Sunday, September 30, 2012

Pulang

I'm not going to be here, so often after this. Sad.
Masa untuk refleks,rehat,regenerate.
No internet connection.
Focus on reading books rather than browsing on the net aimlessly.
No blog,facebook,tumblr.
I'll be writting a journal on daily basis.
Kalau boring, tengok tv dengan wan.
Tak pun baca buku.
Tak pun bersiar-siar ke pekan Tampin. Haha.
Masjid Tanah pun ok jugak.

Lepas tu nak 'lepak' kan fikiran
Nak fikir dan rancang kehidupan untuk masa depan
Fikir dan fikir dan cari solusi
Untuk lebih kuat dan matang
Harapnya.

Nak balik kampung ni.
Bye!


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, September 28, 2012

Girly girl


I guess I'm becoming one.
Starting to be.
Bahahaha..
Ok.Tak lawak.







Like seriously, I need a blusher brush. Ehemm..Sejak bila pakai blusher ni?? Haha.Instead of investing Rm15 for one stick of brush, why don't just I invest on eyebrow,eyeshadow,lips brush kan? Dah tak payah pening2 nak beli lain. Rm 25 sahaja.





This thang will be needed to finish off ze makeup. Haha..spray sahaja..Nie adik yang ajar pakai. Sepatutnya kakak yang kena ajar adik make-up, tapi yeahhh..hahaha..fyi, my sis is just 16.

Still, stay true to yourself.
Stay positive.
With or without make up, love yourself and embrace your flaws. Of zits and blemishes , and those acne scars.
Be whole, and hold on to your self value!

Keep calm & put your make up on girls!!
:)

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, September 25, 2012

I used to

t




It's movingggg...

My gigi.
Haha.
Impressive.

"eh, gigi kau dah sama la. Besi tu dah tak senget2" adik tegur.

Sepantas kilat lari tengok cermin.

"a'ah laa..dah allign" aku separuh menjerit. Sumpah selama ni tak perasan.

Weeeee..
It's getting there.
Esok ada 2nd appoinment.
Tukar getah baru *suka*, ketatkan besi *tak suka*

Tukar getah maknanya boleh pilih warna kesukaan, kalau adalah kan.
Ketatkan besi adalah azab selepas sehari ia dipasang.Nak kunyah sakit oooo..
Adalah seminggu hazab. Hopefully boleh tahan.

Emm, it's almost a month ++.
Cepat jugak progress.

Ulcers pon tak ada sangat.
Maybe sebab aku rajin gosok gigi. Haha.
Obsessive.
Bagun pagi gosok, every after meal gosok. Malam gosok lagi.
Kalau banyak makan, banyak kali lah gosok.
Mouth wash guna time nak tidur or pagi.

Nasib dah biasa sebab sebelum pakai braces pun aku memang gosok gigi every after meal. It's a habit. Lebih-lebih lagi lepas minum coffee. Paling malas pun berkumur lah kan after meal.

Now kalau keluar kena siapkan toothbrush,interdental toothbursh,toothpaste,cermin. Wajib!!!

Lepas makan kena check gigi. Wajib! Sure ada jee makanan terselit. Hahaha..now aku obsessive cermin. Silalah bersabar dengan saya okay! Kalau keluar makan dengan family or close friend maybe diorang faham or tak segan nak tegur kalau ada benda terselit celah braces kan. Cuba kau pergi makan dengan client ke, date ke, bakal mak mertua ke , tak ke haru? Haha..

Siapa yang pakai braces mungkin faham kot, kan?

- Posted using BlogPress from my iPad

50 of love


Today's my dad 50th birthday.
We didn't prepare anything.
Knowing that he'll be busy all day long, not even remembering his own birthday.
Yeah, he's a one busy man. Very.

Superhero at 50, now he is.
Time flies really fast.

Masa aku kecik-kecik dulu tak reti duduk diam. Still bawah setahun rasanya waktu itu. A baby I am. Haha.

One day, time makan atas meja aku telah terjatuhkan/tertolak cawan kaca.
Pranggg..pecah berderai.
Ayah, dengan sepantas kilat try to save me sampai terduduk atas kaca.
Takut aku yang jatuh kena kaca tu.
Do you love me that much ayah?

Teringat waktu dekat Kuching dulu, 2008.
Ayah yang teman masa mendaftar kolej. Round campus semua. Shopping barang.
He stays in Kuching at that time. Kebetulan pulak. Masa 1st yr, 2nd sem ayah dah transfer semenanjung balik.
He always want the best for his daughter.
He always tak kedekut and berkira.
Kadang-kadang bila dia datang visit aku, bawakkan macam-macam. Salah satunya dia suka sangat belikan kacang yang kena kopek tu. Yang dalam peket tu. Aku tak suka kacang-kacang nie..lepastu dengan biskut la (banyak), yougart drink la (2 ke 3 botol) buah epal or grapes..sebab ayah suka makan buah-buahan sometimes dia beli buah mata kuching sarawak or manga yang super sedap then bagi aku suruh share dgn housmate..

