macam cristiano ronaldo artis korea ke. Bajet Hot lah tuh kan ..

Aku rasa aku manusia yang amat kejam dengan berfikiran sebegitu. Kenapa? Sebab katakanlah Allah dah tetapkan bakal calon suami aku merupakan seorang jejaka Melayu jawa (contohnya),maka dia adalah jodoh aku . Pung pang pung pang, cinta sana cinta sini end up aku berkahwin dengan jejaka Melayu jugak rupanya. So, how lah???

That's the beauty of jodoh. Tak boleh nak kata ape. Benda-benda macam ni (having bunch of so called list of a perfect husband/wife to be) akan buat kita makes expectation. And living with HIGH expectation is like living in your own dreamland. Selama-lamanyalah tak berpijak di bumi yang nyata.

Aku tengok mama and ayah bahagia je. Diorang tak pernah kenal/bercinta sebelum kahwin. End up, serasi sehati berdansa. I'm tottaly blessed with a happy family and thankful for that. Alhamdullilah. Masalahnya anak dia  yang seorang nie ha..kui kui kui...

Tapi sejujur-jujurnya, i am always look up to my dad. Aku selalu pasang niat dalam hati moga-moga aku dapat calon suami macam ayah. Sebab, aku rasa ayah perfect dimata ku yang rabun ini. Handsome? fuh, hero kampung tuh...ketua pengawas sekolah, ketua pengangkap sekolah, u name it...kikikkiki...semua ayah bolot..kalau tak handsome, tak kan lah ayah awal2 lagi dah ada awek (siap ada gambar lagi tuh time sekolah menengah).

Kebaikan seorang ayah biarpun ayahku bukan hero filem Korea :
  • Ayah tak panas baran (dengan anak2, sebab tu aku spoil...hohoho. Tapi mama citer yg ayah aku nie agak hot tempered orangnya.. kalau staff buat hal, garang gilos okay...huhuhu~).
  • Ayah tak berkira hal duit (pemurah dengan semua orang)
  • Ayah peramah (ni ciri-ciri yang aku tak ada..memang ciri-ciri ni dapat kat adik last aku tuh).
  • Ayah berkaliber (dalam kerjaya).
  • Ayah  dulu-dulu orang susah, tapi last-last jadi orang berjaya.
  • Ayah bertangungjawab (anak sulung lelaki. muda remaja dah cari duit nak tolong keluarga.Ayah pernah save duit nak hantar kampung sampai berlapar and makan roti je. Tak ada nak makan kepsi ker makan sate ke and joli2 katak dengan kawan2 dia masa time mula2 keja dulu..sumpah sedih bila dgr balik citer nie. Tiap2 bulan mesti nak kasi duit dekat arwah wan and atuk kat kampung )
  • Ayah has sensitive part (cepat kesian kat orang.Pas tuh kalau cerita bersamamu, ayah menagis tengok org susah..Haaa..nie memang kontra ngan aku sebab aku suka cover macho..I'm more like my mum..)
  • Ayah berilmu pengetahuan dalam hal ehwal agama (good imam, semayang terawih tak pernah miss.Sembahyang wajib lagilah mana boleh tinggal. Memang complete ciri-ciri suami soleh Insya Allah)
  • Ayah sayang mama sepenuh hati. (Aku honestly tak pernah tengok ayah marah mama or diaorang bergaduh. And ayah tak pernah marah-marah mama. Mama je yang pernah bebel2 manja pasal ayah..Bila ayah kene bebel manja2 lite dgn mama. Contohnya, ayah aku nie suka beli benda/barang dengan amount yang banyak dalam satu2 masa. Nak guna ais dua kampit, dibelinya ais 6 kampit. Nak kicap sebotol je, dibelinya 3 botol. Tak ke over bebenor tu? Prinsip ayah, tak boleh benda tu berkurang, but if berlebih tak apa. Iskkk...terbalik ngan prinsip mama lak..surprisingly, ayah buat dekk je..Siap bantai buat lawak adalah..Padahal mama serius marah nie..sebab tabiat pembaziran nie selalu sangat..)
  • Ayah selalu puji mama. (mengeji pun ada gak..hahahaha..mengeji secara manja gitu,sebab mama punya english tak the boom..adik aku yang last pun lagi terrer vocab dari mama. so,bila mama salah pronounce something, mulalah ayah aku mengutuk..heh heh heh...Tapi ayah selalu puji mama sebab mama pandai memasak, pandai urus keluarga, independent women, memang ciri-ciri isteri pilihan lah..Ayah lah orang yang selalu sibuk-sibuk suruh kitaorang anak-anak perempuan masuk dapur belajar masak, padahal mama rileks je.)