Aku tak pernah mintak pun, tapi dia bagi jugak...
Ayah memang macam ni.
Kalau kita pesan beli satu botol air ke, nanti end up dia beli dua or tiga..
Selalu macam tu.

Then knowing that i'll be using a laptop nak buat assingnment, ayah siap belikan lagi provided with a 3 in 1 printer. Laptop tu kaler hijau. Dia nak belikan kaler pink, tapi dah habis time tu.

Tak lama lepas tu, time kitorang round2 plaza seberkas one day...ayah belikan aku camera pulak..senang nak bawak pergi fieldtrip, kata dia..emmm..baru bukak cerita pasal fieldtrip kat ayah, terus dia suruh beli kamera.

Then midsem break ke, festive break ke bila aku nak balik semenanjung, tak pernah dia kata tak boleh. Spoiled kan? Haha..

Lagipun, lepas accident i'm having a mental breakdown..so rasa nak balik dan tak nak duduk dekat sana menebal.

Akhirnya, habis jugak belajar. Konvo bulan 10 nie. Dalam tak suka, habis juga kan?
Bittersweet.


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, September 24, 2012

Lullaby

It's a tiny weeny space
White
I like it here

Madness
Golorious

I need to sleep now, but i just couldn't

No, I ain't thinking about you

I hope I could watch myself grow thru this white space
In between the hustle and bustle of my mind

Dear white space
We have a very complicated relationship
It seems so
Love-hate
Hate or love?

Dear white space
I want to shut down
Of Everything
And restart anew
Would you still let me in?

Dear white space
Stay here, be with me
Be my company
Listen to myheartbeat
Don't turn your back on me

Between these empty spaces
There is you



- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, September 23, 2012

1,2 Step


Coffee makes me happy.

I am happy.
Thanks coffee.
You made my day!

Supersonic so hypnotic...oppssiee..
Oh ya, chef cuyrus is sooo my type.
Hewhewhew..

Tahu tak siapa?
Sila tengok aizat:pecah rahsia, then you'll know.
Oh, he's funny and funny and funny (kriteria utama), good cook, handsome (just the way i like) haha.
Ermmmm..


Haih...
Angau.
Bye.


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, September 22, 2012

Yang namanya perempuan


Perempuan itu memang selalu lembut hatinya
Tak semua, tapi memang fitrahnya begitu
Lembut tetapi tegas. Lembut bukanlah bererti dirinya lemah

Perempuan itu rajuknya tidak sampai sepurnama
Diamnya tidak lama. Marahnya hanya seketika
Kerana hatinya selalu terpujuk sendiri

Perempuan itu berjalan menunduk malu
Malu itu perhiasannya. Lambang pekerti diri
Bila hilang malu hilanglah diri

Perempuan itu matanya bening
Suaranya halus berbisik berhati-hati menutur bicara
Menguntum senyum percuma pesona mata memandang

Perempuan itu sederhana sahaja peribadinya
Bukanlah emas permata berkilau itu hendaknya
Mahupun seluruh isi dunia yang dikejarnya

Kerana dia senang sahaja berada dalam kelasnya yang tersendiri
Dalam anggun santun dirinya yang asli
Meskipun dia bukanlah puteri lindungan bulan

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, September 20, 2012

Ultimatum

It feels like nothing actually.

Oh, so it's her, gumam aku dalam hati.

Aku tak tahu reaksi apa yang sepatutnya aku rasa. Aku jadi heartless. Yes, that's the perfect word to describe how I felt.

Heartless.

At the same time, aku rasa lega. Lega , sambil menyeka airmata yang entah bila muncul.

So, it's her.....

Semoga malam ini aku akan lebih nenyak tidur.
Dan untuk hari yang mendatang.

Au revoir.


Love you ayah!

What kind of person you are?

/////

Saya sayang ayah saya.
Sebab? Dia tak sayang sangat kereta dia, tapi sayang saya 'lebih'. Haha.
Emmm..macam ni cerita dia *mood kepochi*


" Kenapa ada 'dent' dekat belakang kereta along tu? Langgar apa?" mama menyoal.

Opsss..nampaknya mama dah perasaan. Haha. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. 2 hari aku dah 'sealed' mulut.

"Masa kelam kabut nak cari rumah kawan adik .... bla bla bla .... lorong kecik ... bla bla bla ... reverse ... terlanggar ampaian besi rumah orang ... "sambil telan air liur aku explain.

"Ooo yeke. Itulah ayah tanya mama kenapa. Mama pun tak tahu. Tapi ayah cakap tak apa, asalkan selamat" mama bagitahu sambil senyum.

Oh yess! Haha. Dah agak pon. Ayah takkan marah.

"Ni kena tarik lesen memandu selama seminggu ni.." mama bergurau.

Patutlah haritu aku nak drive pi KL mama tak kasi. Hmmm..Next time lah nampaknya.

Itu adalah ayah. Cuba kalau aku drive kereta suami aku one day nanti, agak-agak aku tercalar kan kereta dia or ter'accident' ke time guna kereta dia, mana yang dia pilih? Kereta dia or aku? Mana yang dia risau, 'aku' ke 'kereta a.k.a bini no.2 ' dia.

Semalam aku pergi rumah someone dengan kawan. Kebetulan pulak, dia baru accident. Terlanggar tiang mana entah sampah pecah cermin belakang rav4 suami dia.

Sampai je rumah tu aku pun saspen la kan tengok kereta macam tu. Si suami kat luar rumah macam tengah 'hot'. Dok belek-belek kereta. Marah la tu.

"Kak ana mana bang?" kawan aku tanya si suami

"Hah, ni keje kak ana kau la ni..tengok ni.." si suami bebel-bebel dengan muka ketat.

Actually, kitaorg nak jumpa 'isteri' dia je. Nak hantar barang. Masuk rumah nampak lah muka kak ana ni sembap. Baru lepas menangis kot.

Hmmm..

Nak dapat suami penyejuk hati ni macam rezeki jugak kan.

Macam manalah bakal suami aku nanti? Haha.













Nikah

Tak susah, tak juga mudah.
Semenjak dua menjak ni, aku jadi sidekick to my friend that's getting married this coming friday.

Run errands here and there.

Ramai yang fokus pada perkahwinan semata-mata pada 3 hari penting yang bakal mereka lalui. Nikah, beersanding (sebelah lelaki), bersanding (sebelah perempuan).

Emmm, aku rasa macam ada something yang kurang.

Saat-saat akhir nak diijabkabulkan, baju nikah tailor lambat siapkan, hantaran tak complete lagi, tudung mak tak jumpa yang matching lagi......dugaan.

Siannya jadi pengantin..stress!!

Aku tak taulah turn aku macam mana nanti.

Aku prefer bersederhana daripada semua segi, fokus lebih kepada kehidupan selepas '3 Hari' tersebut, fokus menjadi lebih baik before getting married, timba ilmu agama + rumah tangga + parenting + finance blablabl..

Yang paling penting, harap semua usaha kearah 'membina masjid' diberkati. sebuah pernikahan yang mendapat keredhaanNya. Parents pun happy (a blessed marriage is important!) penyatuan 2 buah ikatan kekeluargaan. Dan kita kahwin ni pun sebab nak masuk syurga samasama kan?

Ah aku ni tulis je pandai kan. Haha. Emm, yang baik kita cuba ikut dan berlatih baiki diri mana yang tak baik ambil iktibar. Jangan sibuk jaga tepi kain orng, tapi fokus memperbaiki diri sendiri hingga tak sempat nak cari kelemahan manusia lain.

macam khalil gibran pernah tulis, perkara yang sama membahagiakan kita adalah juga perkara yang sama yang menyakitkan. Pain and joy are one in the same.

Orang yang paling kita sayang boleh jadi juga orang yang sama buat kita menderita.

#just saying and quote it here. so i coud share and keep it in my long term memory

Monday, September 17, 2012

Whatever, I don't care!


Apa-apa sahajalah. Lebih baik fikir begitu. Malas, sesak kepala otak nak fikir lagi.

/////




Kronologi semalam (16/9 hingga sekarang, 17/9)

Ermm..ini untuk open house esok (hari ini)
Ye aku tak tidur lagi ni. Tengah tunggu blueberry cheese tart seperti gambar di atas siap.

Tengah hari tadi, baked cucpcakes...bla bla bla...adalah dalam 100++ biji..frosting dia buat pagi nanti.

Petang sikit, pergi giant dengan mama + adik no.2, hantar flusk 8 bijik yang super godang + container + periuk belanga dekat kedai yang tempah nasi beriyani gam. Emm, order untuk 400 pax..cukup ke tak la esok (hari ni). Then pergi kedai lagi..

Malam ada kenduri dekat kampung, so off we go 'balik kampung'. Then, amik sekali lomang 59 batang yang tok teh dah siap bakar.

Then, now lepas sampai rumah dalam pukul 11pm, kemudian start buat the cream cheese, ukir corak, bakar 15 mins..fuhhh..lamanya kena tunggu..Assistant semua dah tido.. I made around 240 pcs..

So, here I am killing my time writting craps. #takpentingtakpayahbaca!

Ok, dah bye.



- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, September 13, 2012

Why?