Agak-agak, hero filem Korea  tu ada tak ciri-ciri macam ayah aku nie ek????? Musnah pelamin anganku..Cettt...

Ayah memang perfek di mata aku. Ya, ayah memang ada kekurangan. Itu lumrah sebagai manusia. Kau bukan manusia kalau kau sempurna segala kan? Ada banyak senarai-senarai "why I heart my dad so much that sometimes i forgot to say i luv you to him". Bila fikir-fikir balik buat apalah aku nak emosi sangat dengan ayah sampai  sanggup tahan tak  call rumah konon-konon merajuk lah..Kebaikkan ayah, kasih sayang ayah sangat banyak. Sebagai anak yang so called "terasa", kenapalah aku tak pandang 1001 kebaiakan ayah dan hanya mengenang 1 mistake yang ayah buat.

Serious aku berdosa dengan ayah. Last Saturday ayah call, aku boleh jawab endah tak endah. Gila kejam aku. Aku berborak sekejap je dengan ayah. Aku tahu ayah sedih jugak. Aku kan manusia paling ego dalam dunia. Aku tak suka nak tunjuk emosi aku dengan orang. Aku pun tak faham perangai aku nie.

Lepas off hp, aku menangis. Gila kan aku. This past few years aku rasa (sejak Sept 2010) aku banyak buat salah dekat ayah. Sebab aku rasa ayah tak peduli perasaan dan kemahuan aku. Bull shit lah semua tu. Aku je buta tak nampak kasih sayang ayah. Tau tak, sebenarnya bila kita buat sesuatu yang sakitkan hati orang yang paling kita sayang, in the end sebenarnya kita menyakitkan hati kita sendiri. Cuba lah buat..Aku pernah cuba. Lepas tu, aku menangis sorang2 sebab tak tahan..

Aku harap aku dapat jadi manusia yang dapat sayang semua orang sekeliling aku sepenuh hati. Aku tahu aku manusia paling tak sempurna, dan aku harap Allah jodohkan seseorang yang dapat sempurnakan diri aku.Amin.


Pesanan kepada diri: Malam nie, call ayah. Wajib.Sila buang Ego jauh-jauh ke laut

Monday, February 7, 2011

Me against the world

Salam and good evening..

Oh la la la..I didn't know what to write and here i am trying to write something. Tomorrow going to be monday and the start of classes. Luckily this semester i just got 4 days of classes to attend and i'm free on friday. yee haa but not just yet because i have soft skills classes which is compulsory to attend in order to graduate . And still i have 7 more classes to attend to.

I just come across a blog and i'm lovin it. It's sis hana fedora's . She blog from uk and she's doing her Phd in her mid 20's. Coolio..Such an inspiration. Deep down I really want to pursue my studies into another level. The highest as possible as it could be. But..ehem...I want to start fullfilling my dream and passion in culinary industry. I am nowhere to begin with, especially this is a hands on learning skill and experience that i must obtain from the beginning.

I have to start from the very bottom and scratch in order to pursue my callings. Taking diploma. I'm planning on that right after finishing my degree.

I admit that I did not do much cooking or baking back at home. I barely bake a cake. The last time I bake was when I am 21 . It was last year when I'm on my semseter break. I did make chocolate muffin and it was success despite of the off taste. It's still a stepping stone for me and I cherished what I've done. And I did try new recipe and most of them was just an average. Some turn out okay some was just bluewkk..It's like a science experiment..

For what I'm certain cooking and baking is what I like to do the most and something so soothing and I am so into it. I am way than an expert per say. There is way too much that I still don't know and I'm really looking forward to do so..