Tiba-tiba traffic naik hari ini. Peliks.
Aku syak ini kerja adik no.2. Aihhh..
Mesti dia telah 'link' kan entry aku yang *tah apa2* dekat mana2 ni. Haipppp...
Maluueeww la kiteeww..eeeuuwwww...
Haha. Gedik!

Oh, concious jap. Haih, malu la cenggini.
Dah ok bye.

Wednesday, September 12, 2012

Berita Penting!!

Haha, tajuk tak boleh blah.

Rindu,

Bekerja//writting atas kek, decorate cake,potong cake, marking cake, topping cake, main tarik tali apron fiko especially *sebab dia jahat suka kacau aku dulu* , bergurau dengan kawan2, kira stock kek, jadi barista, jadi cashier, jadi tukang sapu, tukang mop, tukang cuci toilet.

# Kawan //  jahat suka hilangkan diri sampai ada yang tanya dah kahwin ke sebab lama mendiamkan diri. Haha..*comelnya fikir macam tu*. Ok, kawan aku memang comel! Haha. Sebab comel sangat, meh la datang open house rumah hari isnin ni 17 September (Isnin). Public Holiday.
Waktu: 12tgh-6ptg
Readers of this blog jika anda mahu datang, karpet merah hamba bentangkan * ok tipuuu..* Tak, seriously.  Meh la datang Seremban *rumah kitee* .  Makanan semua best *promote* . Macam kambing golek, ayam bakar dan segala mak neneknya, char kueh tiaw , abc + cendol stall, nasi beriyani gam, lemang sodap + rendang, roti jala + kuih muih mak nenek semua , dessert *aku prepare tapi tak fikir lagi*, emmm..nie menu mcam ada family day lah pulok kan..

See, makan banyk mcam tu siapa yang nak habiskan? Hahaha...

Sebab ini bukan ajak-ajak ayam maka, dengan ini aku bagi alamat rumah *ok, habislaaa kantoi*

No 517 Jln Sri Pulai 30,
Tmn Sri Pulai 2,
70400 Sikamat,
Seremban Negeri Sembilan.
Hp no: inbox me!

Direction kalau dari kl, boleh masuk exit tol Seremban @ Senawang @ Port Dickson , atau ikut highway Lekas pun boleh *lagi senang*. From there boleh contact aku kalau sesat. Hahaha.. Nak aku pick up dekat mana-mana pun bolehh jee *baik tak saya?* hahaha..

Tak payah segan, sebab kalau korang segan aku lagi 10x segan. Hahaha.. Eh, nak ajak satu family pon boleh jee..

"Ajak lah kawan-kawan datang nanti" mama pesan awal-awal.

"Yeee..along ajak nanti" dalam hati fikir, sapa lagi aku nak ajak sebab semua bff jauh kemain..

See, mak aku tak marah kawan-kawan datang. Lagi dia suka adalah. So, apa lagi kann?



Tuesday, September 11, 2012

Cheese Brownies and whatnot..

Remember?

 
 







Berzaman nak upload. Recipe? Blog Tiffin Biru a.k.a En.Mat Gebu. Sila google ye!
Sorry gambar macam hampeh sebab aku 'malas' gilaaa nak capture elok2.
Yang ini versi baked. So kena baked brownies dulu, then bila dah masak baru letak cream cheese untuk 2nd layer. Pastu ukir la corak sesuka hati anda sebelum baked untuk 2nd time.
This is my 1st attempt. Insya Allah nanti buat lagi. Heeeee..tapi nak improvised brownies tu bagi lagi moist.

"Mama kawan mama cakap apa bila mama bawak brownies hari tu?"

"Diorang cakap sedap. Diorang tanya macam mana along buat?"

Ok. Sukaaaa....hahaha.

;)

Timeline

Buku-buku. Semua tu berlonggok je atas katil sebenarnya. Tak ada cantik bersusun macam tu pun. Haha. Semua dah habis baca kecuali 'mudahnya menjemput rezeki'. 'Travelog Haji' memang best!!! Mesti mata berair je time baca, lepas tu lap-lap balik air mata. Haha. Betul, tak tipu.










Yang ini pulak, novel time aku sekolah menengah. Kot? Now kan cerita ni tengah 'meletup' macam pop corn dekat astro mustika hd. Adik aku sibuk ikut cerita ni.
Aku? Tak boleh la. Nanti aku mesti nak 'komplen' kalau tengok versi cerekarama.

Tiba-tiba rasa nak baca balik. Heeeeee...

Tiba-tiba terasa 'back to memory lane'.

Dulu range umur aku gila baca novel cinta cintun adalah pada umur 12 tahun - 16 tahun. Seriously. Aku start sangat awal. Pantang dapat masuk kedai buku, mesti nak beli. Lebih-lebih lagi Ahadiat Akashah punya novel. Liana Afira Malek, Aisya Sofea..and ada few lagi I can't remember. Seriously addicted. Kalau pergi pwtc masa book fair memang rasa nak borong semua novel.

Sebab tu aku matang dengan cepat kot? Hahahaha...

Now? Aku sangat malas nak invest on novel. Sebab mostly jalan ceritanya aku dah boleh agak kot. Haha..

Sekarang umur pun dah meningkat, genre pembacaan pun slowly berubah. Ehemm..


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, September 10, 2012

Catatan tentang 16 & lelaki

Ia perbualan yang tidak dirancang. Aku terlihat avatar twitter dia. Gambar dia bersama kawan lelaki yang pernah jadi rakan sekelas.

"Siapa sebelah tu?"

"Afnan" oh..aku kenal kawan dia tu. Sebenarnya hampir semua kawan dia aku kenal. Haha. Cuma aku lebih ingat pasal Afnan sebab dia pakai perfume perempuan. :)

"Eh, arep tak jelous ke?" aku tanya kepada dia perihal Arif, si buah hati.

"Buat apa nak jealous pulak?" satu soalan pula yang dia berikan. Sambil tu tangannya ligat menaip di atas tablet, update twitter barangkali.

"Korang dah putus ke?" aku cuba meneka.

Senyap.

"Korang dah putus ke?" aku tanya lagi. Dengan nada yang mungkin lebih menjengkelkan. Haha. Ye, aku memang begitu. Kadang-kadang.

"Yeeee..." dia menjawab sambil buat muka tidak beriak. Kononnya cool.

"oh yeke..." nada suara aku pun sama mendatar sambil terbayang wajah 'bekas bf' si adik.

Soalan kenapa aku ajukan. Kenapa? Katanya dah bosan. Dia sendiri minta putus daripada si lelaki.Aku tergelak sendiri. Emmm..baguslah begitu. Aku pun tak berapa gemar dia dengan 'bekas bf' dia. Dekat fb nampak macam lelaki desperate yang friendlistnya dipenuhi dengan perempuan. 90% adalah perempuan. Wall dipenuhi dengan ucapan daripada si gadis. Ughhhhhhh....ok, mungkin aku sangat judgemental. Tapi, entahlah. Naluri seorang kakak yang lebih makan garam daripada si adik mungkin lebih benar?Who knows...

Aku tahu si adik adalah gadis ceria yang mempunyai ramai kawan lelaki mahupun perempuan dan pada masa yang sama masih menjaga tata susila sebagai seorang muslimah. She's a good girl, pray 5 times per day, responsible with her study, 16 and has a lots of potential. Aku nak dia menikmati kehidupan seorang remaja. Tak perlu terikat dengan 'lelaki'. Maksud aku pada umur 16. Bila tiba masanya, dia boleh memilih. Malah yang lebih baik , yang lebih sepadan pasti ada untuk dia.

"Kenapa tak bagitahu along korang dah putus?"

Dia diam sahaja sambil tangan ligat menaip dia atas tablet.

"Perlu ke bagitahu?" dia bertanya kembali sambil buat muka sarkastik dan pada masa yang sama tersenyum kambing.

Perangai memang sama dengan aku. Tak reti mangadu. Semua suka simpan sorok buat pekasam. Aihhh..

Patutlah. Status dekat facebook dia lately 'lain macam'. Hmmm..

"Marilah kita mencari cinta Allah ye" aku bergurau dengan dia sambil membuat nada suara yang sangat 'annoying'. Kami bergurau memang terkadang agak gedik dan pasti disalahtafsirkan bagi yang tak mengerti. Haha.

Sebenarnya, aku memang maksudkan apa yang aku katakan. Dan aku sedang mencuba. Mungkin dia sangka kakak dia yang 'gila' ni bergurau. Aku nak pujuk perasaan dia balik. Aku tahu dia cukup bijak untuk menilai baik buruk pilihannya. Mungkin dia dah sedar, hubungan ini tiada hala tuju dan menjemukan.

Entah, aku yang pernah merasa kemanisan usia 16 tahun suatu masa dulu bersekolah di sekolah yang semua pelajarnya adalah perempuan (asrama penuh) dan semua kawan-kawan aku semuanya perempuan. Obviously lah kan. Haha. Tiada masa mahu 'usha' lelaki. Lelaki yang aku kenal mungkin terdiri daripada rakan sekolah rendah dan juga semasa menuntut di tingkatan 1. Life 'menengah atas dan bawah' aku tak sama dengan dia. Ye, life aku kelihatan sangat membosankan. Infact, memang membosankan pun. Sangat 'plain'. Tidak bewarna-warni seperti dia *cemburu*.

Aku juga jatuh cemburu sebab aku tiada *guide* semasa berusia 16. Aku sangat perlu berdikari untuk semua perkara. Aku rasa sunyi juga ketika itu. Emmm.. At least dia pada umur sebegini ada aku sebagai kakak. Untung kan? Haha.