So..I'm trying to the best in my degree right now. Finished it up smoothly & enjoying every last minute in this "mad science world"..

Goooo Hannah!!!
Let's met in 5 years to come,
Chef Hannah Haykhall.

Quoting from Hana Fedora's : Life is too short to not to work hard. her word struck me and makes me ponder oh how I've spent my life. How hard have I really put to achieve my dreams. I admit, I was never the type of girl that really struggle on something.

I have to make a change. Really.

Sunday, February 6, 2011

berita hari minggu

Good day and good morning world!!!

Tadi pagi bangun awal. Around 4.30 am..Period. nak terkucil. Buat apa yang patut. Then mata memang tak leh lelap. Lagipun aku lately tidur tak tutup lampu. Apa kes??? takut gelap. Lagipun aku tak ada bantal peluk sejak sebulan yang lalu.Pencapaian yang hebat. Tidur satu bantal sahaja. Bantal yang aku guna sejak sem 1 (ayah belikan) dah bushuk and tak leh guna lagi.Nak beli bantal baru rasa tak worth it sebab aku dah lamapa kat sini. sem akhir kot. Ingat nak beli bantal kecik tapi tak terbeli lagi. Nantilah.

Owh, aku sangat tak productive sepanjang cuti CNY nie. One week was wasted. No assignment done. Mahupun memulakan kerja-kerja menulis thesis. Ape lah nak jadi dengan aku ni?????

Aku sehabis boleh tak mahu emotional. Fikirkan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan mood. Nak fikir positive je. Tapi kadang kadang tak mampu..

Best baca blog orang lain. Macam macam berlaku. kita rasa kita susah dan malang, tapi pada hakikatnya ramai lagi yang worse dari kita. Aku tahu aku tak kuat. Anak manja. semua nak dapat. Tapi bukanlah aku ni anak jutawaan . Jauh sekali. Tapi syukur hidup aku tak pernah susah. Cukup segala serba serbi.

Memanglah manusia macam aku nie tak pernah nak berhenti sesaat dan berfikir. Bersyukur banyak banyak dan jalani hidup sepenuhnya. Sebab kita tak tahu bila jantung ni start berhenti mengepam darah. The end of life. Bila aku agak insaf, terfikir juga arah mana jalan hidup aku ni? Kemana hala destinasi nak aku tuju? Apa matlamat aku dalam hidup ni? Aku hidup lama mana ? Apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup ni?

Terfikir jugak, tapi typical me aku tak fikir dalam - dalam sangat. Ignorance is bliss kata orang. Tapi ignorance membuatkan kita hanyut pada masa. Sedar-sedar kita dah lama tinggalkan 10 tahun yang lalu dalam hidup kita. Membazir...Aku tak nak jadi manusai macam tu. aku nak live to the fullest.

Pada usia 22 tahun (bakal genap 22 Mac nanti), aku tak rasa aku dah matang benar dan kuat. Tapi aku pasti dalam keadaan terdesak yang menghimpit, manusai akan berubah daripada keadaan selesa sebelumnya ke pada tahap yang lebih matang. Aku harap aku dapat jadi manusai yang dapat berfikir sebelum bertindak dan kuat menghadapi hidup.

Pencapaian hidup? Oh malu nak cakap sebab aku tak rasa aku dah berjaya. Pelajaran? biasa biasa sahaja. sebab, aku benci sistem pendidikan yang asyik-asyik EXAM. pelajar diukur berdasarkan tahap pencapaian peperiksaan. Kalau banyak A, lagi bijak lah budak tu pada pandangan umum. Tak payah nak bohong. Kita memang dah dibrain washed sejak dulu untuk accept semua ni. Upsr aku 3A 2B, Pmr 8A, Spm aku 3A 7B..
Baca buku buat latihan sampai nak muntah. Lepas exam campak buku, terus lupa semua. Itu akulah tu, tak kata orang lain.

Kemahiran hidup yang lain macam social skill, berucap di khalayak ramai, self esteem? lagilah hancus..Aku rasa kalau survival skill macam nie ditekankan oleh parents or sekolah sejak kecil lagi, budak budak ni termasuk aku akan jadi lebih 'wholesome' student. kemahiran sukan ke, and seni. Aku ni dahlah buta seni, sukan pun tak aktif masa kecik-kecik. Eh, time kecik kecik dulu aku rajin je main basikal kat luar umah. Aktif gak lah. Petang je mesti nak keluar main.

Aku berubah sejak meningkat akhil baligh. Mula timbul rasa, eh gemuknya aku..atau pun eee, jerawat dah tumbuh.. kenapa masa awal kanak kanak dulu aku tak kisah pun pasal self esteem bagai? Aku ingat lagi aku merupakan kanak-kanak yang amat lantang bersuara dan banayk songeh. Mulut pun boleh tahan puaka. huhuhu~nasib lah...Sebab masa tu mind aku free. Tak fikir apa-apa pros and cons..Bila dah remaja or awal dewasa ni terlau banyak sangat fikir sampai aku rasa aku dah hilang the essence of myself. Diri aku yang sebenar-benarnya. Hilang.Dan aku adalah makhluk Allah yang lain amat sekarang ni. Nak aja aku ulang kan masa kalau betul time machine tu wujud. Tapi benda-benda tu kan mengarut je.

Aku tak salahkan sesiapa. mungikn sebagai parents , diaorang dah lakukan sehabis baik. Tapi manusia kan mana ada yang sempurna. Dalam mengejar kesenangan dunia, mengejar tuntutan mencari nafkah harian, mungkin mereka ingat anak-anak okay. Dah besar dan tahu berfikir. Tak perlu dibimbing. Jurang umur memisahkan bila kita tak lagi berumur 10 tahun. serious aku jealous tengok adik aku. Rileks je borak-borak dengan mak ayah. Aku? haram..tengok moodlah. Kadang kadang aku banyak nak cakap, tapi aku tak tahu nak mula macam mana. Aku nie ego banyak aku rasa. Rindulah nak jadi macam budak kecik. serious. Masa kecik kecik naik motor dengan ayah. Pergi kedai..Main air terjun. Wah indah indah bila jadi budak budak.

Kadang kadang aku tengok binatang macam semut ke or serangga, aku terfikir asal aku tak jadi macam semut ek? Senang je hidup. Masuk syurga. Sebab dia tak buat dosa. Aku manusia banyak buat dosa, ada tanggungjawab besar. Masuk syurga? Belum tentu lagi. Takut bila fikir macam ni. Sebab hidup or nasib kita ni tak pasti. Anything can happen bila Allah dah tentukan.Ada sebab kenapa aku hidup dan lahir sebagai aku. Fikir positif okay..

Happiness is the state of mind Hannah!!! Kalau kau nak happy, bila bila masa je boleh happy okay!!! chill sudah...

Saturday, February 5, 2011

Your Song



Haven't you heard?
I'm stuck on a verse
I'm stuck on a boy
who fills me with joy
I knew I was wrong
to jump straight on into
this picture so pretty
But he is so pretty to me

And he doesn't know
just how far I would go
Just to kiss him
He doesn't know I pine

So I make whirlpools
And watch him sparkle
And we'll make love make magic

And haven't you heard?
I thought I had first
And he loves me so
We're two in a row
Just look in his eyes
They're blue as the skies
a picture so pretty
but he is so pretty to me

So I make whirlpools
And watch him sparkle
And we'll make love make magic

But I couldn't tell you
Just tell that it takes you
'Cause words don't make
what I make with him