Perkara yang lepas tak perlu diingat-ingat selalu. Sesekali dikenang untuk dijadikan pengajaran, mungkin tak mengapa.

Sentimental betul bunyinya. Haha.

- Posted using BlogPress from my iPad


Saturday, September 8, 2012

Penang mari







I'm in Penang yaww..
Haha.
Lepas ni nak bertolak ke Perlis pulak.

We are residing next to Komtar.
Traders Hotel. Sebelah dia ada Avenue..tapi tak sempat shopping pon.

I'm currently reading





That book. Mama suruh baca. Haha.
Tak ada motif nak update. Heeeee..
Byee!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, September 6, 2012

A Secret

Hai!
Life been great, alhamdullilah. (speaking from a 'postive' p.o.v)
But yeah, tak adalah 'pretty' sangat. Tidak jugak 'perfect'.
Kena bersyukur, walau pun tak perfect sangat.

Speaking of perfection, nahhh..rasa macam i've always been so insecure about many things. Semua lah. Of course la termasuk diri sendiri.
Sangat messed up. Haha.

Bila ada orang compliment something about my self saying that i looked good ke, cute ke..selalunya i'll try to deny what they are saying...

*giggle sikit*

Macam, hari tu ada seorang kawan *lelaki* borak dengan kawan lagi satu. Lepas tu kawan yang lagi satu cakap dekat aku,

"anna, dia cakap kau cantik"

All I could do is laughing like there's nobody business. Macam , eh dia ni buat lawak ke?? Hahaha.. zeriously, aku gelak sampai sakit perut.

Then, back to normal. I never take pride of what they're saying, sambil fikir what
were they thinking. Kenapa aku tak rasa macam tu pun? Apa yang dia nampak?

Yes, sangat menzalimi diri sendiri kan? I know, this isn't normal. Kenapa orang lain boleh 'value' diri kita, but then when it comes to liking or loving ourselves, we become our own worst enemy.

Man, this is so hard.

Loving yourself half-heartedly. Second guessing yourself all the time.

I know, it's been a struggle eversince. But, i'm trying to work on it slowly.

Yang paling aku ingat, arwah wan (sebelah ayah) once told how beautiful I was.

Tiba-tiba je dia pegang muka aku then sambil usap-usap pipi aku she said "cantiknya cucu wan"
Haha. Random kan? Tiba-tiba je. Sigh.

Mungkin aku telah meletakkan 'benchmark' yang melampau terhadap diri sendiri till it become a burden to myself.

This isn't a secret anymore.
That I used to hate myself.

Harsh, isn't it?
I'm learning to let it go and learning to embrace all my flaws.
Pray for me!

:)

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, September 5, 2012

I You


"But then I realized that I was holding on to something that didn't exist anymore. That the person I missed didn't exist anymore. People change. And the things we like and dislike change. And we can wish they wouldn't all day long, but that never works"

Quoted somewhere from tumblr.

I had a lot of fun, today. Weeeee.
First time driving to Melaka, with fikri (the navigator a.k.a co-pilot) and ina (the cheerleader). The driver (yours truly

"bagi tahu tau nak belok kiri ke kanan nanti"

"ala, jalan lurus je..dari tol ni, terus je" dia duduk rileks sebelah aku bagi arahan. Kegemaran seorang diktator. Sigh.

Dahlah suka suruh aku speed dekat highway. Gila. Nasib baik aku tak bagi dia drive. Bila aku masuk lane kanan, kemain suka dia suruh aku speed lagi. Sakai! Kalau boleh nak suruh aku duduk lane kanan sepanjang-panjang perjalanan. Memang tak lah kan. Saya seorang pemandu yang berhemah. Titik.

Ok. Keep on driving.

*30 saat lepas itu*

"terus ke?"

"yee..."

*60 saat kemudian*

"terus lagi ke?"

"yeeeeeeee...." he kept on insisting me to go straight no belok-belok. Haha.
Berapa banyak terus daaaa!!! Adalah tak kurang 10x aku tanya dia macam tu.

Nasib baik co-pilot seorang yang penyabar. Haha.

Looking foward for more trips after this. Kl maybe? Haha. Tapi kena ada co-pilot la. Kapten tak khatam jalan kl. :)

"Lapar!!" co-pilot kat sebelah merungut. Padahal bukan buat apa pun. Dasar raksasa.

"Tu ada buatkan cheese brownies. Makan la"

*makan dengan senyap*

Bila dah nak hantar dia balik rumah dia cakap,

"Cheese brownies tu boleh jual la lepas ni"

Senyum.

Ni nak ambik hati ke apa ni? Haih.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, September 4, 2012

Selasa


Hai.
Wow, post aku untuk september banyak ohh..haha..impressed..
Tapi semua entry selebet.
Oh whatever.