Haven't you heard?
I'm stuck on a verse
I'm stuck on a boy
who fills me with joy
I knew I was wrong
to jump straight on into
this picture so pretty
But he is so pretty to me



~~~~ 


Lagu ni tajuk nya Your Song. From Kate Walsh. First time dengar masa tengok cerita Angus & yada yada (tak ingat tajuk penuh).Lagu ni merupakan lagu yang aku akan bukak setiap kali on internet. Buat setakat ni lah. Aku memang ada habit pelik. Kalau dah suka satu-satu lagu, memang akan di'replay' BANYAK KALI Sampai satu tahap, aku dah hafal lirik lagu tu. And, aku akan stop bila dah bosan dengan lagu tu. Dari sangat suka, terus jadi lagu yang biasa biasa sahaja pada telinga aku ni.

Obsesi memang tak best. Sebab at one point, kita akan suka/attached dekat sesuatu. Then at another point , we'll let go sebab dah tak minat/jemu. OMG, macam mana pulak kalau perkara nie jadi dalam relationship ??Ok, tak nak bayangkan. Itu lain cerita lah...

Bila dengar lagu nie, aku bayangkan kisah seorang girl yang in love dengan a boy. But, she is secretly in love with this boy. And this lucky boy tak tahu pun yang dalam diam di sedang di'stalk' (intai)..Uhuhu~He dosen't know  I  pine...( maksudnya pada pemahaman sendiri), this girl was hurt or sedih sebab apa yang dia nak sampaikan tak kesampaian....

So, she decided to make a whirlpol so that she can see the boy.And I'm in love with this part of the this song: So I make whirlpools ,And watch him sparkle,And we'll make love make magic...So schweet...Can I fall in love now, please???

This girl bukan setakat "crush" , tapi aku rasa dia memang "in love" dengan that lucky boy...

Tapi aku tak nak jatuh cinta. Buat masa sekarang. Sebab?? It's magical okay. Aku pernah baca motivational entry from one blogger (international blogger), if kita dah jumpa the other half, we'll knew it. It's instinct. All things will fall in to places just accordingly. And she says more, the one meant for us will never makes us turn out to be different person but she/he will makes us a better person. 


 



Friday, February 4, 2011

Keluar berjalan-jalan

Yesterday eh, tadi pagi keluar pergi beli barang dapur. Ceh, barang dapur sangat. Padahal duduk kat hostel jer pun..bukannya masak bagai siap ada kuali dapur gas semua. kat kolej aku tak disediakan kelangkapan memasak. Kalau lah pihak Universiti bermuarah hati sediakan pantri, dah lama aku angkut microwavefree kat rumah hasil rembatan ayah main golf. Serious microwave tu duduk sorang sorang dalam kotak. Sian die...

Around pukul 10.45am, gerak dari kolej dengan kawan sejati Cik Mar. Dia dari lab, aku dari bilik. So, aku dengan segala rendah hati pergi menjemput beliau di Fakulti. rajin ooo ini orang. Cuti CNY pun gigih masuk lab. Aku? Eh, rajin jugak laaa... Cik Mar buat molecular science nyer projek, so sebab tu agak susah nak buat dan kena berebut barang / lab dengan bebudak Biotech. Aku budak kos cikai2 je beb..

Ape yang dirembat ye?? Bahaya, bahaya. Mana boleh pergi shopping tanpa "list". Ibarat nak sedekah duit kat tokey supermarket jadinya nanti. Aku memang ada habit untuk tulis apa yang nak dibeli sebelum pergi shopping. Karang ntah apa2 yang tak perlu jadi barang wajib untuk di beli..

Foods:
  • Eggs. Done.
  • Black pepper instead aku beli Mc Cormick Hot Chilli Powder. Black pepper tak ada.
  • Mayonaise (small) terlupa nak beli. Haish..
  • Low Fat Hi Fibre Jacobs (tin besar) Done
  • Fruits (oranges-stock for a week) Nan ado. Section buah semua tak menarik, buah semua x semenggah
  • Kiub perencah Done. Aku beli kiub sup bunjut, ikan bilis, serbuk mee sup(1),serbuk bihun sup(2).
  • Tuna in water. Done.Beli 3 can. Tuna flakes in water (2), tuna tomatoes
  • Oats (besar) Done. Beli yang kecik 2. Satu kaler biru, 2 lagi kaler merah.
  • Kacang kuda. Nan ado.
  • Prunes Sunsweet Nan ado. Ini lah ang aku paling nak sekali!!!!
  • Mineral water 1500ml (dozen). Jenama Borneo tak ada. Spritzer 5.5l je ada, so amik je lah yang ada.
  • Baked beans. Done. Beli 230g 3 tin.


Non-Food:
  • Ubat gigi Tak ada yang aku nak.
  • Shower Foam Shokubutsu tak ada. Tension. Dahlah terbeli salah s.foam..
  • Penyembur baju. Kat store ni tak ada..
  • Cologne lovelia (kaler pink) Pink kaler tak ada. Biru je. Kat kedai bau wangi. Bila try balikkat bilik rase cam pffftt. Bushuk..
  • Sabun basuh Daia white (kecik). Tak jadi beli sebab tak ada. padahal ade je yang jenis lain.

Lain Lain
  • Kertas A4 (satu rim). Sumpah terlupa!!!
  • Payung. Done. kali kedua dalam semester beli payung..asyik tertinggal and tersengaja tercicirkan..
  • Tupperware. Tak jadi beli. Sebab dah sem akhir. tetiba fikiran waras datang menjelma and cakap. TAK PAYAH.

Barang yang "terbeli" :
  • Roti bun red beans. Tak patut beli.
  • Nescafe Neslo. Patut beli
  • Pencucui muka Bore Facial Lift Expert (kecik punya). Emmm..patut beli kot..
  • Berus sabut nak cuci sental dinding berlumut dlm bilik air. 100% wajib beli. Dari hari 2 terlupa nak beli.


See. Even dah siap segala list pun boleh terlupa dan terbeli sesuatu di luar kawalan voluntari otak, inikan pula bila tak buat list. Kalau tak ada list lagi bahaya.

Lagi satu tadi aku makan KFC. Cik Mar lah nie, mengidam KFC. Dia nampak iklan dlm tv yang ada promosi baru tambah fish nugget (fish cake?? lupe). Terus dan dan nak beli. Aku pun join sekaki..Kuang kuang kang. Entah berpaa ribu kalori lah teroverdose hari nie..

Moral of the story, make a detail list a day before going out or lebih afdhal lagi seawal yang boleh..Lebih cepat kenal pasti apa yang kita nak, lebih efisien masa yang akan di spend kan di shopping mall..

Tapi shopping kat sini tak best.Barang yang aku nak semua tak ada!! Uwaaa... kenapalah tak ada tesco kat sini...???

Thursday, February 3, 2011

My Ideal Type... Dan Calon Calonnya Adalah...


Wah wah
Tajuk kelas you all.
Apakah motif nya aku buat entri macam ni??
Hehehe. Mentang mentang tengah cuti CNY padahal assignment and thesis tak siap lagi okay.
Duduk lah tercongok melayan internet. Tapi tak layan FB sangat. Memang pembazir masa NO.1..

Okay, kalau korang rajin tengok variety show korea or even tengok drama drama korea, sure pernah encountered "ideal type". Ala, artis artis korea nie selalu cakap ideal type men/women dia mcm nie, mcm tu lah.. 

Situasi 1..
(Variety show:  We Get Married)

Nickhun, 2PM and Victoria ,F(x).. Nickhun cakap Vic memang ideal type dia. Masudnya, semua ciri ciri wanita idaman kalbu nickhun nie adalah insan seperti Victoria.Eh, korang faham tak? Ala, nie variety show yang pasal pasangan yang tak berkahwin lagi tapi diaorang dijodohkan secara olok-olok. These couple akan jalani kehidupan as if diaorang adalah married couple. Best gile. Tapi overrated sikit lah sebab aku rase tak semua aksi-aksi pasangan bahagia ini adalah real. Maybe itu adalah fairytale..Oh, aku bukan lah seorang yang hopless romantic ye. Aku suka tengok orang orang ang romantik, tapi aku sangat lah macho...ehem..

Situasi 2..
(Rancangan bual bicara-random)