Esok nak jalan jauh, sebab aku yang supirnya.
So kena tido awal ni.
Oh ya, my cheese brownies turn out well. Lalalala..
Pikcha coming soon..pemalas nak upload.

"eh, siap berkamera-kamera" mama tegur sebab nampak aku turun bawak my sis camera.

"dia nak amik gambar kek dia lah tu" adik lelaki menambah sambil mencebikkan bibir dia. Bajet cool ke brader?

Diorang berdua gelakkan aku. Haih.

Malas nak layan.

"esok boleh la mama bawak pergi sekolah. Suruh kawan mama rasa. Jadi tak brownies tu?"

"ehh..jadi jadi..mestilah jadi" hahaha..Tekun tau i buat cheese brownie tu. Gigih ni meredah hujan cari cream cheese tadi..haha.

So, kita nantikan komen daripada kawan-kawan mama pulak.


- Posted using BlogPress from my iPad

Just so you know


I felt terribly ashamed. Emmmmm.
Malu.
And, emmm...
Haih. Fine.

Esok, nak bake cheese brownies.
Musti! :)
Sebab rabu nak keluar dengan fiko,ina,aina.
Teman bakal pengantin cari hantaran.
So, kalau cheese brownies tu tak jadi ke , jadi ke diorang kena habiskan.
Sebab aku yang jadi supir kan. Teehee..
Kalau tak, sila keluar dari kereta i okay!! Hahahaha...

Duduk rumah bosan.
Dah la kuih raya satu pun takde. Ada je mama beli kuih raya beberapa jenis, tapi mama yang suruh habiskan before raya.ye my mum memang pelik. Dia cakap,biskut raya adalah untuk dimakan, bukN untuk disimpan. Hahaha.. So diorang (ayah-adik no.2-adik no.3) semua telah membantai makan time puasa hari tu especially time lepas buka or lepas balik terawih or even time sahur pun boleh. Masalahnya, biskut raya yang sedap semua dah habis!!! Kerepek-kerepek , kacang-kacang and maruku adalah tapi aku tak suka! Keras! Not good not good ok...

Tahun ni macam, semua pun tak sempat nak buat. Last year rajin lah jugak nak buat biskut raya even tak mendapat sambutan hangat..hahaha..that was my first time ever..eh, tapi ok lah kot. At least banyak lah sikit koleksi biskut raya nenek aku last year sbb cucu dia ada menyumbang dua tiga jenis..Kah kah kah...

"sodap botol biskut ni haaa. Lawa pun lawa..sapo yang buek ni?"

"cucu den yang buek hah.."

"iyo koo..cucu ekau yang mano satu ni bayah oiii?"

"cucu den yang comel tu haaa. Tak lamo laie sok kawen la tu"

Ok. Berangan. Tak de eh dialog wan aku macam tu..hahahaha..pentipuuu..saja reka-reka. Eh, tapi next year aku berazam nak buat biskut raya. Of course resepi lain pulak....kah kah kah...

Dulu suka komplen keje penat, now kebosanan pulak bila off terus tak kerja.
Dasar manusia. *aku le tu*

Maaflah, aku bosan.
Jadi aku harus melayan kebosanan diri ini dengan menulis.
Sigh.
Dah activatekan fb pun still rasa void jugak.
Nak baca buku pun tak ada mood jugak.
Dah layan runningman pun still rasa bluerghh jugak.

Jadi?
Entahlah, aku pun tak faham dengan diri sendiri.
Takpe, tak payah nak fahamkan.
Sorry, I sound too depressed.
PMS maybe? Haha..

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, September 3, 2012

Declaration Of War





See?
Maaf kalau sakit tengkuk nak baca. Tak reti nak adjust setting camera. Malas sebenarnya. Haha.

Takpe, dah biasa dapat surat layang macam ni.
Sobs.

Am I really that bad? Sigh.
'The worse sister in the whole wide world'
Exaggerating much, bro!
I tak cukup baik ke untuk you?
Dahlah, UPSR next week je.
Tak baik tau buat kakak macam ni.
Merajuk la.

- Posted using BlogPress from my iPad

How to mend a broken heart?

Honestly, I don't have the answer.
My sweet-highschool best friend is now in a complicated phases of her 4 years relationship with her ehemm..boyfriend.

She asked my opinion about this matter. Or 'nasihat'.

It's hard to say a thing. Because I've never been through stuff like that. Melukai dan terluka kinda thing. #truestory

He changed. She's hurting. A lot of tears all night long. Life is not the same anymore, without him. Uhuk uhuk..Cliche?

The thing is, why he's not the same anymore?