Pengacara selalu je tanya si artis nie, what is your ideal type of men/women? So, si artis A akan cakaplah ciri-ciri ideal women dia adalah pada artis cantik manis SNSD si Yoona..Contohnya lah... Aku adelah tengok Strong Heart dekat youtube or kadang kadang amik dari hard disk kawan kawan. Dari situ aku start tengok variety show Korea. Kelakar. Dari situlah aku akan kenal lagi dengan artis artis Korea...Siyookkk...

Berbalik kepada topik di atas, ehem ehem ehem *bersihkan kahak*  so aku pun nak cerita lah my ideal type pulak. Mana aci asyik diaorang je ada ideal type. Aku pun nak jugakkkk...Agak agak aku suker jantan jejaka yang bagai mana ya? 

Dan Calon calon nya adalah *sila baca mengikut intonasi ala ala Anugerah Skrin siap ada bunyi drumroll bagai*























Remy Ishak : The Macho Men




Nickhun (2PM) and Victoria (F(x))





Daesung (Big Bang)







T.O.P (Big Bang)





Kim Hyun Joong




And this award goes to......









lalalalala...semua pun tak menang..boleh lak macam tu ek?? Wei, semua tu too good to be true lah. Wake up Hannah. You are in real world lah. Tak mungin jejaka-jejaka hot di atas merupakan husband-to-be kamu...






Justifikasi pemilihan calon calon husband-to-be Hannah:

Calon (a). Jejaka melayu terhebat lagi terhangat di pasaran. Aku just suka ciri ciri "kelakian" yang sering dipaparkan dalam drama drama hits lakonannya. Dia nampak HOT dalam iklan Dashing youuu...ahaks...

Calon (b). Nickhun 2PM. Ha, awek sebelah dia tu lah Victoria. sweet tau diaorang dalam WGM. Suka suka. Nickhun ni terkategori dalam kumpulan lelaki jambu. Tapi ripped tau. Abs ketol ketol menggugat rasa. Tapi, aku tak adalah obsessed sangat dengan dia. Just suka tengok dia je..*hopefully you are going to be  real husband to Victoria!!!*

Calon (c). Daesung Big Bang. Start jatuh cinta dup dap kali pertama tengok dia dalam variety show 2 day 1 Night dengan geng2 Big Bang. Owh, saya suka dengan jejaka yang ceria, suka buat lawak, talkative, nakal nakal beriman (eh eh??), dan yang pentingggg tak kontrol macho!!!! Dan dan dan saya juga suka sekali suara daesung oppa . saranghae oppa!!! (geli nak mamposss..)..*Ikhlas tau nie, aku mmg suke lah suare daesung, soft jerk...opssss...*

Calon (d). Top Big Bang. Owh, abang oppa nie aku terjatuh hati, eh bukan tersuka dia sebab..eheh, malulah pulak nak reveal...*tunduk muka* Suka TOP sebab dia ada ciri ciri "bad boy".. apekes pulak nie nak suka lelaki macam gini kan. Memang ciri ciri tak boleh di buat laki ni (macamlah dia nak kat aku kan). Suka mata dia yang sangat tajam dan muka yang sedikit nakal..Lelaki yang baik sangat pun tak thrill kan.....(ayat tak boleh tahan)..Jejaka yang nampak kasar/badboy looks tapi dalam hati ada taman looks very macho to me *muntah...*

Calon (e). Erk, maaflah kawan kawan. Aku tak berapa "in" dengan jejaka jejaka jambu. Ye ada segelintir yang suka jejaka berpenampilan macam ni, tapi idoklah pulak teman suke laki lagu ni..Aku rasanya tak berapa boleh terima konsep "lelaki comel". Dalam kepala otak aku nie tertanam imej jejaka = lelaki = sifat kelakian yang tiada tandingan  ecehceh... Cute = Girls ...


So kesimpulannya Cik Hannah yang sedang mencari calon calon husband-to-be mempunyai impian angan angan bahawa her ideal man is a combination of "manly guy" + "humorous" + "mischivious" + "beriman".....Kaya raya itu additional value yang penting jugak ye  kawan kawan ku!!*dasar materialistik keduniaan semata mata. tidak bermanfaat langsung untuk kehidupan seterusnya*


 



P/S : ape cer denga pilot MAS tu?? Opssss....Nantikan siri calon calon suami pilihan kategori hemisfera Barat....Ni kan ciri ciri calon suami hemisfera sebelah timur...Tolong lah insaf Hannah oiiiii...