Pantai pun berubah sekali badai menghempas inikan pulak hati manusia. *cerekarama punya skrip*

Perkara yang cliche inilah yang terus berlaku. Sayang kan? Kenapa perempuan (selalunya) kena macam ni. Bila time nak usha awal perkenalan dulu, semuanya sanggup, semuanya 'possible' . Bila dah tak sayang, he keeps his distance. Bagi alasan itu ini. Tapi still cakap 'sayang'. Sayang apa bendanya macam tu??

"I'm just hoping he'll remember me back someday"
"I thought, he's really the one"
"I've been crying all night long"
"I called, dia tak angkat"
"You tak rasa ke lelaki semuanya sama?"

Ughhhh...

"Tak. Dia tak akan ingatkan you lagi dear. "
"No,kita tak pernah sure yang mana satu 'the one' "
"You kena kuat dear. Be strong!!!"
"He certainly has changed"
"Maybe. Man can be sux at times"

Mmmm.
I just want you to be 'happy' again. Be yourself again. Focus on your chambering.
Focus on your work. Takmo sedih-sedih lagi.

Move on, eventhough it's hurt.*cakap senang,yes I tahu* 
Ini ujian untuk you. Allah has a way better plan for you.
And I'm going to be there for you dear. Love!!
Percayalah, you deserve lelaki 1000x lebih baik daripada dia.
I doakan yang terbaik untuk you dear! Always.

Benda macam ni lah yang selalu menakutkan aku. Hmmm..

Sunday, September 2, 2012

Sumpah bosan!


Ughhh..
Bosan nye. Sumpah bosan tahap tak boleh blah.
Dah dua hari tak kerja, jadi mati akal nak buat apa. Deng~

Ok,ada perasaan rindu sikit nak pi kerja. Tapi, my best friend @work mostly dah nak quit jugak. Ada yang dah nak balik uni start new sem, ada yang dah cari kerja lain, ada yang dah nak kawen..so life without them would not be the same..cewahh..

Tengah fikir nak buat apa ni.

Esok dan esok esok punya aktiviti

#fix appoinment dengan dentist. Bracket aku tercabut. Haha..aku tertelan bracket. Ye, saya adalah gadis besi sekarang ini.
#usha tiket flight
#jogging *kalau rajin*
#sorting bilik, buang barang-barang lama a.k.a ancient yang super melambak
#buat blueberry cheese tart *kalau rajin* . Aku rasa aku nak berniaga cheese tart la..hahahaha..ada siapa2 nak tempah, sila roger aku..kah kah kah..eh, serious ni. Try lihat di sini dan di sini untuk lebih yakin. Haha.
#tengok wayang sebab dapat tiket free..weehuuu..
#dah setahun tak potong rambut, so? cut it short! botakkan pun bagus jugak kot..haha..
#baca buku yang dah tak terbaca. tapi aku suka je beli buku baru even yang lama tak baca lagi.
#daftar putrajaya night marathon! still contemplating, 5K or 10K???
#beraya
#lepak
#tengok tv
#bangun pagi lepas tu tak sambung tidur dah. Cabaran.
#memasak. yes. memasak yoooo...
#be happy.
#buat perkara-perkara yang menggembirakan
#pulangkan baju kerja + name tag + apron

Haha. The list is quite handfull laa..I'm so bored I don't know whut to do mehhh...sigh. Mengarut is the best option now.

Aku rasa macam nak revamp blog ni la. Macam bosan jee..haih. Errrr, I don't know but I feel awkward these days..

Ok, dah malas nak fikir.

Sorry!




Saturday, September 1, 2012

Sisters


We had a long conversation. Of boys of course. I spilled my secrets and worries and also the crush i had on someone. Haha. Huge crush.

Habis semua rahsia hati aku diorang dah tahu. My two sweet sisters. Now, no more secrets between us.

"Along, jangan mengharap sangat. Nanti kecewa"

But i like him.

"Ye lah, tapi kena sabar. Maybe he is really your jodoh. But not now."

Maybe he is not. Aku sempat bermonolog dalam hati.

Blablablablabalabala....


*gelak-gelak


*merapu-merapu sikit*


*back to serious conversation*


"What makes him different than any other guy?"

Dia spesies alien. Hahaha. One of a kind. Tak, dia nampak sesuai jadi calon suami yang soleh. Insya Allah.

"Bagi sini no dia, kitaorang nak call. Nak cakap, hai abang kakak saya ni suka kat abang..."

*gelak kuat ramai-ramai*

Boleh tahan jugak adik aku ni.

"Takpe, don't worry. Along mesti dapat lelaki yang baik jugak. Along pun baik ape..."

Hahaha. Sejuk hati bila adik komen begitu.Sedih pun ada gak. Waaaaa..nak nanges.... Tak tau ke, kakak dia ni jahat jugak..

T_____T

Doakanlah.

Aku berusaha, and mungkin Allah has a better plan.

- Posted using BlogPress from my iPad